‘Divert’ isu taikun Warisan menggaji Geng Abu Sayyaf di ladang secara haram, Shafie serang GRS isu Covid-19
11:08 Aug 28, 2021  |  By SabahKini2
‘Divert’ isu taikun Warisan menggaji Geng Abu Sayyaf di ladang secara haram, Shafie serang GRS isu Covid-19

Kumulatif pemberian vaksin di Sabah kini mencecah 2.5 juta. Dos 1 1.5 juta dan dos 2 977,607. Kerajaan GRS berusaha percepatkan vaksin untuk capai imuniti kelompok. Shafie dan Warisan hanya 'kaki kondem' wal hal punca Covid-19 ini ialah PRN Sabah. Kerana.

Shafie Apdal ‘Bapa Covid-19’ Malaysia punca kepada Covid-19 merebak akhirnya bersuara lagi. Dia kata Kerajaan GRS gagal menangani Covid-19 tetapi lupa dialah permulaan kepada segala-galanya kerana kuasa dan sanggup mati demi Covid-19.

Shafie datang lagi demi mengalihkan isu Abu Sayyaf yang bekerja di Ladang Borhill Sandakan milik kroni tegarnya Datuk Peter Hii bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS). Warisan tidak dapat dipisahkan dari isu 'menternak' pengganas. Jika Warisan berkuasa pasti lebih ramai geng Abu Sayyaf diambil bekerja di Ladang milik taikun Warisan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Geng Abu Sayyaf akan didakwa, bila imigresen Sabah mahu dakwa Datuk Peter Hii kroni Shafie upah PATI? 

Sebelum ini budak-budaknya seperti Darell Leiking dan Junz Wong menjadi ‘kaki kondem’. Begitu juga DAP mereka dengki dengan usaha Kerajaan GRS yang kini dan sangat membenci Dr Rose Nani Pengarah JKNS yang baharu

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan hanya ‘Kaki Kondem’, Kerajaan GRS beri lebih 1.8 juta dos vaksin kepada rakyat Sabah ]

Shafie dan Frankie marah kononnya Kerajaan Sabah tidak menangani situasi Covid-19 kerana peningkatan harian kes mencecah 3500 sehari yang kini berada ditangga kedua selepas Selangor. Ketika Kerajaan GRS Berjaya menangani kes Covid-19 kesan PRN Sabah dan kes Sabah hanya 50 kes sehari tidak pula Presiden Warisan itu memuji langkah kejayaan itu. Dikala kes menurun Warisan mendesak pula membuka sektor ekonomi.

Malah Warisan PH memprotes Langkah ‘Lock Down’ kerajaan yang menutup semua kegiatan ekonomi seperti restoran, pasar malam dan lain-lain lagi kerana kononnya membunuh ekonomi rakyat. Maka Warisan acah-acah mendesak kerajaan membuka sector ekonomi. Pemimpin Warisan mendesak PKP ditamatkan segera dengan mengadakan kempen ‘Stop PKP Tawau Kami Mahu Bebas, Tiada Kerja Tiada Duit’, pada 16 April lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- 172 Kes Sabah naik mendadak tetapi Azis Jamman Warisan mahu pasar malam dibuka ]

172 Kes Sabah naik mendadak tetapi Azis Jamman Warisan mahu pasar malam dibuka

Ketika kerajaan membuka ekonomi dan membenarkan ‘dine in’ untuk restoran bagi memulihkan ekonomi rakyat Sabah tidak sedikitpun Warisan berterima kasih malah lebih berminat mempolitikkan isu SOP ‘Dine In’ yang berbeza dengan Semenanjung walaupun Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji bertegas melaksanakan arahan ‘Dine In’ di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kekal benarkan 'dine-in' di restoran, ini pendirian kita kata Hajiji ]

Program Vaksinasi Sabah

Hari ini Kerajaan GRS dan JKNS berusaha kerana untuk menjayakan Program Imuniti Covid-19 Kebangsaan (PICK). Di bawah Pengarah JKNS Christina Sabah telah terlalu tertinggal di belakang sehingga pemberian vaksinasi tidak pun mencecah 30 ribu sehari.

Umum mengetahui program vaksinasi Sabah masih terendah di Malaysia berdasarkan 3.9 juta populasi rakyat Sabah. Bagaimanapun adalah sangat jelas selepas Pertukaran baharu Pengarah JKNS Dr Rose Nani bermula 13 julai jumlah pemberian vaksin meningkat dengan ketara iaitu sebulan boleh mencapai 1 juta dos.

 

Sehingga 27 Ogos 2021 kumulatif pemberian vaksin di Sabah ialah 2,552,086 daripada jumlah itu 1,544,479 dos 1 dan hampir 1 juta penerima dos kedua.

