Shafiq Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dipecat, dibersarakan demi kepentingan awam
22:12 Dec 12, 2022  |  By SabahKini2
Shafiq Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dipecat, dibersarakan demi kepentingan awam

Kecoh KPPA mengherdik pegawai di KLIA. Ogos lalu jawatankuasa ditubuh menyiasat insiden itu. Tiba-tiba KPPA dipecat berkuatkuasa 12 Disember. Ditamat dan dibersarakan.

Ogos lalu Kerajaan meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat dalaman untuk menyelesaikan isu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah didakwa melemparkan kata-kata kasar terhadap pegawai Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan jawatankuasa menyiasat kes itu secara adil dan menyeluruh.

Panel siasatan diketuai Peguam Negara Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul.

Hari ini tular surat Ketua Setiausaha Negara bertarikh 1 Disember menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah Peraturan 49 (3) Peraturan -peraturan Pegawai Awam  (Kelakuan dan Tatatertib)1993 (P.U. (A) 395/1993) dan dibersarakan mengikut Perenggan 10 (5) (D) Akta Pencen1980 [Akta 227).

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan YBhg. Dato’ Seri sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam di bawah peraturan 49 (3) Peraturan -peraturan Pegawai Awam  (Kelakuan dan Tatatertib)1993 (P.U. (A) 395/1993) dan dibersarakan mengikut Perenggan 10 (5) (D) Akta Pencen1980 [Akta 227) berkuatkuasa 12 Disember 2022.

Mohd Shafiq Abdullah merupakan antara pegawai kanan disebut-sebut sebagai bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru namun kes kekasaran penjawat awam di KLIA telah membunuh kariernya. Tan Sri Mohd Zuki Ali disambung khidmatnya sebagai Ketua Setiausaha Negara ketika kemelut isu Mohd Shafiq Abdullah berdepan dengan siasatan jawatankuasa kes. Hari ini Tan Sri Zuki mengeluarkan surat pemecatan dan pemberhentian KPPA serta merta sebagai penjawat awam demi kepentingan awam.

Menurut sumber siasatan kes menunjukkan Mohd Shafiq Abdullah bersalah dalam kes itu.

Shafiq merupakan ketua jabatan kedua ditamatkan selepas Dato' Seri Asri Hamidon Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang berkhidmat dengan dua Perdana Menteri sebelum ini.

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu KPPA : Jabatan Imigresen, KPISM, CUEPACS jangan 'Double Standard' Kes Pengarah Imigresen hina pegawai ditutup! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Siasat skandal RM600B, PM Anwar tamatkan Asri KSP MOF kaya hidup mewah!

 

 

 

1 Comment