Perjanjian Baru Malaysia: Presiden PBS Ongkili tak setuju Presiden STAR Dr Jeffrey
10:07 Jul 07, 2022  |  By SabahKini2
Perjanjian Baru Malaysia: Presiden PBS Ongkili tak setuju Presiden STAR Dr Jeffrey

Ongkili berkata MA63 adalah Dokumen 'Suci' asas pembentukan Malaysia. Dr Jeffrey kata dia dah lama syor perjanjian baru lebih menguntungkan Sabah. Katanya Orang Sabah tidak mahu terikat dengan agenda Malaya.

Selepas acah-acah mengungkit Projek IC, RCI dan tidak mahu menyebut nama Tun Dr Mahathir sebagai dalang utama Projek IC Sabah yang Tan Sri Pairin Kitingan adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Laporan RCI Pendatang Tanpa Izin di Sabah tahun 2015-2018 nampaknya isu Perjanjian Malaysia Baharu juga mendapat tempat

Presiden PBS Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) semalam menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul agar diwujudkan Perjanjian Malaysia yang baru yang dicetuskan Datuk Seri Mohammad Hasan Timbalan Pengerusi BN dan disokong oleh Dr Jeffrey Presiden STAR -Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Kata Ongkili Perjanjian Malaysia yang asal dan ditandatangani pada 1963 - atau lebih dikenali sebagai MA63 - adalah satu dokumen suci serta asas berkaitan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata langkah membuang MA63 adalah seolah-olah meninggalkan Persekutuan Malaysia.

“(Kalau) Tiada MA63, tiada Malaysia.

"Tambahan pula, dengan pindaan perlembagaan yang diluluskan sebulat suara oleh parlimen pada Dis 2021, MA63 kini menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan … (usul) ini tidak akan memperkukuh Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan

Tambah Ongkili negara ini mesti membina kekuatan, kedamaian dan solidariti.

"Kita perlu mengelak bermain dengan semantik dan politik,” katanya.

Mohammad Hasan U-Turn, Dr Jeffrey sokong

Bagaimanapun sehari selepas ramai pemimpin Sabah Sarawak memberi respon, Mohammad Hasan U-turn bahawa kenyataannya hanya satu cadangan sahaja dan keputusannya terpulanglah kepada pihak-pihak yang terlibat. Pastinya apa saja keputusan dibuat mestilah ‘win-win solution’. Mohammad Hasan hanya Timbalan Pengerusi BN, tidak mempunyai kuasa dan apa-apa jawatan dalam kerajaan jadi  ia dianggap hanya cadangan kepada kerajaan.

Bagi Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan beliau mempunyai asas sendiri bersetuju dengan Perjanjian Malaysia Baharu  itu.

Katanya Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sudah lama menyarankan Perjanjian Malaysia baharu antara Sabah, Sarawak dan Malaya yang mentakrifkan status setiap entiti dengan jelas.

Menurut Jeffrey Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditandatangani berdasarkan idea yang berbeza dan pada ketika Sabah dan Sarawak tidak mempunyai suara untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma dalam perjanjian tersebut.

“Bagi STAR, kami mahu perjanjian baharu itu membolehkan kami merdeka dan bebas untuk bergerak ke hadapan. Orang Sabah tidak mahu terikat dengan agenda Malaya.

“Apabila melibatkan isu kewangan dan pembangunan, Sabah dan Sarawak mesti mempunyai kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri mengikut aspirasi sendiri, bukan persekutuan,” katanya

Perlumbaan PBS dan STAR

Dua parti Kadazan Dusun terbesar Sabah ini nampaknya sedang berlumba-lumba menunjukkan siapa lebih relevan menarik sokongan masyarakat KDM.

Sebelum ini kecoh dengan Kerjasama PBS-Warisan namun ramai penganalisis melihat ini sebahagian modus operandi PBS mengukuhkan kedudukannya.

Namun jika tidak diurus dengan baik persepsi Kerjasama Parti ‘Pilak’ Warisan penyubur Projek IC 2.0 Sabah pasti memberi masalah kepada PBS di kemudian hari. Kerana amat jelas Warisan ketika menjadi kerajaan penyambung legasi Projek IC Dr Mahathir.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Dr Mahathir mengaku Projek IC, terbukti Shafie Apdal teruskan legasi, mengapa tak serang Warisan? ]

[ARTIKEL BERKAITAN - Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah ]

 [ARTIKEL BERKAITAN - Pairan Kitingan sahkan Dr Mahathir dalang 'Projek IC' Sabah

Pairan Kitingan sahkan Dr Mahathir dalang 'Projek IC' Sabah

Kempen Shafie-Kerajaan Warisan lebih ‘Sempornarian’ di pejabat-pejabat kerajaan seluruh Sabah saja sudah cukup menyebabkan KDM di luar bandar Sabah menolak Parti Warisan.

STAR yang lebih ultra mengenai PTI pula berhadapan isu Kad Warga Asing Sabah dikendalikan Dr Jeffrey yang boleh dimanipulasi oleh pelbagai pihak seperti isu Pas Sementara Sabah (PSS) Warisan. Cabaran terbesar STAR ialah membetulkan persepsi kad warga asing bukan Projek IC Warisan dan Dr Mahathir.

Pastinya STAR tidak mahu dicop sebagai penjilat Warisan yang boleh memberi masalah kepadanya dalam PRU ke 15 nanti.

 

 

Comment