Percayalah jika Kerajaan Warisan masih berkuasa mereka pasti tak akan mampu mencapai tahap pemberian vaksin seperti yang dilakukan oleh Kerajaan GRS. 

 


Kredit Infografik: Sabahmedia.com

Jumlah pemberian vaksin ini sudah dikira sangat bagus. Dari segi jumlah pemberian vaksin jelas tidaklah terlalu buruk dan terus berjalan bergantung kepada stok vaksin yang sampai ke Sabah.

Sebelum ini Kerajaan GRS telah mendesak Kerajaan Pusat melalui CITF agar terus menghantar vaksin terutama vaksin dos tunggal Cansino yang hanya dihantar ke Sabah dalam 180 ribu dalam minggu ini berbanding permohonan sebelum ini kira-kira 1.8 juta bersekali dengan vaksin dos tunggal lain Johnson & Johnson.

Walau bagaimanapun jumlah keseluruhan penerimaan vaksin ke Sabah dalam bulan ogos ialah 1,594,020 termasuk yang baharu di penghujung ogos iaitu Pfizer 350,150, Sinovac 70,000 dan Cansino 180,000 dos.

Ini semua usaha berterusan Kerajaan GRS untuk meningkatkan pemberian vaksin di Sabah. PKP atau sekatan bukan lagi jalan utama untuk membendung penularan Covid-19 di Sabah. Paling penting ialah disamping pemberian vaksin yang giat kepada rakyat pematuhan SOP juga sangat penting.

Kes semakin meningkat kerana Varian baharu

Shafie dan Warisan perlu berhenti menuding jari dan jadi 'Kaki Kondem'. Ketika kes turun mereka meminta sektor ekonomi dibuka, PKP ditamat atas nama rakyat, ketika kes meningkat mereka kembali menyerang walaupun tahu banyak faktor lain mempengaruhi kenaikan kes harian seperti varian DELTA, rakyat tidak patuh SOP dan degil tidak mahu vaksin. Hanya selepas peraturan dua dos masuk ke pasaraya dan restoran barulah rakyat Sabah berpusu-pusu datang menyerbu Pusat Pemberian Vaksin Sabah. Bila sesak program 'Walk in' mereka menyerang lagi bukan membantu kawasan mereka.

Dulu virus mudah diputuskan rantaian kerana virus berada dalam kawasan tertentu seperti kes dalam penjara namun sekarang virus sudah berada dalam komuniti. Virus juga bermutasi pelbagai varian. Maka kaedah menanganinya juga perlu berbeza bukan setakat 'Lockdown'. 

Sepatutnya Shafie, Darell, Junz Wong dan pemimpin Warisan menyokong usaha memperbanyakkan program Walk in dan vaksinasi. Lebih cepat kita mencapai Herd Immunity lebih cepat kita keluar dari masalah pandemik Covid-19 yang membunuh.

KKM, JKNS dan Jawatankuasa Bencana Covod-19 Negeri Sabah sudah tentu punya data berasaskan sains untuk mempercepatkan program vaksinasi di Sabah. Kini bukan sekadar angka kes harian tetapi bagaimana kita mempergiatkan usaha vaksin. Kemampuan Hospital merawat Covid-19 juga dapat dioptimumkan, bilangan katil pesakit yang berada di kategori 4 dan 5 juga dapat dikurangkan. Kategori 1 dan 2 yang majoriti tidak mempunyai vaksin perlu mendapat vaksin.

Sabah mesti cepat seperti Sarawak, Labuan dan Lembah Kelang yang sekarang sudah mencapai imuniti kelompok dan berjaya mengurangkan kes ICU dan mengoptimumkan penggunaan katil.

 

Semalam (27 Ogos 2021) KKM mengeluarkan data jumlah pesakit bagi tiga kategori iaitu kategori 3, 4 dan 5 adalah 412 bersamaan 1.9% daripada jumlah keseluruhan kes positif baharu iaitu 22,070. Manakala 83.9% daripada jumlah tersebut belum divaksin. Pesakit kategori 1 dan 2 paling ramai. Pastinya situasi ini juga sedang berlaku di Sabah iaitu dalam 3000 kes paling ramai dalam kategori 1 dan 2. 

Kadar sembuh harian di Sabah juga tinggi

 

Shafie kata Sabah sudah lebih 15 bulan sejak wabak melanda di Sabah dan sejak itu kadar jangkitan melonjak. Angkara siapa puncanya kalau tidak kerana kerana bangga 'sanggup berani mati' demi PRN. Berhenti jadi kaki kondem lebih baik fokus kepada vaksinasi termasuk di daerah Semporna sekarang. Apakah Warisan mahu PKP atau total lockdown mahu dilaksanakan semula di Sabah? Tidak perlu lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang banyak dilakukan di Sabah sekarang?

21 Comments