PKP penuh Selangor: Dr Dzulkefly, STFC terdesak tutup kegagalan PH Selangor
03:05 May 18, 2021  |  By SabahKini2
PKP penuh Selangor: Dr Dzulkefly, STFC terdesak tutup kegagalan PH Selangor

Selangor kekal tertinggi iaitu 1,743 kes. Dalam tempoh 10 hari sejak 8 Mei nampaknya kes Covid-19 Selangor secara purata 1200 kes kepada 2000 kes sehari. Bocor pula 388 positif Covid-19 gagal dikesan. STFC terdesak. Apakah PKP penuh perlu dilaksanakan?

Kecoh Kementerian Kesihatan (KKM) bakal membuat pertimbangan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di Selangor jika jangkitan harian Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan penurunan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya negeri itu gagal mengekang penularan wabak tersebut.

Menurut beliau, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian positif Covid-19 hampir setiap hari.

Hari ini saja 18 Mei 2021, 4,865 kes dan Selangor kekal tertinggi iaitu 1,743 kes.

Dalam tempoh 10 hari sejak 8 Mei nampaknya kes Covid-19 Selangor secara purata 1200 kes kepada 2000 kes. 

Tanda-tanda penurunan kes nampaknya tidak berlaku sekalipun banyak program saringan percuma dibuat di Pusat Penilaian Covid-19 atau Dewan-dewan masyarakat Selangor.


Data kes di Selangor dalam tempoh 10 hari menunjukkan tiada tanda penurunan kes

Dalam tempoh 14 hari kes mengikut mukim di Selangor juga meningkat

Kerajaan PH Selangor sedar mereka gagal mengawal Covid-19. MB Selangor Amiruddin Shari, Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor (STFC) sangat terdesak mempromosikan aplikasi SElangkahnya namun tetap gagal mengesan rakyat yang positif Covid-19.

Terbaru Task Force Covid-19 Selangor  (STFC) menerusi Facebook rasminya kantoi memaklumkan, jumlah jangkitan di negeri itu  mungkin meningkat sekiranya 388 individu yang dikesan positif menerusi Saringan Komuniti minggu lalu tidak datang mendaftar.

“Jika 388 individu tersebut tidak datang mendaftar untuk saringan, pasti mereka akan menjangkiti orang lain yang menyebabkan perebakan lebih luas.

“Saringan Komuniti secara percuma ini sangat penting untuk kita melawan virus ini. Sebarkan maklumat dan hadir ke saringan berdekatan,” kata STFC .

Pada 8 sehingga 11 Mei lalu, saringan percuma dilaksana di lapan lokasi di Hulu Langat dengan 8,585 individu mendaftar dan 388 daripadanya didapati positif.

Apa sudah berlaku?

Bagaimana Task Force Pencegahan Covid-19 Selangor  diketuai Dr Dzulkefly gagal mengesan tempat tinggal 388 individu yang positif menerusi Saringan Komuniti sehingga tidak mendaftar semula sebagai pesakit? Jika benar Kerajaan PH Selangor dan Dr Dzulkefly sepatutnya memaklumkan kepada KKM dan polis memburu bagi mengesan individu yang positif. Ini bukti aplikasi SElangkah yang dibangunkan RM3 juta kepada kroni itu gagal berfungsi.

Apa akan berlaku jika 388 individu itu menyebar Covid-19 kepada komuniti?

Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor (STFC) dan Dr Siti Mariah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor terpaksa mencari jalan untuk merelevankan kerja mereka. Kerajaan PH dalam satu kenyataan membuka pendaftaran kepada syarikat berminat mendapatkan vaksin melalui aplikasi SElangkah.  Dalam masa sama STFC menafikan pendaftaran vaksin Sinovac menerusi aplikasi SELangkah. STFC nampaknya bekerja keras merelevankan aplikasi SElangkah walau terbukti gagal mengesan pesakit Covid-19. 

STFC terpaksa tampil di media dan mungkin bakal menyalahkan kerajaan Pusat wal hal Kerajaan Negeri Selangor yang tidak mahu sektor ekonomi mereka ditutup. Sebelum PKP menyeluruh berlaku Kerajaan PH Selangor mahu melakukan sesuatu agar kerajaan PH tidak disalahkan.

Apakah agaknya sidang media mereka esok? Jika STFC menyokong PKP penuh pastinya STFC akan mencari jalan ia bukan langkah STFC tetapi cadangan KKM.

