Peminat berang konsert Artis PPBM Sheila Majid di Indonesia bakal dibatalkan?
04:01 Jan 16, 2018  |  By SabahKini2
Peminat berang konsert Artis PPBM Sheila Majid di Indonesia bakal dibatalkan?

Sheila Majid yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Tun Dr Mahathir Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sebelum ini menghina kaum Bugis sebagai Lanun Bugis

Dato' Sheila Majid yang konsertnya dilaporkan tiket 'Sold Out', dengan kesal meluahkan rasa kesal berikutan pengumuman penundaan konsertnya di Jakarta yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari depan.

Selepas tangguh ada kemungkinan batal?

Pengumuman dibuat menerusi akaun Instagram rasmi IME Indonesia semalam, bahawa konsert itu terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal.

"Kami sangat kesal untuk memaklumkan bahawa Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari 2018 terpaksa ditunda kerana masalah teknikal.

"Tiket yang dibeli masih sah untuk konsert baharu yang akan diumumkan tarikhnya," maklum akaun penganjur konsert tersebut.

Penganjur turut memohon maaf atas masalah tersebut dan meminta peminat menghubungi pihak terbabit untuk pertanyaan lanjut.

Tidak dimaklumkan apakah masalah yang  berlaku namun dikatakan ada kaitan dengan pihak berkuasa kerajaan Indonesia yang seakan-akan melengahkan segala aspek kelulusan penganjuran. 

Sheila Majid yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Tun Dr Mahathir Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sebelum ini menghina kaum Bugis sebagai Lanun Bugis

Timbalan Presiden Indonesia Jusof Kalla sehingga kini menuntut maaf terbuka Tun Dr Mahathir berhubung penghinaan itu namun sehingga kini Mahathir belum berbuat demikian. 

Sheila Majid baru-baru ini dalam Intagram, Facebook dan twitternya membuat kenyataan mengadu kos hidup dan menyalahkan kerajaan. Tun Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih atas kenyataan Sheila Majid bersama arti-artis PPBM seperti Fathia Latiff dan Farid Kamil.

Bagaimanapun, peminat yang rata-ratanya sudah membeli tiket penerbangan dan penginapan ke Indonesia sempena konsert itu berang berikutan pengumuman saat-saat akhir itu.

"Kenapa umumkan saat-saat akhir dan peminat akan menyalahkan Datuk Sheila Majid bukannya penganjur. Ini akan menjejaskan reputasi beliau," tulis @zraishan.

"Biar betul! Kami sudah beli tiket penerbangan pun," tulis @ridzanitaridzuan.

"Sudah beli tiket penerbangan dan tempahan hotel pun. Masih menunggu tarikh baharu," tulis @saubingwong.

Hari ini artis PPBM seperti Fathia Latiff yang terlibat dengan tarian separuh bogel Live Bego membawa diri ke luar negara, Farid Kamil ditangkap polis kerana menampar polis dan penggunaan dadah New Psychoactive Substance (NPS), sejenis dadah baru.

Siapa lagi artis PPBM bakal dapat bala selepas ini?

2 Comments