Sofi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.
Sofi Jikan sebelum ini begitu kuat mempertahankan Farid Kamil namun kali ini dibalas tuba apabila Farid mendedahkan kepada polis tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.
Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Nampaknya satu-persatu artis PPBM mendapat 'sial'kerana mulut longkang mereka. Sebelum ini Fathia dengan video bogelnya, Farid Kamil (memukul dan dadah), Sheila Majid konsertnya di Indonesia dan mungkin bakal dibatalkan kini Sofi Jikan pula.
Siapa selepas ini?