Ekonomi teruk Shafie salahkan macai Musa tetapi lantik macainya sapu projek RM1.5B, pelaburan 'Pai Ulung' berbilion ringgit
07:08 Aug 13, 2020  |  By SabahKini2
Ekonomi teruk Shafie salahkan macai Musa tetapi lantik macainya sapu projek RM1.5B, pelaburan 'Pai Ulung' berbilion ringgit

Pertumbuhan KDNK Sabah terendah 0.5 peratus di Malaysia. Shafie salahkan macai Musa tak dapat projek tapi dia beri projek RM1.5B, empangan Papar kroni guan eng, pelaburan 'pai ulung' hanya pau kontraktor

Selepas dilaporkan ekonomi Sabah terlembap, pertumbuhan KDNK Sabah pada tahun 2019 jatuh ke tahap paling teruk 0.5 peratus berbanding negeri lain di Malaysia, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan kejatuhan ekonomi Sabah bukan hanya di Sabah tetapi turut melanda seluruh dunia termasuklah di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Shafie Apdal dalam kenyataannya menggunakan alasan pandemik Covid-19 sebagai faktor utama sedangkan faktanya sangat jelas Kerajaan Warisan sejak mengambil alih kerajaan secara ‘rompakan ADUN’ disiang hari gagal memajukan Negeri Sabah.

Data Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia yang terbaru mengenai pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia untuk tahun 2019 jelas membuktikannya.


Shafie kata 'slump' bukan salah dia tapi macai  Musa


Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 cuma 0.5% adalah paling teruk. Pada tahun 2018 selepas Warisan PH mengambil alih pertumbuhan KDNK hanya 1.5% juga paling rendah antara semua negeri. Tiada kes Covid-19 ketika itu.

Dalam tempoh 8 tahun sebelum kerajaan Sabah bertukar tangan pada PRU14, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.

Pada tahun 2017, kadar Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019 ]

Di bawah Parti Warisan dan PH sangat jelas dan nyata Warisan  hanya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tinggi antara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019.

Umum projek berbilion ringgit tapi ‘Pai Ulung’ dan untuk kroni

Menurut Shafie kerajaan Sabah sedang bekerja keras membangunkan semua pelbagai sektor industri di Sabah bagi mencipta peluang pekerjaan seperti pembukaan kilang minyak, menaikkan semula sektor pelancongan, membawa pelaburan serta bermacam-macam lagi.

Bagaimanapun setakat ini semua projek itu nampaknya tidak membantu pertumbuhan ekonomi Sabah. Pandemik Covid-19 lebih memburukkan situasi. 2 tahun ketika berkuasa bersama Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir  semua janji untuk rakyat Sabah gagal ditunaikan termasuk tuntutan royalti 20 peratus dan hasil Sabah 40 peratus.

Bukan itu saja kadar pengangguran di Sabah berada pada paras 5.8% iaitu terburuk dalam 20 tahun terakhir ini, lebih dari 117,000 orang Sabah menganggur hilang pekerjaan dan sudah tentu jumlah itu akan terus meningkat pada awal tahun 2020 apatah lagi ketika krisis pandemik Covid-19.

Antara pelaburan pai ulung sebelum ini yang diumum oleh Shafie Apdal dan Warisan yang hingga kini tidak menunjukkan pencapaian ialah pengumuman projek pelaburan berbilion ringgit dari kroni. Sabahkini2 pernah mendedahkannya.

Misalnya pada Mac 2019 kerajaan Warisan telah ditipu oleh Syarikat Burel Industries sebuah projek bernilai RM13 bilion untuk membina loji petrokimia dengan kerjasama entiti milik negeri Sabah, POIC Sabah. Sehingga hari ini Kerajaan Warisan tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pelaburan Burel Industries yang menipu.

[ARTIKEL BERKAITAN- POIC: Kerajaan Warisan ditipu Burel Industries RM13B kini umum pelaburan Jepun RM100 juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek RM13 bilion POIC Sabah? ]

Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek  RM13 bilion POIC Sabah?

Begitu juga pada 13 Disember 2019 apabila Kerajaan Warisan ditipu lagi oleh CEO bernama Mohd Sham Mohd Yasin hanya pemilik Syarikat Nasya Maju Hardware di jalan Tuaran kini berlagak menjadi Presiden dan Pengarah Urusan Petroventure Energy menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) bagi membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum Sabah yang pertama dengan nilai pelaburan sebanyak US$2.3 bilion (RM9.5 bilion). Apa kaki syarikat Hardware tepi jalan Tuaran melabur RM9.5 bilion!

Orang yang sama pada 23 April 2019 Mohd Sham lebih awal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Jesselton Birost (Sabah) Sdn Bhd sebuah syarikat baru ditubuhkan 2018 bersama dengan syarikat China Zhejiang Zhou Shan Run Energy Co Ltd menandatangani perjanjian pelaburan RM16.5 bilion kononnya melabur membina serta mengendalikan terminal penapisan serta minyak bersepadu di Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (Sogip) Sipitang. Perjanjian itu nampaknya hanya berjaya ‘pau’ syarikat Zhejiang Zhou Shan Run Energy Co Ltd. RM16.5b hanya untuk kroni kaki pau? mana untuk rakyat?

