DAP Sabah tidak setuju ‘Sabahan’ Dr Rose Nani Pakar Penyakit Berjangkit ganti Christina Pengarah JKNS
14:07 Jul 16, 2021  |  By SabahKini2
DAP Sabah tidak setuju ‘Sabahan’ Dr Rose Nani Pakar Penyakit Berjangkit ganti Christina Pengarah JKNS

Mengapa DAP tidak puas hati Dr Rose Nani menggantikan Dr Christina yang lebih pakar menjadi Pengarah JKNS? Warisan DAP mudah bekerja dengan Dr Christina kerana kuarantin boleh 5 hari malah lulus dengan Whatapps je!

Apa yang dua bekas menteri DAP Sabah tidak puas hati dengan pertukaran Dr Christina Rundi pengarah kesihatan Sabah?

Dr Rose Nani Pengarah JKNS yang baharu dilantik ‘orang sabahan’ juga dan lebih pakar dari Pakar Kawalan Penyakit Berjangkit Dr Rose Nani Mudin akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah berkuat kuasa 13 Julai 2021.

[ARTIKEL BERKAITAN-Dr. Rose Nani 'Orang Sabahan' Putrajaya ganti Dr Christina sebagai Pengarah JKNS]

Dr Rose Nani merupakan Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit yang memang terlibat dalam mengurus Covid-19 di negara ini. Semakan profail dan kecemerlangan Dr Rose Nani diperakui.

Lagipun Datuk Dr. Christina Rundi dipindahkan ke bahagian pembangunan keluarga di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya sebagai Pengarah juga dan gred JUSA C. Peranan beliau diperlukan di KKM Putrajaya.

Dr Christina mengetuai bahagian pembangunan keluarga membabitkan tanggungjawab ke atas 3,000 klinik kesihatan dan klinik luar bandar di seluruh negara dan ia adalah amanah besar dalam menjaga kesihatan ibu dan anak, kawalan penyakit tidak berjangkit, vaksin dan penyakit berjangkit. Bukankah ini bagus? Warisan dan DAP wajar kagum pencapaian  ini.

Frankie Poon, dan bekas menteri belia dan sukan, Phoong Jin Zhe berkata, Sabah masih perlukan pengalaman dan keupayaan Christina mendepani pandemik? DAP bicara mengenai Covid-19 dan jangan lupa punca semua masalah Covid-19 Gelombang ketiga ini ialah asalnya kerana Pilihanraya Negeri Sabah kerana kebodohan Shafie Apdal Warisan membubarkan DUN. Sekarang apa jadi?

Kejayaan mengawal selepas PRN Sabah bukan kerana Dr Christina tetapi ketegasan Kerajaan GRS menanganinya. Christina hanya satu saja dalam kepalanya. Setia kepada Shafie Apdal, Warisan dan tidak beri kerjasama kepada Ketua Menteri sekarang Datuk Seri Hajiji Mohd Noor!.

Warisan dan DAP memang suka Christina kerana semua perkara Warisan Plus dibantu Christina. Pelepasan Kuarantin pun boleh menggunakan sms sahaja. Malah Datuk Peter Anthony hanya kuarantin 5 hari saja berbanding orang lain 14 hari. Begitulah cara double standard Dr Christina melayan adun dan MP lain berbanding Warisan Plus. 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Azis Jamman jangan 'Double Standard', YB Warisan hanya WhatsApp 'Kawtim' Pengarah JKNS Dr Christina semua ok! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Beri alasan Covid-19 tangguh kes, kini Peter Anthony langgar kuarantin datang majlis keramaian]

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Christina Pengarah JKNS perlu jelaskan mengapa Peter Anthony diberi kuarantin 5 hari sahaja? Pegawai dibayar? ]

Mudah kata Warisan Plus. Pengarah lulus cara mesej saja.
Kuarantin pula dari 14 hari boleh 5 hari!. ok je SOP JKNS!

 

Dr Christina Pengarah JKNS perlu jelaskan mengapa Peter Anthony diberi kuarantin 5 hari sahaja? Pegawai dibayar?

Kalau YB Warisan Dr Christina layan istimewa berbanding Adun dan MP lain

Poon DAP berkata bukan masanya menggantikan Christina tetapi program vaksinasi yang perlahan di Sabah perlu diselesaikan segera. Rakyat Sabah perlukan 2.9 juta untuk disuntik vaksin. Kadar vaksinasi sekarang di Sabah sangat rendah.

Oleh itu pertukaran Dr Christina adalah perkara biasa. Ini lumrah penjawat awam. Mereka sendiri faham tanggungjawab mereka untuk bertugas di mana-mana sahaja.

Dr Rose Nani adalah pakar kawalan penyakit dan pengalaman beliau menguruskan Pusat Pemberian Vaksin Mega seperti di World Trade Centre, Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) , KLCC dan lain-lain lagi sangat diperlukan bagi mempercepatkan vaksin Sabah.

Pertukaran Dr Christina tidak perlu diperjelaskan, ia perkara biasa kerana pihak yang menggantikan adalah lebih pakar daripada Dr Christina. Jadi tidak timbul kecurigaan dalam pelantikan itu.

BIODATA DR ROSE NANI MUDIN

Nama: Dr Rose Nani Mudin

Asal : Papar, Sabah

Pendidikan:

- Bachelor in Medical Sciences (State University of Ghent, Belgium) 1984-1986

- Doctor in Medicine, Surgery and Obstetrics (M.D) (State University of Ghent, Belgium) 1987-1992

- Master in Public Health (University of Malaya, Malaysia) 2003-2004

- Master in Public Health (Epidemiology) (University of Malaya, Malaysia) 2004-2007

Pengalaman bekerja

- Houseman (Medical, Pediatric, Surgery and Orthopedic Department, Kuala Lumpur Hospital) 1992-1993

- Medical Officer (Obstetrics and Gynecology Department , Kuala Lumpur Hospital) 1993-1994

- Medical and Health Officer (Sungai Koyan Health Center, Raub, Pahang) 1994

- Medical Officer (Anesthesiology Department, Kuala Lumpur Hospital) 1995-2002

- Epidemiology Officer (State Health Department, Federal Territory of Kuala Lumpur) 2002-2003

- Medical Officer (Attachment for Master Program) (Hulu Langat District Health Department, Selangor) 2005

- Medical Officer (Attachment for Master Program) (State Health Department, Federal Territory of Kuala Lumpur) 2005-2006

- Medical Officer (Attachment for Master Program) Public Health Division, Ministry of Health 2006

- Epidemiology Officer and 2nd Medical Officer of Health (Putrajaya District Health, WP KL-Putrajaya) 2007-2008

- Public Health Specialist (Epidemiologist) as Principal Assistant Director for Dengue Unit (Vector Borne Disease Sector, Disease Control Division, Ministry of Health Malaysia) 2008-2012

- Head of Vector Borne Disease Sector, Ministry of Health Malaysia (Vector Borne Disease Sector, Disease Control Division, Ministry of Health Malaysia) 2012-2021

- Deputy Director (Infectious Diseases) of the Disease Control Division, Ministry of Health Malaysia)- 2021

- Sabah Health Department Director

11 Comments