STFC pakar dalam baling batu sembunyi tangan. Pad 13 Mei lalu Dr Dzulkefly membuka mulutnya menyerang Kerajaan PH sebagai divert kerana kes Covid-19 Selangor yang tinggi. Pada 14 Mei pula Dr Dzulkefly menggunakan semua team lamanya sebagai Ahli Majlis Penasihat Kesihatan yang dilantiknya dulu ketika sebagai Menteri KKM menyerang Kementerian Kesihatan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lebih 2000 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor mengaku gagal lagi? ]

Dr Musa Nordin Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara yang juga bekas Ahli Majlis Penasihat Kesihatan menjadi jurucakap awal menggesa Tan Sri Muhyiddin melantik bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kesihatan Tan Sri Prof Emeritus Abu Bakar Sulaiman dan pasukannya untuk mengambil alih kepemimpinan Bilik Situasi atau Pusat Persediaan dan Respons Krisis (CPRC).

Siapa mereka? Punca kuasa mana mereka gunakan untuk mengetuai KKM dan CPRC? Bukankah team Ahli Majlis Penasihat Kesihatan ini adalah juga mereka dalam Task Force Covid-19 Selangor yang gagal? Jika mereka hebat Task Force Selangor diketuai Dr Dzulkefly sudah berjaya menurunkan kes Covid-19 Selangor. Negeri pun gagal ada hati mahu menguruskan satu negara.

Lebih buruk lagi ketika Dr Dzulkefly menjadi Menteri KKM Majlis Penasihat inilah yang melarang PKP 1.0 tidak dilaksanakan menjadi punca merebaknya Covid-19 di Malaysia. Rakyat tidak pernah lupa kebodohan PH dahulu. 

Ahli Task Force Covid-19 Selangor juga adalah ahli Majlis Penasihat Kesihatan. 
Mereka terbukti gagal di Selangor jadi tetapi ada hati nak ambil alih pengurusan KKM

Dulu Pasukan Penasihat inilah yang gagal bersama Dr Dzulkefly sebelum merebaknya kes

Jika dilaksanakan PKP Menyeluruh membendung covid-19 di Selangor kita amat yakin Task Force Covid-19 Selangor diketuai Dr Dzulkefly tidak akan bersetuju. Oleh itu Dr Dzulkefly dan pasukannya akan mencari jalan 'divert' menyalahkan KKM seperti menggunakan isu pembelian vaksin oleh negeri. 

Bagaimanapun belum sempat Negeri Selangor memberi tekanan kepada Kerajaan, hari ini Khairy Jamaluddin  Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkata Kerajaan negeri dibenarkan untuk membeli bekalan vaksin mereka sendiri dengan syarat mendapat kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA). Vaksin yang diperoleh pula perlu daripada syarikat farmaseutikal yang sama dibeli melalui PICK.

"Berdasarkan syarat perjanjian di antara kerajaan Persekutuan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin berkenaan, pembekalan stok vaksin yang telah ditempah perlu dan akan didahulukan kepada kerajaan (Persekutuan) bagi memastikan pelaksanaan PICK sebelum (diberi) kepada mana-mana pihak lain.
 
"Ia termasuk kerajaan negeri, pihak industri atau hospital swasta yang membuat tempahan dan pembelian selepas kerajaan Persekutuan, melainkan melalui pembekal yang tidak terlibat dalam PICK," katanya
 
Buat masa ini, tiga jenis vaksin yang telah mendapat kelulusan NPRA adalah vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Ini bermakna mana-mana pihak mahu membeli vaksin atau membawa vaksin baru perlu menghantar dokumen permohonan kepada Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia. 
 

Selangor perlu belajar daripada Sabah

Selangor perlu belajar daripada Sabah bagaimana mereka mengurangkan jangkitan Covid-19 daripada sebuah negeri paling teruk kerana PRN Sabah kepada negeri paling selamat. Pemimpin Selangor menyalahkan PRN Sabah sebagai punca penularan di Selangor. Namun jangan lupa PRN Sabah itu direstui oleh Pakatan Harapan dengan menyokong Shafie Apdal membubarkan DUN julai 2020. Harganya adalah apa yang PH laburkan. Namun Kerajaan GRS Sabah berjaya mengatasinya.

Persoalannya bila Selangor berjaya mengurangkan kes Covid-19?

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Selangor parah! Kerajaan PH Selangor Gagal tangani Covid-19 di mana Dr Dzulkefly? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 3285 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Pasukan Khas Covid-19 Selangor gagal tapi untung dapat projek jutaan ringgit dana negeri ]

 

2 Comments