Pengarah SPRM, JKR Sabah dapat 'Datuk', 4 konsesi 'Kroni Peter' belaan Max Chong terus mengganas!
18:10 Oct 05, 2021  |  By SabahKini2
Pengarah SPRM, JKR Sabah dapat 'Datuk', 4 konsesi 'Kroni Peter' belaan Max Chong terus mengganas!

Syarikat konsesi RM1.5b Peter Anthony ditamatkan kontrak tetapi terus diberi nafas oleh Max Chong untuk projek selenggara harga 'mark up'. Syarikat rugi, tiada wang tapi dapat projek RM325 juta - RM500 juta. Semakan akaun syarikat isytihar rugi....

Sempena hari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 1 Oktober lalu SPRM membuka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lepas, yang terdiri daripada 149 melibatkan kategori kes "berprofil tinggi, berkepentingan awam, serta sensitif", dan 538 dalam kategori biasa.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki yang diserang kiri dan kanan dalam laman sosial berhubung insiden Pegawai SPRM Gred 44 mencuri dana RM25 juta yang dikaitkan dengan Bekas Ketua Organisasi Perisikan Luar Negara (MEIO) iaitu Datuk Hasanah Abd Hamid dalam satu kenyataan 1 Oktober lalu memaklumkan 660 individu ditangkap dalam tempoh berkenaan, manakala jumlah pertuduhan pula melibatkan 347 individu dari pelbagai latar belakang termasuk pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan.

Namun pengumuman itu tidak pun meredakan isu serangan bertali arus kepada Datuk Azam Baki. Malah ada pemilik media terang-terang menyerang kredibiliti SPRM. Ada juga pelobi terang-terang melobi PM untuk menyingkirkan Azam Baki. Kata Azam tak apa semua kes akan reda juga. Tidak mengapa mendedahkan mengenai pemilikan sahamnya ataupun ladang-ladang miliknya. 3 hari senyaplah isu.  

Sekalipun Azam merombak SPRM namun mengekalkan Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) pasti memberi kesan buruk kerana kesetiaannya pada PH.  Aksesnya Zamri dengan Latheefa Koya bos lama SPRM lambat laun akan memburukkan lagi imej SPRM. 

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM dirombak, kini Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas tapi Zamri Pengarah AMLA Pro PH kekal! ]

SPRM dirombak, kini Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas tapi Zamri Pengarah AMLA Pro PH kekal!

Azam berkata SPRM terus melaksanakan operasi, tangkapan dan pertuduhan di mahkamah meskipun ketika pelaksanaan sekatan pergerakan dalam negara bagi menyekat penularan pandemik Covid-19.

“Dengan tindakan-tindakan operasi yang konsisten, sistematik, dan berimpak tinggi, saya percaya kita mampu mewujudkan satu suasana ‘deterrent’ dan perasuah-perasuah akan lebih gentar untuk terlibat dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Amat penting untuk kita hantar satu mesej yang kuat dan jelas kepada perasuah-perasuah bahawa kita tidak akan sama sekali berkompromi dan bertoleransi dengan perbuatan keji yang boleh menghancurkan kemakmuran negara,”

Persoalannya sampai kah mesej Azam itu kepada rakyat? Atau sebaliknya penyerangnya sedang mendapat momentum menekan Azam Baki dan mempersoalkan kredibiliti SPRM.

Di Sabah sendiri kes-kes rasuah yang pernah kecoh dalam media masa seperti kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pun senyap begitu juga projek selenggaraan jalan berbilion ringgit. Siasat, panggil Peter Anthony, BOK ambil fail, gambar.. lepas tu simpan...

Selesaikan siasatan kes JKR Sabah zaman Warisan

SPRM membuka 687 kertas siasatan namun apa status kes rasuah di Sabah?

Ir. CHONG KOK HOWE @Max Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya projek Senggaraan jalan di Sabah masih tetap berleluasa membuat keputusan sendiri sehingga beliau tetap berkuasa di JKR!

Empat Konsesi RM1.5 bilion kroni Peter secara rundingan terus iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd,  Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Setia Bina Sdn Bhd  dan Sinaran Mewah yang kecoh dan ditamatkan kontrak zaman GRS disambung semula demi komisen projek! Pegawai JKR Sabah semua tidak dapat disentuh malah dipindahkan kerana isu-isu ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM? ]

Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM?

Apa kesudahan Bahagian Operasi Khas (BOK) dan Siasatan SRPM menyiasat kes ini? Lebih 300 ribu gambar serta fail diambil oleh SPRM. Namun apa status siasatan kes ini? Berjuta wang kerajaan di bayar pada 4 konsesi itu pada kerja yang dilakukan selain harga kontrak ‘mark up’ melampau.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat ]

Lebih malang dah tahu konsesi mark up harga melampau, ditamatkan kontrak namun dilantik semula dengan kos 'gila-gila'. Di zaman Peter projek selenggara tak buat, jalan teruk tapi dibayar oleh JKR Sabah. Empat Konsesi ini kekal istimewa di bawah perlindungan Max Chong sekarang!. Harga mereka istimewa ditentukan oleh JKR Sabah. Punya extra kos!.. 

