Taikun 'Rumah Urut' pemilik konsesi Sinaran Mewah gagal selenggara jalan Kg Loputung, Zon Tuaran!
08:02 Feb 17, 2021  |  By SabahKini2
Taikun 'Rumah Urut' pemilik konsesi Sinaran Mewah gagal selenggara jalan Kg Loputung, Zon Tuaran!

Setiap hari rakyat mengadu mengenai jalan konsesi kroni Peter Anthony yang dilantik Warisan sebelum ini gagal melaksana kerja selenggara jalan. Konsesi yang di 'mark up' 40 kali ganda dengan kontrak sehingga RM500 juta akhirnya gagal!

Semalam Utusan Borneo melaporkan Penduduk Kampung Loputung Tamparuli, khususnya yang tinggal di Zon Masapang dan Sinsibon merayu agar jalan yang menghubungkan kawasan kampung  dinaik taraf kerana  tidak dapat dilalui ketika musim hujan.

Penduduk kampung mengadu jalan tidak berturap itu berlumpur dan tidak dapat digunakan terutama jika musim hujan oleh penduduk terutama jika berlaku kecemasan seperti berlaku kematian atau penduduk yang sakit.

Penduduk kampung sangat berharap masalah yang dihadapi mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Seperti biasa laporan sedemikian menjadi bahan Warisan untuk menyerang kerajaan GRS sebagaimana Jalan Bintang Mas Kampung Manduring Beluran 6 Februari lalu dilapor sangat teruk menyebabkan khidmat anggota bomba dan penyelamat terpaksa digunakan untuk menjemput kanak-kanak sakit di Kampung Manduring.

Namun setelah disemak konsesi selenggara jalan itu ialah Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd kroni Peter Anthony yang mendapat kontrak RM325 juta di bawah projek rudingan terus Warisan RM 1.5 bilion. 

[VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk! ]

 

Persoalan Siapa Konsesi Selenggara jalan Kampung Loputung Tamparuli?

Semakan Sabahkini2 menunjukkan konsesi jalan ini ialah satu lagi konsesi kroni Datuk Peter Antony yang pernah didedahkan sebelum ini iaitu Sinaran Mewah Sdn Bhd yang menyelenggara jalan JKR di Zon Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas dengan kontrak RM325 juta. 

[ARTIKEL BERKAITAN-Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!]

Konsesi Sinaran Mewah dikaitkan dengan pemilik Syarikat konsesi Globinaco Sdn. Bhd Michael Chin taikun rumah urut terkenal Sabah yang sangat kontroversi  sebelum ini telah menerima kontrak RM290 juta setahun dengan harga RM131,403 setiap perKM untuk 2206.94KM. Beliau kini lebih menyerlah kerana memimpin NGO Dewan Perniagaan terkenal di Kota Kinabalu.

Dilaporkan sebelum itu ketika Warisan berkuasa pengurusan Globinaco diambil alih oleh kroni Datuk Peter Anthony. Oleh itu bukan sahaja konsesi Globinaco disambung kontrak tetapi turut mendapat tambahan RM325 juta melalui syarikat misteri Sinaran Mewah Sdn Bhd.

 

Bukan sahaja jalan Kampung Loputung teruk dan gagal diselenggara malah rekod di jalan lain di Zon Tuaran pun gagal. Jadi tidak menghairankan jika konsesi Sinaran Mewah Sdn Bhd  gagal di semua zon yang ditetapkan kepada mereka. 

May be an image of outdoors, tree and textLihat kerja mereka dengan tuntutan Claim RM325 juta!

Bayangkan taukeh rumah urut Michael Chin boleh dapat projek ratusan juta projek selenggaraan jalan. Di zamah Warisan, PH berkuasa Michael Chin memainkan peranan penting sebagai ahli perniagaan memaungi ahli politik Warisan Plus. 

Siapa tak kenal Michael Chin...

Selain Warisan, PKR, DAP juga menggunakan  Michael Chin..

Bagaimana mereka menuntut bayaran kerja pada konsesi yang tidak dilaksana adalah satu misteri yang perlu dirungkai oleh SPRM. Semuanya adalah kerana  Jurutera JKR Daerah yang memperakukan kerja mereka untuk diluluskan oleh JKR ibu pejabat.

Rakyat nilai sendiri kerja konsesi yang diberi kontrak sehingga RM325 juta.Apakah berbaloi? Apa agaknya peranan Datuk Madius Tangau Ahli Parlimen Tuaran? Sebagai MP apa dia buat?
 
Menurut sumber siasatan projek RM1.5 bilion ini kini dilakukan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) Putrajaya. Kita nantikan unsur kejutan SPRM!
12 Comments