Rasuah RM33.45 juta Mara Inc: Dato' Lan Allani 'Orang Kuat' Shafie Apdal hadapi 22 tuduhan
06:02 Feb 03, 2021  |  By SabahKini2
Rasuah RM33.45 juta Mara Inc: Dato' Lan Allani 'Orang Kuat' Shafie Apdal hadapi 22 tuduhan

Selepas menunggu lama akhirnya Dato’ Mohammad Lan Allani 'Orang Kuat' Warisan Shafie Apdal bekas Pengerusi Mara Inc didakwa 22 pertuduhan rasuah RM33.45 juta. Bagaimana dengan Dr Yusof Yacob bekas Pengerusi Pelaburan Mara dan Shafie Apdal? Ada kejutan?

Skandal isu hartanah Dudley International House, di Melbourne, Australia melibatkan MARA Incorporated Sdn Bhd yang berkumandang dalam kempen PRN Sabah Ogos dan September lalu akhirnya mendapat jawapan kini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan sedang menunggu masa untuk mendakwa individu-individu tertentu berhubung kes penjualan hartanah Dudley International House, di Melbourne, Australia itu.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki sebelum ini memberi ‘hint’ orang kanan warisan Shafie Apdal bakal didakwa namun tertangguh kerana suspek dikatakan menjalani kuarantin.

Dua spekulasi ketika itu ialah Ketua Penerangan Warisan Pusat Datuk Dr Yusof Yaakob bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara dan Dato’ Mohammad Lan Allani bekas Pengerusi Mara Inc Warisan Semporna

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa buka semula skandal terlebih bayar MARA Inc libatkan Shafie Apdal dan kroni ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal Hartanah MARA: SPRM beri ‘hint' dakwa Dr Yusof Warisan selepas selesai Kuarantin? ]

 

Dato’ Mohammad Lan Allani ditahan SPRM dan didakwa

Hari ini dilaporkan Dato’ Mohammad Lan Allani  Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) orang kanan Warisan Semporna  ditahan SPRM dan akan didakwa jumaat ini  dengan 22 pertuduhan selepas menerima rasuah RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.

"Dato’ Mohammad Lan Alani akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010," kata sumber

Siasatan SPRM bermula susulan pendedahan dibuat The Age pada tahun2015 susulan laporan pegawai tertinggi MARA, seorang pegawai kanan, dan seorang bekas ahli politik, didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah itu.


Antara bangunan yang didedahkan 

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Dudley International House ialah bangunan lima tingkat seluas 30,279 kaki persegi yang menempatkan 112 bilik, termasuk asrama pelajar, dibeli oleh MARA untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya di Australia.

23 Mac 2016, SPRM menahan Datuk Mohammad Lan bin Allani, Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman dan beberapa individu yang terlibat untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

 

30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman masing-masing diikat jamin RM10,000. 

Ketika Skandal ini berlaku Dato' Seri Shafie Apdal merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan Datuk Mohamad Lan Allani.

"Lelaki itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Rasuah Jumaat ini," katanya.

 Bagaimanapun tidak diketahui jika Datuk Dr Yusof Yaakob dan Datuk Seri Shafie Apdal akan dipanggil SPRM dalam kes ini. Apakah ada kejutan?

17 Comments