 

Konsesi lain punya harga ditetapkan tetapi 4 konsesi ditentukan oleh JKR 

 

 

[ARTIKEL BERKAITAN- RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu

Hari ini Max Chong dan JKR terus tersenyum kerana seolah-olah kebal daripada SPRM. Apa S Karunanithy Pengarah SPRM Sabah buat ialah mereka boleh minum-minum kopi di pejabat JKR bersama Ir Hj Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR Sabah atas nama tugas rasmi. Sekalipun tahu projek selenggara itu di mark up 40 kali lebih tinggi dan skandal RM1.5b itu jelas mencuri duit rakyat. Mereka terus berdrama seolah-oleh Max Chong tidak pernah bersalah mark up harga melampau. Atas alasan teknikal 1km dengan harga lebih RM70 ribu pun tak mengapa..

 

Baru-baru ini kedua-duanya dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) membawa gelaran Datuk. Siasatan SPRM entah ke mana tapi dapatlah Datuk. Lepas ni orang pun panggil mereka Datuk!. Datuk! Agaknya kalau Pengarah JKR dah mesra dengan Cawangan Taskforce SPRM Sabah kira boleh tutup kes ke?. Jawapan mudah Karunanithy kes disiasat oleh SPRM Putrajaya bukan kami!.

 

 

AK Kontraktor Sdn Bhd,  Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Setia Bina Sdn Bhd  dan Sinaran Mewah ada wang?

JKR Sabah dan SPRM tahu semua syarikat konsesi kroni ini tiada wang pun malah tidak layak pun melaksana projek sehingga RM500 juta. Sebelum ini Sabahkini2 sudah didedahkan siapa dibelakang konsesi syarikat-syarikat ini. Syarikat rugi dan ada daripada syarikat itu baru ditubuhkan tahun 2019. Tentunya di belakang bukan calang-calang kroni Peter Warisan itu. 

SPRM seperti hilang akal selepas tahu semua konsesi RM1.5B ini didalangi taikun Kroni Warisan. Ada beberapa pemilik syarikat ini bongkak dan berkata mereka tak takut SPRM sebab mereka dah pegang 'Orang Atasan' dan SPRM Sabah. 

Syarikat Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd merupakan milik keluarga Tan Sri Joseph Lo dan proksi Peter Anthony Mohd Sari Parman. Jesscia Lo @Lo Vun Che merupakan Pengarah Eksekutif di Azam Jaya Properties Sdn Bhd. Siapa tak kenal Azam Jaya kontraktor kesayangan Shafie Apdal dan VVIP kayangan. Kisah Azam Jaya boleh dibaca di sini. 

Modal berbayar syarikat RM750 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM12 ribu. Pastinya tahun seterusnya juga rugi. Kontrak Syarikat Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd setahun RM100 juta dan 5 tahun RM500 juta.

Kalau LHDN dan SPRM melihat ke mana agaknya pendapatan kontrak RM500 juta itu dalam akaun Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd apa akan terjadi? Pendapatan ratusan juta tetapi dalam akaun syarikat tiada wang-wang itu. Ke mana syarikat kroni ini belanjakan?

Begitu juga syarikat lain seperti Sinaran Mewah Sdn Bhd di kaitan Datuk Michael Chin. Modal berbayar syarikat RM800 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah TIADA. Untung/Rugi Tiada. Agaknya tahun 2020 banyak banyak wang tak hasil bayaran JKR kontrak RM325 juta?. Baca mengenai syarikat Sinaran Mewah di sini. 

 

Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd  dengan modal berbayar RM1 juta ini sebenarnya milik Datuk Peter berdasarkan atas nama Safineh bin Doto kroni yang terlibat dalam skandal pembelian tanah ladang Tongod. Kes ini kini didakwa di mahkamah dibawah pengubahan wang haram (AMLA) dan pecah amanah melibatkan peguam Michael P Ubu. Wang transaksi kes rasuah ketika itu adalah antara Asli Jati Engineering dan Budiman Juta Sdn Bhd milik Peter Anthony.

Oleh itu menafikan AK Kontraktor Sdn Bhd dengan Peter Anthony amat mustahil kerana terbukti melibatkan kroni Peter dalam kes RISDA yang didakwa di mahkamah sekarang. 

Agaknya hasil kontrak RM65 juta setahun masuk tak ke dalam akaun AK Kontraktor Sdn Bhd? 

 

AK Setia Bina Sdn Bhd syairkat Sarawak dikaitkan kroni Peter seperti di atas yang diberi lagi projek selenggaraan walaupun terbukti syarikat yang gagal. Agaknya syarikat ini hantar tak penyata pendapatan mereka ke SSM untuk tahun 2020? Ada tak pendapatan bayaran kontrak RM80 juta setahun dalam pendapatan mereka?. Jika tiada ke mana semua wang itu?

 

Jadi kita berharap LHDN siasat mana pendapatan kontraktor ratusan juta syarikat konsesi milik kroni Peter Anthony ini. Ke mana dana itu disimpan. Benarkah semua konsesi ini menyalurkan wang kepada Warisan untuk menyerang kerajaan GRS pada PRU15 nanti. Tidak mustahil kerana dana-dana itulah sekarang digunakan untuk membawa Warisan masuk ke Malaya. Terdapat desas-desus semua dana pemberian 4 konsesi ini disimpan di luar negara. Mungkinkah dana ini akan terbongkar nanti?. Sama-sama kita nantikan pembongkaran akaun 4 syarikat ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan lebar sayap ke 'Malaya' ditaja Syarikat kroni Peter, Max Chong JKR?

 

 

11 Comments