Tuntutan Filipina terhadap Sabah: Mengapa Shafie Apdal berdiam diri? Jawapannya Mengejutkan Rakyat Sabah!
01:08 Aug 20, 2020  |  By SabahKini2
Tuntutan Filipina terhadap Sabah: Mengapa Shafie Apdal berdiam diri? Jawapannya Mengejutkan Rakyat Sabah!

Shafie Apdal tidak pernah bersuara sejak jadi Presiden Warisan. Mengapa takut? kerana keluarga, kawan? Selepas jadi KM Shafie terus diam itupun setelah dicabar Anifah Aman. Malah ketika Duta Filipina datang ke Sabah mereka kerjasama beri passport dan la

KOTA KINABALU: Selepas dikecam bertalu-talu oleh bekas Menteri Luar negeri Dato’ Sri Anifah Aman sebagai Ketua Menteri penakut untuk mempertahankan Sabah sebagai Wilayah Malaysia hari ini Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mula bersuara bahawa Sabah bukan milik Filipina. Satu kenyataan paling sukar disebut oleh Shafie Apdal sejak menjadi Presiden Warisan. 

Shafie cuba merujuk pertemuannnya dengan  Duta Besar Filipina Charles Jose ketika dia mengunjungi Sabah Februari 2019. Namun fakta pertemuan itu hanyalah akur kepada hak tuntutan Filipina dan Kerajaan Sabah pula akan memberi kerjasama untuk pemberian passport Filipina bagi mengatasi pemegang kad IMM13 pelarian Filipina yang semakin meningkat di Negeri Sabah. 

”Pada masa ini, kedutaan bekerjasama rapat dengan Sabah untuk menangani isu yang membabitkan kedua-dua negara.

”Biarpun tuntutan terhadap Sabah belum digugurkan tetapi, tuntutan itu tidak dilakukan secara aktif,” kata Duta Filipina ke Malaysia Charles C. Jose ketika itu.

Ketika lawatan duta itu Shafie Apdal hanya memaklumkan kerjasama erat Filipina dalam menangani beberapa isu bersama dengan Malaysia, terutama yang berkaitan dengan jumlah warga negara itu yang tidak memiliki sebarang dokumen yang tinggal di Sabah. Sama ada sebelum atau selepas pertemuan itu jika ada kenyataan Setiausaha Luar atau Kerajaan Filipina mengenai tuntutan Sabah, Shafie tidak pernah bersuara mengenainya. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah ]

Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di SabahShafie tidak pernah mengkritik Filipina tetapi bertolak ansur dan bekerjasama. Mengapa?

Shafie bengang apabila dia dikatakan senyap serta mempersoalkan kembali apa tindakan Anifah Aman ketika bertugas sebagai Menteri Luar Negeri. 

“Oleh itu, jangan menuduh saya diam dan tidak melakukan apa-apa…kami akan mempertahankan pendirian bahawa Sabah bukan milik Filipina,” katanya.

Tambahnya, “Ini bukan keutamaan saya sekarang (kerana) saya menghadapi pilihan raya. Saya sedar bahawa ini adalah agenda politik mereka tetapi saya yakin bahawa orang Sabah tidak akan terpedaya dengannya.”

Anifah sebagai Menteri Luar Negeri ketika itu seharusnya membangkitkan masalah itu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, tetapi perkara itu tidak berlaku.

Shafie berkata, Anifah telah berdiam diri serta tidak melakukan apa-apa dan sekarang ini menyalahkan beliau pula.

Benarkah Anifah tidak melakukan apa-apa dan berdiam diri sebagai Menteri Luar? 

Jika kita menyemak semula berita berkaitan Tuntutan Filipina terhadap Sabah jelas Anifah sebagai Menteri Luar memainkan peranannya, tetapi Shafie sebelum Warisan berkuasa sebagai kerajaan pun kekal berdiam diri hanya meminta 'budak-budak' Warisan bicara mengenai tuntutan Filipina. Mengapa? Tidak mahu menyinggung kaum kerabat keluarganya?


Tak pernah didengar suara Shafie sejak 2017 menentang Filipina?

Darell Leiking, VK Liew dan Azis Jamman Menteri PH gagal laksana tugas!

Sabahkini2 pada tahun 2018 pernah melaporkan mengapa Shafie terus berdiam isu tuntutan Filipina kerana tidak mahu menyinggung suku kaum dan keluarganya dalam kempennya untuk memenangi Sabah. Shafie sangat berhati-hati membuat kenyataan mengenai Filipina. Shafie sendiri mengaku keluarganya di pulau sana 'nenek-nenek saya itu'.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kenapa Presiden Warisan Shafie terus berdiam isu tuntutan Filipina? Ini jawapannya! ]

Yang hanya kedengaran adalah kenyataan Timbalan Presiden, Darell Leiking dari kaum KDM sebagai kudanya. Darell menuntut pemimpin BN Sabah menggubal suatu penyelesaian kepada tuntutan Filipina dan membawa hal ini ke Pertubuhan Bangsa Bersatu dan menggunakan saluran diplomasi untuk hentikan tuntutan ini.

Namun selepas Warisan PH berkuasa di Sabah, Darell Leiking menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), VK Liew Menteri Undang-undang dan Azis Jamman Timbalan Menteri KDN mereka gagal melakukan cadangan yang mereka suarakan. Menteri Warisan sudah diberi peluang namun mereka gagal memanfaatkannya. 


