MP Warisan 'mengarut'! Terbukti program vaksinasi Sabah meningkat selepas singkir Pengarah JKNS pro Warisan
16:07 Jul 27, 2021  |  By SabahKini2
MP Warisan 'mengarut'!  Terbukti program vaksinasi Sabah meningkat selepas singkir Pengarah JKNS pro Warisan

Sebelum 14 Julai Program vaksinasi Sabah lembap di bawah Dr Christina. Luar biasa Kerajaan Sabah bergerak pantas hanya dua minggu selepas Pengarah JKNS 'Pro Warisan' ditukar kini meningkat lebih 1 juta dos Vaksin. Vaksin diterima dari pusat juga banyak.

Ketika Sabah mengalami kekurangan vaksin pertengahan bulan julai dipimpin oleh Dr Christina Pengarah JKNS pro Warisan Shafie Apdal ke mana mereka?

Ke mana Azis Jamman, Isnaraissah Munirah, Darell Leiking, Madius Tangau dan lain-lain ketika itu? Tidak pula mereka membuat tekanan kepada Pengarah JKNS ketika itu untuk mendapat bekalan vaksin daripada KKM Pusat atau CITF. 

Paling banyak bersuara ialah pemimpin Kerajaan GRS.

Sekarang ketika persidangan parlimen dibuka barulah mereka berlagak hero macam pandai hal vaksin, hal covid-19 wal hal semua punca Covid-19 ini adalah Warisan juga kerana Pilihanraya Negeri Sabah September 2020.

Ya sebelum ini pendaftaran dan pengambilan vaksin Covid-19 di Sabah adalah terendah di Malaysia ketika diuruskan oleh Dr Christina Pengarah JKNS kesayangan warisan. Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkannya sebelum ini.

Kerajaan GRS sedaya upaya mengatasi masalah kekurangan bekalan vaksin salah satu tindakan besar berkesan ialah pertukaran Pengarah JKNS baharu kepada Dr Rose Nani yang lebih pakar dan berpengalaman dalam mengurus vaksin. Tuntutan Kerajaan GRS kepada Persekutuan [ermintaan bekalan vaksin lebih besar  didengar.

Terbukti langkah itu tepat kerana selepas tarikh 13 Julai nampaknya program vaksinasi di Sabah ketara meningkat dengan jelas. Sekalipun kadar itu masih nampak rendah tetapi kadar vaksinasi sehari Negeri Sabah mencecah 35 ribu dos sehari merupakan satu peningkatan terbaik.

Dr Christina terbukti gagal! Dr Rose Nani lonjak lebih 1 juta dos rakyat Sabah divaksin

Sabah juga telah menerima lebih 1 juta vaksin pada bulan julai. Dan dijangka bulan ogos 1.2 juta lagi. Dijangka jika berterusan imuniti kelompok segera dicapai menjelang disember ini.

Ini semua usaha Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji, Menteri Kabinet Negeri, Menteri kabinet persekutuan berasal dari Sabah, kerjasama pemimpin kerajaan GRS, JKNS dan pelbagai jabatan di negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Christina terbukti gagal! Dr Rose Nani lonjak lebih 1 juta dos rakyat Sabah divaksin ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah kini terima lebih 1 juta vaksin pada bulan julai ]

Peningkatan penerima vaksin di Sabah


Perbezaan Pengarah JKNS Program Vaksin di Sabah. 21 Julai mencatatkan lebih 35 ribu dos!

Hari ini 27 Julai  2021 jumlah penerima vaksin Negeri Sabah ialah 1,073,788. Daripada jumlah itu 691,996 dos 1 dan 381,792 dos kedua. Jumlah pemberian vaksin sehari ialah 27,994.


Kredit infografik: Sabahmedia.com

Sabah sasar 60 peratus vaksin oktober

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini turut meyakini Sabah berada dalam rangka untuk mencapai matlamat pemberian vaksin sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk pada bulan Oktober dengan program jangkauan luar (mobile outreach) menunjukkan hasil yang baik setakat ini.

Berdasarkan angka Program Vaksinasi Jangkauan Luar, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), jumlah sebenar orang yang disuntik telah melebihi sasaran selama empat hari berturut-turut bermula 21 Julai.

Pada 21 Julai lalu, penduduk yang sudah mendapatkan sama ada dos pertama atau kedua adalah 31,375, manakala pada 22 Julai (32,293), 23 Julai (35,749) dan 24 Julai (32,504).

“Dengan ketibaan vaksin dos tunggal CanSino yang dijangkakan pada bulan depan, Sabah kini berada dalam rangka untuk mencapai sasaran itu,” katanya.

Ini dibuktikan oleh kenyataan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan di dewan rakyat Kerajaan Persekutuan akan membekalkan vaksin Cansinobio dan Johnson&Johnson kepada Sabah dalam tempoh terdekat untuk meningkatkan kadar vaksinasi penduduk di negeri ini.

Apa rakyat lihat Azis Jamman hanya merepek! tumpang hero. perkara dah selesai pun. Vaksin meningkat


Ditambah dengan pembukaan PPV Integrasi pertama Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 28 Julai ini, akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini.

Bersama dengan program sedia ada iaitu Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk pekerja industri, PPV Integrasi yang melibatkan dua organisasi Penjagaan Kesihatan swasta diharap dapat meningkatkan vaksinasi daripada 1,500 hingga 10,000 sehari.

“Sabah akan menerima satu juta dos vaksin Pfizer dan menjangkakan penghantaran 1.8 juta dos vaksin CanSino yang diminta, menjelang bulan depan,” kata Hajiji 

Ini bermakna segala kata-kata ahli parlimen Warisan Plus seperti Datuk Azis Jamman, Isnaraissah Munirah, Darell Leiking dan Madius Tangau di parlimen hanyalah merepek, mereka hanya mahu menumpang menjadi hero sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa.

Apa mereka lupa semua punca gelombang Covid-19 ini adalah kerana PRN Sabah kerana tamak kuasa. Akhirnya Warisan tumbang dan Covid-19 merebak seluruh negara. Azis Jamman hanya kembali menjadi 'kaki report' jalanan seperti sebelum mereka berkuasa dulu. 

 
Akhirnya kembali ke jalanan selepas hilang jawatan Timbalan Menteri.
Benarlah kata orang mereka sesuai jadi pembangkang

22 Comments