5 Pegawai MARA akan dipanggil selepas rakam keterangan 20 saksi kata Pengarah Siasatan SPRM
22:02 Feb 09, 2022  |  By SabahKini2
5 Pegawai MARA akan dipanggil selepas rakam keterangan 20 saksi kata Pengarah Siasatan SPRM

SPRM serbu MARA Corp sekali lagi. menurut Hishamuddin 5 pegawai yang didakwa terlibat dalam salah guna itu hanya akan dipanggil selepas SPRM merakamkan percakapan kesemua 20 saksi terbabit

Hari ini 6 pegawai SPRM menyerbu pejabat MARA Corp sekali lagi.

Tiga lagi individu diambil keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan 5 pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipinjamkan kepada MARA Corporation Sdn Bhd.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim memaklumkan 10 lagi individu dikenal pasti, untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam siasatan kes itu.

“Siasatan dijangka mengambil masa dua minggu bermula minggu ini, dan kesemua individu yang dipanggil ini terdiri daripada ahli lembaga pengarah, dan pegawai-pegawai kanan MARA.

“Ini untuk kita tahu sama ada pemberian elaun seperti yang didakwa, mendapat kebenaran ahli lembaga pengarah atau tidak,” katanya

Hishamuddin berkata, pihaknya juga mendapat semua dokumen diperlukan semasa serbuan ke atas Ibu Pejabat MARA dan MARA Corporation, serta syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas.

Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan, lima pegawai yang  didakwa terlibat dalam salah guna itu hanya akan dipanggil selepas SPRM merakamkan percakapan kesemua 20 saksi terbabit

"Selepas semua saksi dipanggil, kita kena sahkan dulu semua keterangan dan dokumen sebelum mereka (pegawai kanan Mara) dipanggil," ujarnya lagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ini berkata fokus siasatan SPRM ialah kepada salahguna kuasa 5 pegawai menggunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun yang tidak sepatutnya dapat

MARA Corp menanggung hampir RM1 juta setahun menggaji 5 Pegawai MARA sejak Julai 2020 hingga Januari 2022. Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80, Rizal Abd Gani (Gred 44) RM207,069.00, Iskandar Zainudin (Gred 44) RM 152,738.48, Mohd Faizal Mat Top (Gred 44) RM168,022.32 dan Mohd Firdaus Zubir (Gred 44) dibayar RM169,802.16

[ARTIKEL BERKAITAN- Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55 ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Fokus SPRM 5 Pegawai MARA RM967,355.76]

 Fokus SPRM 5 Pegawai MARA RM967,355.76

 

Suhaili, 4 Pegawai MARA Corp digantung tugas

Sumber memaklumkan semalam Lembaga Pengarah MARA Corp memutuskan menggantung tugas Datuk Suhaili Abdul Rahman sebagai Pengarah Eksekutif MARA Corp. Turut digantung ialah pemangku CEO Noor Irwan Marmin, Rizal Abd Gani (CFO), Mohd Faizal Mat Top (Director Group Investment ) dan Mohd Firdaus Zubir (Director Group Corporate). Manakala Iskandar  Zainudin - Group General Counsel tidak digantung di MARA bekerja seperti biasa.

Hanya jawatan mereka di MARA Corp sahaja digantung tetapi jawatan hakiki di Agensi MARA Gred 44 hingga 55 masih dikekalkan dan 5 pegawai ini masih bebas ke pejabat melengkapkan segala dokumen berkaitan untuk siasatan SPRM.

Pengerusi MARA Corp Datuk Othman Aziz dan Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar nampaknya sangat menyebelahi 5 pegawai MARA ini walaupun hampir RM 1 juta wang rakyat dibayar kepada mereka dalam tempoh 1 tahun. Mungkin bagi mereka pembayaran elaun sehingga RM269 ribu adalah sangar wajar bagi seorang pemangku CEO walaupun hanya Gred 55 di MARA pusat. 

Rakyat berharap Tan Sri Azam Baki KP SPRM dan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim menunjukkan kepada 5 pegawai MARA Corp ini erti sebenar siasatan dan tangkapan SPRM.

 

1 Comment