Skandal Cukai Jualan: Mat Salleh Bekas Bendahari KOPEKS direman, bila SPRM nak tangkap bos BELL Group?
20:05 May 21, 2022  |  By SabahKini2
Skandal Cukai Jualan: Mat Salleh Bekas Bendahari KOPEKS direman, bila SPRM nak tangkap bos BELL Group?

Selepas Pegawai Kanan MOF dan pesara penjawat awam giliran Mat Salleh Awang Sapong bekas Bendahari KOPEKS pula direman SPRM. Apakah Salleh merupakan agen kepada kilang-kilang sawit yang menipu cukai? Bila nak tangkap Puan Sri Dr Liana Low bos BELL Group?

Mat Salleh Awang Sapong direman SPRM..

Semalam media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah

Individu berusia 66 tahun yang juga bekas penjawat awam itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Bagaimanapun semakan menunjukkan SPRM hanya menahan bekas Bendahari Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) Mat Salleh @ Awang Sapong Bin Sapong bukannya individu bergelar 'Datuk'.

Mat Salleh Awang Apong dikatakan menjadi agen syarikat-syarikat lari cukai jualan di Sabah.

Mahkamah membenarkan Mat Salleh Awang Sapong ditahan reman selama 6 hari bermula 21 Mei hingga 26 Mei 2022.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mat Salleh Awang Sapong diwakili oleh peguamnya Azhier Farhan daripada  Tetuan  Azhier Arisin & Jaafar

Sebelum ini Sabahkini2 telah mendedahkan skandal pengusaha kilang kelapa sawit di Sabah daripada BELL Group yang  mengemukakan pengisytiharan palsu hasil pendapatan kilang bagi mengelak membayar cukai jualan kepada Kerajaan Sabah.

Syarikat yang dimiliki Dr Wong Kwi Lian atau Puan Sri Dr Liana Low itu mencatatkan keuntungan lebih RM40 juta hasil kilang sawit di Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: Pegawai direman, Puan Sri Dr Liana Low BELL Group diburu, Salleh ‘Malaya’ bakal ditangkap! ]

Susulan daripada itu pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di Kementerian Kewangan Sabah  dan pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah kerana meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada syarikat Kilang Sawit BELL Sdn Bhd.

Pegawai kanan dan pesara itu didapati melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada MOF Sabah.

Bagaimanapun Datuk S Karunanithy belum memaklumkan sama ada Dr Wong Kwi Lian atau Puan Sri Dr Liana Low pemilik Syarikat BELL Group telah ditahan SPRM kerana sebelum ini beliau memberikan alasan cuti sakit untuk memberikan keterangan kepada SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: SPRM tahan pegawai MOF Sabah, Dr. Wong Kwi Lian pemilik BELL Group beri alasan sakit elak SPRM ]

Apakah Datuk S Karunanithy dan SRPM berani melakukan tangkapan dan reman kepada Dr Wong Kwi Lian atau Puan Sri Dr Liana Low? Atau pemilik syarikat yang membayar rasuah hanya akan bertindak menjadi saksi kes untuk mendakwa pegawai kerajaan ditangkap baru-baru ini? Apakah Salleh yang ditangkap ini yang digelar  'Salleh Malaya' merupakan agen kepada syarikat-syarikat Semenanjung untuk mengelak cukai di Sabah. 

Mungkinkah juga Salleh ini akan mendedahkan penjawat awam lain seperti bekas-bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan yang bertanggung jawab meluluskan bayaran cukai jualan? 

Beranikah Datuk S Karunanithy Pengarah SRPM  Sabah menangkap dan reman Dr Wong Kwi Lian atau Puan Sri Dr Liana Low
pemilik Syarikat BELL Corporation Sdn Bhd?

 

1 Comment