Dane Kovacs pekerja Philip mengesahkan Philip merupakan pemangsa, “narcissistic” dan kaki cabul. Tidak hairan penghujahan mahkamahnya Wanita Unduk Ngadau hanya objek nafsu, sebagai persembahan lembu eksotik dan acara lelong.
Kes cabul Philip Among masuk ke fasa baru kali ini tular mengenai penghujahan mahkamah Peguam Philip membandingkan acara ratu cantik Unduk Ngadau dengan "persembahan lembu eksotik" (exotic cattle show) dan "acara lelong" (auction show).
Penghujahan peguam Phillip Marcel Jude itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk NGO Wanita dan KDM.
Shireen Sikayun seorang peguam dan presiden Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah (Pusaka) menyelar sikap Peguam Marcel Jude.
"Bagi seorang yang lahir dan membesar di Sabah, kenyataan itu adalah mengejutkan, merendahkan maruah dan langsung tidak sensitif kepada perasaan orang asal, sedangkan dia (Marcel) adalah orang tempatan yang sepatutnya sering berinteraksi dengan mereka," kata Shireen dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurut dokumen mahkamah itu Marcel berkata, "Pertandingan UNK (Unduk Ngadau) bukan tentang wanita. Ia hanya pertandingan, ia tidak merangkumi semua wanita, tanpa mengira apakah bakat, kemahiran, pendidikan dan kebolehan mereka, tetapi tidak lebih sebagai persembahan lembu eksotik dan hampir seperti acara lelong.
"Tiada apa yang hebat (outstanding) tentang wanita-wanita ini dan ada lebih ramai wanita hebat di luar tetapi mereka tidak dapat menjadi peserta.
"UNK adalah satu imbauan kembali zaman lalu di mana wanita hanya objek nafsu yang diperagakan dalam sebuah persembahan," katanya.
Unduk Ngadau adalah acara kebudayaan yang diadakan sempena pesta menuai, atau Tadau Kaamatan, di Sabah.
Kenyataan Marcel Jude ini pasti mengundang kemarahan rakyat Sabah khususnya kaum KDM yang melihat Unduk Ngadau dalam Pesta Kaamatan ada budaya negeri. Penghinaan persembahan lembu eksotik dan hampir seperti acara lelong sesuatu yang sangat tidak boleh diterima.
Marcel Jude sebelum ini juga mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan polis Philip direman 4 hari kerana katanya tiada bukti Philip 'meramas' wanita-wanita itu.
[ ARTIKEL BERKAITAN- Philip direman 4 hari, peguam bantah kerana tiada saksi lihat kejadian 'ramas' ]
Membuktikan Philip Among seorang pencabul dan kaki perempuan pekerjanya Dane Kovacs di Syarikat Darvel Bay Borneo Holidays milik Philip berkata Philip merupakan pemangsa, kaki cabul DAN “narcissistic” yang suka menghina wanita atau sesiapa sahaja.Philip sentiasa dahagakan wanita.
[ ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Philip seorang pemangsa, “misogynistic” dan “narcissistic” penghina wanita - Dane Kovacs ]
Phillip Among baru-baru ini didakwa empat pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan mencabul peserta peserta unduk ngadau dan satu pertuduhan lagi kepada seorang lagi perempuan.
[ARTIKEL BERKAITAN- Phillip Among didakwa lima pertuduhan cabul dua wanita ]
Philip sebelum ini pendokong kuat Warisan dan Shafie Apdal sebelum melompat ke Parti STAR dan dilantik penyelaras Parlimen Putatan.
Sebelum menyertai STAR- PHILIP menyokong kuat Warisan dan Shafie.
Mahkamah menetapkan 14, 21 dan 22 Julai untuk pengurusan kes pra perbicaraan. Phillip dikenakan ikat jamin RM8,000 untuk setiap pertuduhan, dengan dua penjamin tempatan.
STAR sebelum ini mengumumkan telah menggantung keahlian Philip Among. Presiden STAR Datuk Dr Jeffery Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata tidak pernah melindungi ahli partinya yang terlibat dengan jenayah. Tiada kompromi.
Pemimpin Warisan seperti Datuk Azis Jamman (Wira Warisan) dan Peter Anthony Presiden KDM tidak berani bersuara isu Philip Among. Mungkin mereka tidak mahu kisah kes mahkamah dan skandal seksual melibatkan orang lain memandangkan mereka tidak kurang teruknya.