2,251 kes, PH Selangor kata tidak parah, netizen kecam Dr Dzulkefly, Dr Mariah tolak PKP Penuh
23:05 May 19, 2021  |  By SabahKini2
2,251 kes, PH Selangor kata tidak parah, netizen kecam Dr Dzulkefly, Dr Mariah tolak PKP Penuh

Akhirnya PH Selangor terperangkap dengan 'game' sendiri. Buat sidang media ingatkan disokong rakyat sebaliknya netizen mengecam Dr Dzulkefly, Dr Mariah. MB Selangor terpaksa 'cover' kerosakan PH. Nyawa rakyat atau taikun? #SelangorKerajaanGagal

SIDANG media Kerajaan PH Selangor oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awan Negeri Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor seperti membunuh diri sendiri mengakui kegagalan mereka mengawal Covid-19 di Selangor.

Seperti dijangka sidang media itu medan mencari kesalahan Kerajaan Pusat dan Menteri KKM. Wal hal Kerajaan PH sendiri di Selangor gagal mengawal Covid-19.

Sidang media mereka disambut dengan kes negara melonjak kepada 6,075 kes baru mengatasi rekod lama 30 Januari lalu dengan 5,728. Seperti biasa Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes. Sejak 12 hari lalu kes Covid-19 kekal secara purata 1200 hingga 2000 kes sehari.

 

1200 hingga lebih 2000 kes sehari masih tidak parah! PH Selangor mahu tunggu lebih 4000 ke?

Kes tinggi tetapi Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah Mahmud terus memusing fakta kononnya Selangor kes tak tinggi dan tidak parah. Menurut Dr Siti Mariah mereka lebih bengang dituduh kes paling tinggi di negara ini.

“Selangor bengang bila setiap pengumuman dibuat, Selangor tertinggi (kes positif), seolah-olah beban diletakkan ke atas kerajaan Selangor,” katanya.

Kenyataan mereka berdua akhirnya memenuhi laman sosial dan menjadi bahan troll serta parodi netizen. 

 

 


Kematian parah tetapi Selangor tak parah? 

Nyawa rakyat atau taikun?

Tidak peduli nyawa rakyat, demi taukeh dan taikun Selangor kedua pemimpin PH Selangor itu bertegas menolak Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau 'full lockdown' bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negeri Selangor.

Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan itu perlu dipertimbangkan kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi isi rumah, malah akan memberi tekanan kepada sektor ekonomi di Negeri Selangor.

Oleh itu kata Dr Dzulkefly Kerajaan PH Selangor tidak menyokong cadangan pelaksanaan Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) secara total kerana kadar kebolehjangkitan masih rendah berbanding negeri lain iaitu Kelantan dan Pahang.

“Jangan jadikan lockdown itu jalan mudah untuk kita mengurus PKP,” katanya yang masih menggunakan alasan ketelusan butiran data Covid-19 di negeri itu yang gagal diperolehi daripada kerajaan pusat walaupun data CPRC itu diberikan kepada Negeri.

Jelasnya, penekanan harus diberikan kepada rakyat Selangor bagi meningkatkan amalan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama dengan kehadiran varian baru Covid-19.

Bagaimanapun Netizen jelas mengkritik kenyataan Dr Dzulkefly dan Dr Mariah itu. 24 ribu komen netizen majoritinya membalun sidang media itu. SOP apa lagi dah memang rakyat tidak akur pun pada SOP.

Dr Dzulkefly dan Dr Mariah Kena balun netizen

MB Selangor ‘Cover’ kebodohan Dr Dzulkefly STFC

Menyedari rakyat mengecam teruk sidang media itu Menteri Besar Amiruddin Shari jam 4.30 petang membuat sidang media baru membetulkan semua kesilapan Dr Dzulkefly dan Dr Mariah. MB Selangor berkata kenyataan Dr Zulkefly dan Dr Siti Mariah kurang tepat. Media melaporkan secara separa tepat atau separuh masak.

Beliau berkata, kuasa untuk menentukan PKP menyeluruh atau PKP yang lebih ketat adalah di bawah kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Persekutuan.

Kerajaan negeri Selangor menerima sekiranya kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk melaksanakan PKP secara menyeluruh atau penuh demi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Namun begitu kerajaan negeri Selangor sememangnya memandang serius keutamaan kita untuk menjaga kesihatan dan unsur kehidupan masyarakat serta bagaimana kembali ke istilah mengimbangi kehidupan rakyat dan aspek keselamatan.

“Namun jika kita ditawarkan di antara dua tawaran itu atau dua pilihan, saya kira untuk menjaga nyawa diletakkan keutamaan,” katanya dalam sidang media khas itu.

Apa sudah jadi? MB Selangor dan pasukan STFC diketuai oleh Dr Dzulkefly sudah tidak sebulu ke? Dah tak ada kumpulan Whatapps ke?

Apapun Dr Dzulkefly dan Dr Mariah dalam Task Force Covid-19 masuk perangkap kebodohan sendiri. Mereka ingat dengan menyalahkan Menteri KKM dan Kerajaan PN rakyat yang bersimpati kepada mereka sebaliknya menjadi bahan kutukan yang dahsyat kepada Kerajaan PH. Netizen menggelarkannya #KerajaanSelangorGagal

 

 [ARTIKEL BERKAITAN- PKP penuh Selangor: Dr Dzulkefly, STFC terdesak tutup kegagalan PH Selangor ]

  [ARTIKEL BERKAITAN-  Lebih 2000 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor mengaku gagal lagi? ]

2 Comments