Presiden Warisan “YES’ Filipina? Darell Timbalan sindir Tun M dan Shafie projek IC
Anifah konsisten pertahan Sabah

Sekitar januari 2018 Filipina sekali lagi mula membuat tuntutan terhadap Sabah. Media antarabangsa turut melaporkan tuntutan tersebut. Anifah sekali lagi tampil mempertahankan hak Malaysia memberi maklum balas terhadap kenyataan seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr yang mengkaji semula Perlembagaan 1987 mencadangkan kemasukan Sabah ke dalam Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu kepada sistem kerajaan persekutuan.

[ARTIKEL BERKAITAN - Malaysia tidak layan sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah- Anifah ]

Malaysia tidak layan sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah- Anifah
Inilah Kerja PH dahulu

Musa Aman sendiri selaku bekas Ketua Menteri Sabah pun sentiasa lantang menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah. Tidak ada isu pun. Mengapa pula Shafie Apdal terus bungkam berdiam diri? Berita januari dan Februari 2018 jelas membuktikannya.

[ARTIKEL BERKAITAN- 31 Januari 2018: Malaysia tidak layan sebarang tuntutan Filipina terhadap Sabah- Anifah

[ARTIKEL BERKAITAN- 2 Februari 2018: Musa dan Anifah pertahankan Sabah dari tuntutan Filipina

[ARTIKEL BERKAITAN- 3 Februari 2018: Tiada Rundingan Kerana Malaysia Tidak Iktiraf Tuntutan Terhadap Sabah - Anifah ]

Terbaru Anifah Aman walaupun tidak lagi menjadi Menteri Luar masih terus mengecam dakwaan Setiausaha Luar Negeri Filipina Teodoro Locsin Jr yang mengatakan Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

'Sabah bukan dalam Malaysia' Anifah kecam Setiausaha Luar Filipina

"Saya selalu menyatakan bahawa kami tidak mengiktiraf dan tidak akan memenuhi tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.

"Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan Persekutuan pada 16 September 1963," kata Anifah dalam satu kenyataan. Hishammuddin sebagai Menteri Luar turut mengambil respon mengarahkan Wisma Putra memanggil duta besar Filipina untuk mendapatkan penjelasan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah bukan milik Malaysia, Menteri Luar panggil Duta Filipina ]

 

Apa Shafie lakukan untuk Filipina? Pemberian Passport dan PSS

Shafie tiada halangan kepada tuntutan Filipina terhadap Sabah dan menyuarakannya ketika kehadiran Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose februari 2019. Kejutannya adalah pemberian dokumen kepada PTI Filipina. 

Manakalah Kerajaan Warisan pula mencadangkan pemberian pas baru iaitu Pas Sementara Sabah (PSS) bagi menyatukan pemegang kad IMM13, Kad Banci dan Burung-burung dibawa satu kad yang jumlahnya bersama keluarga kira-kira 600 ribu orang. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Filipina terus tuntut Sabah, Kerajaan Warisan beri PSS agar IMM13 Filipina kekal di Sabah ]

 

Filipina terus tuntut Sabah, Kerajaan Warisan beri  PSS agar IMM13 Filipina kekal di Sabah

Permulaan kepada langkah kerajaan Kedutaan Filipina dan Kerajaan Warisan ialah pada 14 oktober 2019 program pemberian passport warga Filipina yang mengejutkan warga Kota Kinabalu apabila sekumpulan besar warga asing Filipina berkumpul di Dewan Serbaguna Luyang menyebabkan rakyat tempatan tidak selesa dan mengaitkan ia sebagai insiden projek IC. Lebih 500 individu di dewan tersebut untuk urusan memperbaharui pasport selain ada juga yang berkhemah di kawasan dewan. 

Duta Filipina sahkan projek ‘passport’ sedang dilakukan di Sabah


 

Kedutaan Filipina sendiri mengaku kehadiran pegawainya dalam program itu  yang sudah dimaklum lebih awal oleh pihak kerajaan negeri.

Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose berkata, kehadiran pegawai kedutaannya adalah bertujuan memproses permohonan pasport, mendaftar kelahiran dan perkahwinan, menyediakan dokumen perjalanan serta menguruskan rakyat mereka di Sabah yang tidak dapat datang ke pejabat di Kuala Lumpur.

[ARTIKEL BERKAITAN- Duta Filipina sahkan projek ‘passport’ sedang dilakukan di Sabah ]


Warisan PH UPKO lancarkan PSS - 

Kemuncak tindakan kerajaan Warisan PH UPKO di Sabah ialah melancarkan Pas Sementara Sabah (PSS) serta membawanya dalam kempen PRK Kimanis pada bulan Januari 2020. Inilah usaha lebih 20 bulan Warisan PH UPKO berkuasa.

Bagaimanapun PRK Kimanis berjaya membawa suara referendum rakyat menolak PSS apabila calon popular Kimanis Datuk Karim Bujang tewas teruk di Kimanis. Kekalahan itu menyebabkan Shafie membatalkan pelaksanaan PSS di Sabah. Kronologi PSS Warisan dirungkaikan dalam artikel Sabahkini2 ini.

[BACA Lagi: 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!
Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di SabahKempen saat akhir UPKO juga bertukar kepada menjilat IMM13

 

9 Comments