460 ribu dos sehari, Sabah terendah! KJ mana vaksin dijanjikan kepada rakyat Sabah?
17:07 Jul 16, 2021  |  By SabahKini2
460 ribu dos sehari, Sabah terendah! KJ mana vaksin dijanjikan kepada rakyat Sabah?

Lebih 460 ribu dos sehari. Program vaksinasi Malaysia kini antara yang terpantas di dunia. Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan juga menerima vaksin tertinggi.Namun kadar vaksinasi negeri dilihat masih perlahan. Di Sabah janji 2 juta dos masih dicapati

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan berdasarkan laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19. Rekod ini adalah tertinggi sehari.

Menerusi infografik data pemberian vaksin COVID-19 di Twitter, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi, lengkap dos kedua.

Malaysia kini menjadi antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia, menyaksikan lebih 400,000 dos diberikan sehari. Rekod menunjukkam selama empat hari berturut-turut, pemberian vaksin melepasi 400,000 dos sehari.

Malaysia hanya diatasi Kanada pada minggu lepas, tetapi jumlah vaksinasi di Malaysia adalah sekali ganda berbanding Australia.

Perbandingan itu dibuat antara negara-negara dengan saiz yang sama atau lebih besar oleh The Sydney Morning Herald dalam satu artikelnya bertajuk “Crushed by COVID, Malaysia now has one of the world’s fastest vaccination rates” .

Berikut adalah jumlah pemberian dos untuk empat hari lepas :

12 Julai : 421,479 dos

13 Julai : 424,541 dos

14 Julai : 434,828 dos

15 Julai : 460,158 dos

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Feb adalah sebanyak 13,107,716 dos.

Pemberian Vaksin Negeri

Melihat pula kadar pemberian di beberapa buah negeri pula, kebanyakkan negeri menerima jumlah pemberian vaksin yang tinggi terutama di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan ekoran kes covid-19 yang tinggi di negeri berkenaan.

Rekod JKAV  pada 12 Julai  menunjukkan individu sudah menerima suntikan dos pertama, Selangor 1,572,558 (24%) Kuala Lumpur 1,444,846( 81.5%) , Sarawak 1,413,184  ( 50.2%) johor 569,051(15.1%), Perak  503,636 (20.1 5), manakala di Sabah hanya menerima 415,813 ataupun 10.6% .

Selain pengumuman kerajaan memberi 5 juta dos vaksin lagi  kepada Selangor pada bulan julai.

VAKSIN: APA NASIB RAKYAT SABAH?

Pada 8 julai lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan bahawa tambahan lebih 2 juta dos vaksin bagi meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah. 

Katanya  Sabah akan menerima 1 juta dos vaksin pada Julai ini dan 1.2 juta dos lagi pada bulan ogos sudah pasti akan membantu meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin di negeri ini.

"Saya berharap pemberian vaksin ini akan berjalan lancar termasuk untuk program mobile outreach (jangkauan luar). Ini bagi memastikan tiada penduduk yang tercicir dalam PICK.

Namun berdasarkan statistik harian pemberian vaksin di sabah, jumlah pengumuman itu dilihat tidak tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu hanya sekitar 10 ribu hingga 20 ribu pemberian vaksin sehari sahaja yang mampu diberikan melalui Program PICK ketika ini.

Data yang dikongsikan oleh Datuk Seri  Masidi Manjun melalui kenyataan media hariannya,

-       10/07/2021 - Dos 1 - 3,432 Dos 2 - 11,616  = 15,048

-       11/07/2021 - Dos 1 - 4,754, Dos 2 - 12,274 = 17,028

-       12/07/2021 Dos 1 - 6,354,  Dos 2 - 7,322    = 13,676

-       13/07/2021 Dos 1 - 8,286 , Dos 2 - 8,487    = 16,773

-       14/07/2021 Dos 1 - 10,536  Dos 2 - 9,848   = 20,384

-       15/07/2021 Dos 1 - 9,697 Dos 2 - 9,054      = 18,751

Dan menjadikan jumlah kumulatif vaksin di Sabah ialah 415,813 penerima dos pertama, manakala 330,444 lagi sudah melengkapkan 2 dos imunisasi covid-19 mereka.