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas projek RM16.5B kini taukeh 'Hardware' meragukan diberi lagi projek RM9.5B di Sabah ]

 Selepas projek RM16.5B kini taukeh 'Hardware' meragukan diberi lagi projek RM9.5B di Sabah

Awal julai lalu disaat Kerajaan Warisan gagal membayar gaji pekerja Yayasan Sabah dan giat membuang pekerja anak syarikat Yayasan Sabah Shafie Apdal mengumumkan pemberian projek RM7 Bilion Meruntum Putatan tanah milik Yayasan Sabah digadai kepada syarikat RM2 atas nama syarikat Tegas Bangsa Sdn Bhd yang kononnya dimiliki taikun dimiliki Tan Sri Desmond Lim Siew Choon dan Puan Sri Cindy Tan Kewi Yong melalui Pavillion Real Estate Investment Trust. 

Siapa sangka Puan Sri Cindy yang kontroversi dengan barangan rampasan dikait 1MDB akhirnya syarikat milik suaminya Tan Sri Desmond Lim Siew Choon pelabur utama projek itu. Sebagai balasan Yayasan Sabah dapat bayaran awal RM8.4 juta jualan tanah awal julai lalu. Ia mungkin digunakan bagi membayar gaji anak syarikat Yayasan Sabah yang sedang mencungap sekarang.


Pembaca boleh membuat carian nama-nama yang ditandakan. Boleh tahu siapa mereka


Shafie tuduh kroni atau macai Musa

Shafie Apdal juga berkata kelembapan ekonomi negeri Sabah yang paling teruk ini adalah kerana kekecewaan ‘macai’ Tan Sri Musa Aman yang kini tidak lagi berupaya mendapatkan projek kerajaan. Katanya beliau mengambil keputusan menghentikan pemberian projek kepada macai-macai berkenaan kerana mereka hanya mengejar kekayaan peribadi bukannya kepentingan rakyat.

“Yang merudum ekonomi ini bukan pasal apa, ada kegiatan ekonomi cuma masalah dia macai-macai dia tiada bisnes sudah, itu yang merudum tiada kerja dulu banyak kerja musim dia Ketua Menteri.

“Sekarang saya hentikan semua saya tidak bagi mereka kerja kerana kerja itu bukan untuk rakyat negeri Sabah, untuk macai-macai dia sahaja, bukan kerja kita,’ katanya.

Jun lalu Dr Yusof Yakub yang menyerang Datuk Limus Jury kerana keluar UPKO mendedahkan projek Lebuh Raya Pan Borneo secara tidak langsung membongkar senarai syarikat yang menerima projek itu selepas diambil alih kerajaan Negeri Warisan. Pada Oktober 2018 Kerajaan Warisan Sabah membatalkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn Bhd sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek Pan Borneo dan projek diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya di bawah Kementerian Infrastruktur Sabah atau dalam erti kata lain kendalian Peter Anthony sebagai menterinya. Pelantikan kontraktor mesti dengan Restu Shafie Apdal dan Peter Anthony sejak disember 2019.

 

Namun mengejutkan senarai kontraktor yang dikaitkan oleh Warisan dengan Tan Sri Musa masih mendapat projek dengan Shafie Apdal menunjukkan dakwaan Shafie membatalkan kontraktor 'macai' adalah tidak benar. Ini termasuk syarikat konsesi balak yang kononnya dihentikan tetapi terus beroperasi seperti biasa. 

Malah dari senarai yang didedahkan Warisan itu kontraktor kroni Shafie Apdal yang pernah disiasat reman SPRM kes skandal rasuah KKLW Joseph Yu Sinkong  dan  Dato' Nik Nazif  pemilik Kontraktor Fokus Niaga/ Wilayah Kaya Sdn Bhd turut diberi projek. Pemilik Azam Jaya Sdn Bhd Tan Sri Joseph Lo @ Lo Tain Foh turut dianugerahkan gelaran tertinggi Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) pada oktober 2019. Dalam erti kata lain kontraktor 'lalang' akan terus hidup siapa pun Ketua Menteri. 

Skandal JKR RM1.5bilion Peter Anthony

Ya Shafie menamatkan syarikat konsesi tetapi mengarahkan Peter Anthony menggantikan dengan syarikat kroni. Pendedahan Sabahkini2 mengenai skandal rundingan terus RM1.5 bilion telah disiasat malah Datuk Peter Anthony telah dipanggil mengadap SPRM. 

LIMA siri pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Bagaimanapun 4 syarikat kroni itu lebih kontroversi kerana mendapat projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

Lebih mengejutkan syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd  yang dilantik oleh Datuk Peter Anthony dengan kontrak RM325 juta penamanya ialah Safineh bin Doto yang dikaitkan dengan kes pencurian wang RISDA RM 15.5 juta berhubung pembelian tanah ladang Tongod RM155 juta melibatkan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan juga peguamnya yang hilang Michael P Ubu yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah.


 

Bukan itu sahaja Warisan yang lantang menentang pembinaan Empangan Kaiduan Papar akhirnya melantik kontraktor kroni Lim Guan Eng pembina terowong kontroversi yang menyebabkan Lim Guan Eng didakwa kini sebagai kontraktor membina Empangan Papar secara rundingan terus dengan kos lebih tinggi RM3 bilion pada oktober 2019 ketika Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air Sabah berhadapan kes mahkamah. Berapa agaknya komisen diterima Shafie dan Peter Anthony?

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]


Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya

4 Comments