Terbaru! 3 pegawai MARA luluskan ubah suai Pejabat Pengerusi MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah
11:02 Feb 11, 2022  |  By SabahKini2
Terbaru! 3 pegawai MARA luluskan ubah suai Pejabat Pengerusi MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah

Rupanya 3 Pegawai MARA yang disiasat SPRM bukan saja terlibat skandal elaun melampau tetapi juga meluluskan projek ubah suai pejabat Pengerusi MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Nilainya lebih RM100 ribu tidak termasuk perabot.

Sejak 5 Pegawai Kanan MARA disiasat SPRM orang yang paling kuat mempertahankan kesalahan pegawai melakukan salah guna kuasa itu ialah Datuk Azhar Manaf Ketua Pengarah MARA dan Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd yang baru Dato’ Othman Aziz.

Tidak diketahui apakah sebab dan puncanya kerana terang-terang elaun yang dibayar kepada 5 pegawai melebihi apa yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah MARA Corp.

Tidak masuk akal MARA Corp menanggung hampir RM1 juta setahun menggaji Pegawai MARA ini sejak Julai 2020 hingga Januari 2022. Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80, Rizal Abd Gani (Gred 44) RM207,069.00, Iskandar Zainudin (Gred 44) RM 152,738.48, Mohd Faizal Mat Top (Gred 44) RM168,022.32 dan Mohd Firdaus Zubir (Gred 44) dibayar RM169,802.16

[ARTIKEL BERKAITAN- Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55 ]

Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

Keputusan menggantung Datuk Suhaili Abd Rahman sebagai Pengarah Eksekutif MARA Corp juga telah dibuat termasuk 5 pegawai kanan MARA Corp namun hanya di gantung di MARA Corp tidak di agensi asal MARA. Mereka masih bebas ke pejabat menutup segala ketirisan di MARA Corp.

Dipanggil SPRM bakal di reman?

Hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dipanggil ke pejabat SPRM dan dijangka bakal direman jika tempoh siasatan melebihi 24 jam.  Dengan mulut celupar pegawai MARA terhadap SPRM tidak mustahil reman boleh dibuat hingga lebih 4 hari.

Apapun semua ini keputusan SPRM. Jika di reman MARA mempunyai asas menggantung pula mereka di MARA. Tetapi beranikah Ketua Pengarah MARA?

[ARTIKEL BERKAITAN- 5 Pegawai MARA rembat RM967,355.76 dipanggil SPRM hari ini bakal direman? ]


Skandal baru MARA Corp

Namun kini terjawab mengapa KP MARA dan Pengerusi MARA Corp mempertahankan 5 pegawai kanan MARA.

MARA Corp bukan sahaja berhadapan skandal pembayaran elaun melebihi kelulusan Lembaga Pengarah MARA Corp tetapi tiga Pegawai MARA yang disiasat juga telah meluluskan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Pengerusi MARA Corp baru ditingkat 10 Menara Premiera  dengan kos melebihi RM100 ribu belum termasuk perbelanjaan pembelian perabot. Berapakah kos yang sebenar?

Noor Irwan Marmin Senior Director TMO - Acting Group CEO, Mohd Firdaus Zubir - Director Group Corporate Admin dan Rizal Abdul Gani - Director Group Finance - Acting CFO telah meluluskan peruntukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah MARA Corp.  Apakah juga dengan pengetahuan Ketua Pengarah MARA?

Siapakah kontraktor kroni yang dilantik juga tidak diketahui.

 

 

 

2 Comments