Sasaran Kerajaan Negeri

Pada 15 Jun lalu, Kerajaan negeri menyasarkan bilangan penerima vaksin di Sabah meningkat kepada 30,000 orang setiap hari bermula Julai bagi memastikan imuniti berkelompok dapat dicapai mengikut sasaran ditetapkan.

Jumlah itu dijangka meningkat dua kali ganda berbanding pemberian vaksin pada masa ini.

Sekiranya bilangan penerima ini dipertingkatkan maka, sasaran 2.9 juta penduduk Sabah berusia 18 tahun ke atas diberikan vaksin akan dapat dicapai menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah sasar 2.9 juta rakyat terima vaksin, capai imuniti kelompok hujung tahun 2021 ]

Kerajaan Sabah sedang memperhebatkan strategi termasuk membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah.

Namun apa terjadi?

Nampaknya pemberian vaksin sedikit terganggu apabila dilaporkan vaksin belum sampai lagi ke negeri Sabah. Persoalannya dengan kelewatan penghantaran vaksin ke Sabah apakah sasaran itu mampu dicapai?

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin misalnya sudah menyatakan agar bekalan vaksin daripada pusat perlulah mencukupi jika sasaran dibuat melebihi 20 ribu sehari.

“Proses vaksinasi rakyat negara ini khususnya Sabah perlu dipercepatkan kerana kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat Sabah sudah divaksin menjelang Oktober ini,” kata Bung

Kerajaan Sabah dilaporkan tidak menerima jumlah vaksin seperti yang dijadualkan.

Dilaporkan terdapat beberapa PPV terpaksa ditutup awal kerana jumlah pemberian vaksin yang diberikan setiap hari sudah habis diagihkan.

Sedangkan pelbagai inisiatif yang sudah dilaksanakan JKNS untuk meningkatkan pemberian vaksin seperti mobile outreach di kawasan-kawasan yang sukar dicapai.

Malah kerjasama erat daripada pelbagai agensi seperti ATM yang turut menggerakkan asset dan keupayaanya untuk memberikan vaksin kepada penduduk di pedalaman Sabah.

Tetapi jika vaksin tidak ada, bagaimana mahu meningkatkan pemberian vaksin kepada penduduk Sabah?

Sampai bila Sabah terus menanti – Vaksin yang dijanjikan diagihkan ke negeri lain?

Kerajaan mengumumkan vaksin Pfitzer akan menerima lebih  40 juta dos pada bulan ini, selain itu pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua produk vaksin COVID-19 Cansino, sinopharm dan Janssen COVID-19 yang hanya memerlukan suntikan 1 dos vaksin, diharapkan dipercepatkan di Sabah.

Rakyat faham negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan termasuk Labuan memerlukan vaksin yang banyak kerana kadar kebolehjangkitan mereka tinggi.  Namun alasan kurangnya kadar jangkitan di Sabah kedua terendah  bagi setiap 100 ribu penduduk tidak boleh digunakan sebagai alasan melambatkan janji pemberian vaksin Sabah

Labuan misalnya hanya bersebelahan dengan Daerah Beaufort dipisahkan Laut Cina Selatan kurang sejam saja sudah tentu beri impak buruk jika penularan berterusan dari Labuan sebagaimana sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu apabila jangkitan dari Labuan berlaku di Menumnbok dan Kuala Penyu. Malah Beaufort pada 11 Julai lalu mencatatkan 70 kes sebagai kes tertinggi di Sabah. 

 

Pengarah JKNS Baharu

Kehadiran Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang baharu sudah tentu memberi sinar harapan buat rakyat Sabah.

Dr Rose Nani adalah pakar kawalan penyakit dan pengalaman beliau menguruskan Pusat Pemberian Vaksin Mega seperti di World Trade Centre, Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) , KLCC dan lain-lain lagi sangat diperlukan bagi mempercepatkan vaksin Sabah.

Dr Rose Nani berkata bahawa JKNS akan meLaksana Strategi baharu dalam pelaksanaan pemberian vaksin di Negeri Sabah.

Katanya beliau  mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) negeri dimana kita akan membuat strategi terutama di PPV, dengan perubahan strategi ini kita berupaya untuk mengganda dua kali ganda pemberian vaksin di semua PPV di Sabah.

“Cuma kita sedang menunggu kedatangan vaksin yang akan dihantar ke Sabah seperti yang dijadualkan,”

Mohon Kerajaan Pusat menghantar vaksin segera. Jangan capati janji

7 Comments