(VIDEO) Rakyat Sabah bandingkan Ucapan Shafie Apdal: Cadangan atau Penghinaan?
19:01 Jan 25, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Rakyat Sabah bandingkan Ucapan Shafie Apdal: Cadangan atau Penghinaan?

Tonton video ucapan terbaru Shafie Apdal. Shafie kata dia hanya mencadang. Lihat sendiri cadangan atau penghinaan? Jadi dia bertegas tidak akan minta maaf kepada anggota Rela.

VIDEO: BENARKAH SHAFIE KATA DIA HANYA MENCADANGKAN UNTUK RELA BUKAN MENGHINA? BANDINGKAN ANTARA CADANGAN ATAU PENGHINAAN?
JIKA PENGHINAAN APA SEKALIPUN APA HAK SHAFIE UNTUK MEMPERLEKEH PERANAN RELA? DIA SEPATUTNYA MEMBAWA DALAM PARLIMEN BUKAN
DI KHEMAH-KHEMAH DALAM KEMPEN POLITIKNYA

KOTA KINABALU: Selepas seminggu Presiden Parti Warisan Sabah Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal tidak akan meminta maaf terhadap kenyataannya berhubung penugasan Jabatan Relawan Malaysia (RELA) di Sabah yang tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan anggota Rela dan orang ramai, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau hanya mempersoalkan secara logik berhubung penugasan anggota RELA bagi menjaga keselamatan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

"Takkanlah saya nak minta maaf, saya tidak bersalah, kalau saya bersalah boleh lah saya minta maaf.

Begitu banyak laporan polis dibuat terhadap Shafie di seluruh negara dan Shafie juga telah memberi keterangan kepada polis selama lebih 2 jam. Ketua Polis Negara sendiri mengesahkan mengenai penyiasatan itu.

Sementara itu Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Presiden Parti Warisan Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal sedikit sebanyak pasti mendapat kesan larinya sokongan 3 juta  anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)nya akibat keceluparannya

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, anggota Rela tersinggung dengan kenyataan Shafie mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Tidak perlulah kita hukum dia lebih lagi.

“Yang penting, beliau kelihatan seorang pemimpin tidak mementingkan hati rakyat, tidak bersimpati dengan pengorbanan anggota Rela yang membuat kerja secara sukarela,” katanya.

Ketua Pengarah Rela turut menyelar Shafie Apdal apa hak dia menghina anggota Rela. Jika tidak tahu sila bertanya kepadanya.

Semakan Sabahkini2 terhadap video terbaru ucapan Shafie Apdal di Kuala Penyu Sabah beliau menjelaskan ia tidak menghina tetapi hanya cadangan.

“ Saya cadangkan saya suarakan selaku wakil rakyat orang-orang saya Rela mengundi saya”

Bagaimanapun ia sangat berbeza antara cadangan dengan kenyataan sebagai menghina anggota Rela sebagaimana tular sebelum ini. “RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Katanya sambil mempertawakan RELA.

Rujuk VIDEO di atas.

 

Comment