SPRM siasat penerima wang rasuah UKSB
00:06 Jun 19, 2022  |  By SabahKini2
SPRM siasat penerima wang rasuah UKSB

SPRM mengesahkan telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap nama-nama yang didakwa menerima wang seperti keterangan saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

"SPRM juga mengesahkan telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

"Siasatan yang akan dijalankan adalah mengikut bidang kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009," kata SPRM pada satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pengara Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengaku memberi rasuah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin RM1.3 juta antara Jun dan Ogos 2018 dan RM 3.7 juta kepada Khairy Jamaluddin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes perbicaraan Zahid: Muhyiddin, Shafie Apdal, KJ terima dana berjuta daripada UKSB

Kes perbicaraan Zahid: Muhyiddin, Shafie Apdal, KJ terima dana berjuta daripada UKSB

Selain itu nama lain yang disebut sebagai penerima pembayaran UKSB ialah Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin bagaimanapun menafikan menerima sebarang dana daripada UKSB, dan berkata dia ketika itu sedang menjalani rawatan kanser di luar negara ketika bayaran yang didakwa dibuat.

Bagaimanapun netizen dalam laman sosial mempertikaikan tarikh itu kerana tarikh pemberian rasuah bukan pada tarikh Muhyiddin menerima rawatan.

Muhyiddin  telah menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh SPRM.

 

Comment