Rodzi KP MKN baharu digesa rombak MKN Sabah segera
06:07 Jul 16, 2021  |  By SabahKini2
Rodzi KP MKN baharu digesa rombak MKN Sabah segera

Teka-teki KP MKN sebelum ini bercuti terjawab selepas pengumuman pelantikan Datuk Rodzi TKP sebagai KP MKN yang baharu. Moga beliau merombak semula MKN Sabah yang celaru agar lebih sehaluan dengan Kerajaan Negeri

Rodzi Md Saad dilantik sebagai ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baharu.

Perlantikan Rodzi sebagai ketua pengarah secara rasmi itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali berkuat kuasa 15 Julai.

“Rodzi 57 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah (keselamatan) MKN.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Rodzi sebelum ini mengalas tugas sebagai pemangku ketua pengarah MKN susulan desas-desus Ketua Pengarah sebelum Datuk Mohd Rabin Basir bercuti lama.

Kemelut pengurusan tertinggi Majlis Keselamatan Negara akhirnya terlerai dengan pelantikan ini.

Rodzi Ketika menjadi Timbalan Ketua Pengarah MKN adalah seorang yang aktif.

Harapan kepada Rodzi

Dengan pelantikan Datuk Rodzi diharap pengurusan pejabat keselamatan negeri Sabah di bawah pimpinan Pn Sh Sitti Saleha Habib Yussof (JUSA C) dirombak segera agar sentiasa sehaluan dengan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri.

Kemelut isu SOP 'dine-in' baru--baru ini yang memalukan Ketua Menteri Sabah adalah kemuncak bagaimana Pengarah MKN Sabah itu tidak bijak menguruskan isu sehingga mendatangkan persepsi buruk kepada Kerajaan GRS.

[ARTIKEL BERKAITAN - SOP baharu Sabah demi rakyat, singkir Pengarah MKN dan JKNS Malukan Ketua Menteri! ]

Kejayaan Sh Sitti Saleha Habib Yussof hanya hampir merealisasikan  Pas Sementara Sabah (PSS) di zaman Kerajaan Warisan dahulu yang beliau sentiasa bawa dalam mesyuarat MKN Negeri bersama Kerajaan Negeri bagi menyelesai isu Pendatang Tanpa Izin dan pemegang Pas IMM13. Sehingga sekarang beliau sentiasa mengetengahkan isu itu dalam jawatankuasa berkenaan dengan memperkenalkan pas sementara baru ala-ala PSS. Kerajaan Sabah setakat ini menolak cadangan itu

Pengarah JKNS, MKN Negeri dikecam ikut 'SOP' Shafie Apdal susahkan 10,000  pelajar IPT lepas tu U-Turn!


Pas Sementara Sabah cuba dilaksanakan di Sabah penghujung tahun 2019 namun ditentang keras rakyat Sabah. Kekalahan teruk Warisan di PRK Kimanis 2020 adalah satu referendum rakyat menolak pelaksanaan PSS melalui PRK. Kekalahan Warisna itu akhirnya kabinet Warisan pada 22 Januari Kerajaan Warisan  membatalkan PSS. Ia kesilapan memakan diri Warisan. Sebelum pelaksanaan PSS itu usaha terus berjalan apatah lagi dengan lawatan Duta Filipina memburukkan persepsi rakyat ketika itu. Strategi MKN Sabah jelas tidak  begitu baik untuk kerajaan. 

Keutamaan sekarang ialah mengatasi Covid-19 di negeri Sabah. Kerajaan Sabah perlukan pegawai yang baru lebih fokus dan mampu memberikan cara terbaik menangani masalah bukan sibuk kepada perkara yang tidak penting.

Jika Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi telah ditukar segera kepada pegawai KKM lebih pakar adalah tidak mustahil untuk mencari pengganti baru ‘orang sabahan’ JUSA C di pejabat Keselamatan Negeri Sabah Majlis Keselamatan Negara (MKN). Gantikan lebih pakar dalam bidang keselamatan negara.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr. Rose Nani 'Orang Sabahan' Putrajaya ganti Dr Christina sebagai Pengarah JKNS ]

 

 

 

1 Comment