Dr Christina Pengarah JKNS perlu jelaskan mengapa Peter Anthony diberi kuarantin 5 hari sahaja? Pegawai dibayar?
15:04 Apr 25, 2021  |  By SabahKini2
Dr Christina Pengarah JKNS perlu jelaskan mengapa Peter Anthony diberi kuarantin 5 hari sahaja? Pegawai dibayar?

Kuarantin dari 14 kurang 10 hari, tetapi Peter Anthony dapat kuarantin hanya 5 hari sahaja! Apa istimewanya Peter? Pendekkan kuarantin perlu kelulusan jawatankuasa dan penilaian risiko KKM. Apakah Dr Christina luluskan?

Selepas tular isu Naib presiden Warisan, Peter Anthony melanggar perintah kuarantin di rumah dan kemungkinan peguamnya menipu menggunakan alasan Covid-19 menangguh kes kerana kuarantin 16 hingga 26 April semalam Peter menafikannya.

Di laman Facebooknya petang semalam Peter berkata dia tidak melanggar undang-undang kerana sudah menghabiskan kuarantin sebelum tiba ke acara itu.

Peter memaparkan surat bertarikh 16- 20 April (5 hari) yang ditandatangi oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 Bonaeleon Likoh Juis dari Pejabat Kesihatan Keningau Sabah bertarikh 20 April untuk membuktikan dakwaannya.


PKD Keningau beri Peter kuarantin hanya 5 hari!

Peter berkata, keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan sebanyak dua kali juga menunjukkan keputusan negatif. 

Peguam Peter, D Senthinathan sebelum ini memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa anak guamnya perlu menjalani kuarantin selama 10 hari - dari 16 hingga 26 April 2021- setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes Covid-19.

Atas alasan itu peguam memohon perbicaraan terhadap Peter ditangguhkan. Mahkamah kemudian memberikan kebenaran dan perbicaraan dijadualkan semula pada 3 Mei 2021

Bagaimanapun pada 23 April 2021 memeranjatkan semua pihak Datuk Peter Anthony hadir merasmikan program Warisan di Limbahau, Papar di mana dia dirakam memberi ucapan, berjumpa dengan pelbagai pihak dan tanpa memakai pelitup muka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Beri alasan Covid-19 tangguh kes, kini Peter Anthony langgar kuarantin datang majlis keramaian ]

Peter menafikan peguamnya Senthinathan telah berbohong mengenai perintah kuarantin namun rekod permohonan penangguhan kes jelas pada tarikh 16 hingga 26 April dan yang ditandatangani oleh PKD Keningau hanya 16-20 April.

Pada Julai 2020 Peter Anthony pemilik dan pengarah urusan Asli Jati Engineering Sdn Bhd didakwa memalsukan surat pada tahun 2014 dengan tujuan untuk menipu setiausaha sulit perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Dia didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 9 Jun 2014.

Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dia juga didakwa di bawah Seksyen 471 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam perbicaraan awal April lalu saksi-saksi kes seperti Bekas Naib Canselor UMS, Bekas Pengerusi UMS Tun Zaki dan pendaftar UMS Datuk Abdullah jelas menunjukkan UMS tidak pernah melantik Peter Anthony dan Asli Jati Engineering Sdn Bhd projek rundingan terus penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

[ARTIKEL BERKAITAN- UMS tak pernah lantik Syarikat Asli Jati milik Peter secara rundingan terus- Bekas NC UMS

[ARTIKEL BERKAITAN- Tun Zaki buktikan Peter Anthony bolot projek sistem Mekanikal Elektrikal, tipu tuntutan selenggaraan UMS

[ARTIKEL BERKAITAN- Bekas Pendaftar UMS dakwa ditipu Peter, kini diugut untuk sahkan dokumen palsu

Secara berasingan, Peter Anthony juga sedang menghadapi beberapa tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan bersubahat dengan tuduhan pecah amanah kes mencuri wang RISDA RM15.5 juta bersama peguam Michael P Ubu ketika Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Keraguan Kuarantin Peter Anthony

Bagaimanapun terdapat keraguan pada surat pelepasan bertarikh 16- 20 April yang dikeluarkan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 Bonaeleon Likoh Juis dari Pejabat Kesihatan Keningau Sabah itu ialah kuarantin Datuk Peter Anthony hanyalah 5 hari sahaja.

Standard SOP KKM sebelum ini 14 hari dan kini dipendekkan 10 hari. Terbaru bagi pengembara luar negara dikembalikan tempoh kuarantin 14 hari.

Ketika kes Covid-19 Sabah naik mencanak dan peraturan kuarantin 14 hari dilaksanakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan setiap individu yang pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan, perlu dipakaikan gelang selama 14 hari sebaik tiba di Semenanjung Malaysia walaupun didapati negatif Covid-19. Katanya ia bagi pihaknya mengesan tujuh peratus individu positif Covid-19 pada hari ke-13.

