'Dine-in': Kerajaan Sabah, PBT terus laksana, Warisan acah-acah sibuk 'Claim' politik
06:07 Jul 04, 2021  |  By SabahKini2
 'Dine-in': Kerajaan Sabah, PBT terus laksana, Warisan acah-acah sibuk 'Claim' politik

Melalui satu mesej yang tular baru-baru PBT Sabah diarah membenarkan operasi restoran namun yang mengumumkan awal kepada media ialah Majlis Perbandaran Sandakan pada 2 julai lalu.

Sekalipun pewartaan SOP baharu negeri Sabah belum diluluskan MKN Pusat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah dengan kebenaran Kerajaan Negeri meneruskan langkah berani membenarkan ‘dine-in’ di semua restoran dan gerai

Melalui satu mesej dalaman yang tular baru-baru PBT Sabah diarah membenarkan operasi restoran namun yang mengumumkan kepada media awal ialah Majlis Perbandaran Sandakan pada 2 julai lalu. 

 

ARAHAN KEPADA PBT JELAS. BOCOR ATAU TIDAK MESEJ DALAMAN BUKAN ISU. JALAN TERUS

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wong Foo Tin berkata, pihaknya membenarkan perkara itu selepas mengikuti pengumuman yang dikeluarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Isnin.

Tegasnya, hanya dua orang satu meja makan dibenarkan selain 50 peratus individu sahaja boleh berada di dalam premis makanan.

“Makan di restoran memang dibolehkan bermula esok. Seperti pengumuman Ketua Menteri Sabah katakan sebelum ini.

“Masa berniaga iaitu bermula jam 6 pagi sehingga jam 8 malam sahaja. Sebuah meja hanya dibenarkan untuk dua orang sahaja atau jumlah kehadiran dalam sesebuah premis makanan hanya 50 peratus sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Presiden MPS sokong Hajiji Ketua Menteri

Foo Tin berkata, pihaknya juga menasihatkan peniaga dan masyarakat setempat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“SOP seperti memeriksa suhu sebelum masuk ke premis dan mengimbaskan kod pantas (QR) MySejahtera juga wajib dibuat,” katanya.

‘Dine- in’ isu panas

Isu makan di restoran hangat diperkatakan di negeri Sabah sejak Isnin lalu selepas Ketua Menteri Sabah mengumumkan kebenaran kepada para peniaga untuk beroperasi dengan makan di restoran.

Peniaga kemudiannya membenarkan pelanggan makan di restoran.

Namun pada sebelah petang peniaga di Sabah termasuk Sandakan menghentikan kaedah berniaga secara dine-in selepas kontroversi Pengarah MKN Sabah dan JKNS memberi laporan tidak memihak kepada Ketua Menteri Sabah.

Tindakan sedemikian dilihat cubaan sabotaj memalukan Ketua Menteri sehingga terdapat cadangan Ketua Menteri perlu segera menyingkirkan pegawai syor lantikan Shafie Apdal Warisan sebelum ini Puan Sharifah Pengarah Keselamatan Negeri Sabah dan juga Datuk Christina Rundi Pengarah JKNS

[ARTIKEL BERKAITAN - SOP baharu Sabah demi rakyat, singkir Pengarah MKN dan JKNS Malukan Ketua Menteri! ]

SOP baharu Sabah demi rakyat, singkir Pengarah MKN dan JKNS Malukan Ketua Menteri!

Selepas beberapa siri Kerajaan Sabah mengubah SOP sendiri dilihat sebagai ancaman, pegawai Persekutuan menggunakan alasan ketiadaan ‘Punca Kuasa’ Akta 342 melonggarkan SOP negeri termasuk ‘Dine-in’. 

Mereka sepatutnya menasihat Ketua Menteri mengambil segala cara melaksanakannya menggunakan kuasa Sabah tetapi sebaliknya mereka menasihatkan Ketua Menteri agar tidak melakukannya kerana Akta 342 di bawah KKM. 

Alasan ini mencetuskan persoalan memandangkan kerajaan Sabah sebelum ini tiada halangan mengubah SOP seperti kebenaran hari raya, solat berjemaah di masjid, rentas daerah, laksana PKP, PKPB, PKPD dan pelbagai lagi.

Susulan itu 3 Timbalan Ketua Menteri, adun, ahli parlimen, NGO dan pemimpin politik negeri menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri kerana kes Covid-19 Sabah terkawal dan perlu  segera memulihkan ekonomi rakyat yang terjejas.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kelonggaran SOP: Kerajaan pusat perlu hormati keputusan Kerajaan Sabah]

 

Kelonggaran SOP: Kerajaan pusat perlu hormati keputusan Kerajaan Sabah.

Terbaru Negeri-negeri lain seperti Perlis, Perak dan Terengganu menentukan SOP penggunaan masjid sendiri. Kerajaan Negeri tentukan apa yang terbaik untuk negeri mereka. Beranikah Menteri Kanan dan MKN Pusat menegur ketetapan SOP Negeri Perlis dan Terengganu berkenaan?

Kerajaan Sabah sendiri sudah mengumumkan membenarkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 24 Jun lalu. 

 

Warisan ambil kesempatan

Sekalipun Kerajaan Sabah telah mengarahkan semua PBT dan agensi peguatkuasaan tidak menyaman atau kompaun kepada peniaga restoran namun Warisan menggunakan isu ‘Dine-in’ sebagai makanan politik mereka untuk berlagak hero rakyat walaupun perkara itu dilihat telah selesai.

Warisan dilaporkan menyediakan sepasukan peguam untuk menangkis kompaun yang dikenakan kerana makan di premis premis makanan berikutan berikutan kebimbangan orang ramai berkenaan dikenakan kompaun kerana dine-in.

Perkara itu diumumkan oleh Junz Wong Naib Presiden Warisan

“Pertama, jangan takut. Kedua, buka sahaja kedai makan kamu. Ketiga  benarkan dine-in.”

“Akhirnya, ikuti SOP lama sehingga SOP baharu diumum.” katanya

Tindakan Kerajaan Sabah

Hakikatnya Kerajaan Sabah melakukan segala cara untuk mengawal kes Covid-19 menular namun ekonomi negeri juga sangat penting kerana melibatkan nyawa rakyat. Lantaran itu kerajaan Sabah meneruskan sehingga SOP baharu dikeluarkan.

Pewartaan SOP hanyalah satu formaliti namun keputusan Kerajaan Sabah itu lebih penting.  Sabah mempunyai hak-hak dan autonomi yang mesti dihormati oleh Putrajaya.

Lantaran itu PBT di Sabah melalui arahan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah meneruskannya sekalipun MKN Negeri dan Pengarah JKNS KKM tidak menyenanginya.

Kerajaan Sabah 'Jalan Terus' jangan biarkan pelbagai pihak termasuk Warisan mengambil kesempatan. Kerajaan Negeri kita punya, kita tentukan. Pengarah Keselamatan Negeri dan JKNS jika tak boleh ikut arahan Kerajaan Sabah khususnya daripada Ketua Menteri sekarang mohon sila berhenti cari jabatan yang kamu boleh melakukan kerja mengikut segala kehendak kamu. ATAU BERSEDIA UNTUK DIPINDAHKAN

 

5 Comments