Khairy nafi terima dana daripada UKSB
23:06 Jun 21, 2022  |  By SabahKini2
Khairy nafi terima dana daripada UKSB

Khairy Jamaluddin akhirnya menafikan beliau menerima dana RM3.7 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. Sekalipun pengakuan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) di mahkamah pernah memberi dana kepada KJ.

Selepas diasak dari pelbagai sudut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akhirnya menafikan beliau menerima dana RM3.7 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) yang terbabit dalam perbicaraan rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy bagaimanapun bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berkenaan dakwaan itu.

“Saya tidak pernah secara peribadi ada wang atau dana politik. Namun, saya bersedia beri kerjasama sepenuhnya jika dipanggil oleh pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perasmian Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital kementerian itu, di sini hari ini.

Dalam prosiding mahkamah baru-baru ini, nama Khairy disebut sebagai antara penerima dana daripada syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN) itu sebagaimana pengakuan Bekas pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) dan David Tan.

Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) merupakan bekas pegawai Khairy Jamaluddin. 

Nama lain yang disebut adalah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar Negeri).

Bagaimanapun Muhyiddin Yassin dan Anifah Aman lebih awal membuat penafian.

[ARTIKEL BERKAITAN- Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta daripada UKSB ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Tidak kenal David Tan, Anifah Aman nafi terima wang daripada UKSB

 

Comment