Datuk Peter potong gelang hanya 5 hari dah bebas sesuka hati

Individu yang memakai gelang kuarantin tidak dibenarkan sama sekali keluar dari rumah sehingga tempoh tamat.

Dan jika gelang pink dipotong sebelum tempoh kuarantin tamat maka individu itu tetap tidak keluar rumah bagi tempoh seminggu hingga dua minggu bagi mengelak kebolehjangkitan Covid-19 berlaku.

Lantaran itu terdapat beberapa kes yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika pelaksanaan PKP  seperti individu potong gelang melanggar tempoh kuarantin turut ditahan

Pelepasan Kuarantin

KKM sebelum ini melalui Ketua Pengarahnya ketika pelaksanaan kuarantin wajib 14 hari menyatakan individu boleh membuat permohonan untuk memendekkan tempoh kuarantin jika mempunyai sebab yang munasabah

Tentunya kini jika kuarantin 10 hari peraturan itu masih terpakai atas sebab yang munasabah juga. Jika mahu memendekkan perlu membuat permohonan kepada KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan permohonan itu akan dibincangkan oleh satu jawatankuasa dan penilaian risiko akan dilakukan terhadap individu terbabit sebelum kebenaran memendekkan tempoh kuarantin diberikan.

"Kita ada pertimbangan untuk menggunakan Seksyen 15 (1) Akta 342 iaitu seorang pegawai diberi kuasa boleh memerintah supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang lain.

"Kalau ada permohonan dihantar kepada kita dan jawatankuasa akan melihat. Kita ada juga memberi pertimbangan untuk memendekkan tempoh contohnya hari ke-12 dan ke-13 berikutan ada yang perlu menduduki peperiksaan atau urusan pernikahan.

Penjelasan Pejabat Kesihatan Daerah Keningau dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Persoalan paling besar selepas Peter Anthony mendedahkan surat pelepasannya ialah bagaimana Peter boleh mendapat perintah kuarantin 5 hari sahaja?  Apakah ini SOP baru KKM atau Jabatan Kesihatan Negeri Sabah? Peter tidak terlibat pun lawatan berbentuk travel bubble.

Apakah kerana Datuk Peter Anthony punya 'kabel' yang baik dengan Pengarah JKNS maka boleh dapat pelepasan sependek itu? Umum mengetahui Christina dilantik pengarah JKNS atas sokongan Warisan sebelum ini.

Pengarah JKNS Datuk Christina Rundi perlu menjelaskan perkara ini jika tidak semua pihak juga boleh memohon perintah Kuarantin selama 5 hari sebagaimana Peter Anthony.

Ada tak Peter membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah  bagi diputuskan oleh jawatankuasa dan penilaian risiko memendekkan kuarantinnya hanya 5 hari?

Dan jika sekalipun menurut Seksyen 15 (1) Akta 342 penurunan kuasa kepada pegawai tak kan hanya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 PKD Keningau berkuasa meluluskannya? Atau Christina Rundi Pengarah JKNS yang mengarahkannya?

Dr Christina Rundi mempunyai rekod sebelum ini pada bulan oktober tahun lalu meluluskan YB Warisan hanya melalui WhatsApp hadir angkat sumpah DUN walaupun Adun Warisan di kuarantin baru 6 hari.

ARTIKEL BERKAITAN - Azis Jamman jangan 'Double Standard', YB Warisan hanya WhatsApp 'Kawtim' Pengarah JKNS Dr Christina semua ok!

 

 

Ini sejarah Dr Christina sebelum ini beri keistimewaan kepada ADUN WARISAN.
Persoalan, Apakah Dr Christina Rundi beri kelulusan 5 hari kuarantin  kepada Datuk Peter Anthony
melalui WhatApps juga sebelum pegawai PPD menandatangi pelepasan?

Jika terdapat unsur penipuan, salah guna kuasa dan rasuah memberi kelulusan kuarantin Datuk Peter Anthony selama 5 hari ini dengan kawtim Pengarah atau PPD Keningau sewajarnya SPRM, PDRM dan KKM menyiasatnya. 

Jika benar pegawai PPD Keningau atau ada pegawai KKM Sabah yang terlibat menjual 'result' kuarantin tindakan tegas khusus kepada pemimpin politik seperti Datuk Peter Anthony tindakan segera perlu diambil. 

 

 Note: Sudah tiba masa Kerajaan Sabah menukar Pengarah JKNS. Semua pegawai lantikan syor zaman Warisan kelihatannya semput untuk meneruskan kerja. Mereka dah penat dan tepu

 

 

10 Comments