[VIDEO] Penyewa premis, pembida persoal kredibiliti Hydroshoppe mengurus Menara KL
19:01 Jan 01, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Penyewa premis, pembida persoal kredibiliti Hydroshoppe mengurus Menara KL

Menyewa lebih 10 tahun di premis Menara KL, Megat yang juga pembida konsesi Menara KL mempersoal kredibiliti syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd. Pengurusan Menara terumbang-ambing dan tidak adil kepada penyewa juga pembida yang ikut prosedur betul.

 Sumber: The Rakyat Insight

“Ini bukan kedai jual madu”, demikian kata Pengarah Urusan Asian Kitchen (M) Sdn Bhd, Restoran Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berhubung penjualan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) kepada syarikat yang tidak sepatutnya.

Selaku penyewa premis di bangunan itu selama 12 tahun, Megat mempersoalkan kredibiliti syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd yang mengambil alih konsesi MKLSB yang tidak mempunyai rekod kewangan yang stabil sejak 2016.

Bahkan katanya, selepas pengambilalihan saham MKLSB oleh syarikat terbabit itu, nasib penyewa-penyewa premis di Menara Kuala Lumpur semakin tidak jelas.

“Saya nak tahu adakah pemegang saham ini berwibawa atau tidak sebab ini Menara Kuala Lumpur… Anda menguruskan sebuah aset berkepentingan negara.

“Kami ada reputasi yang nak dijaga jika lif rosak tidak ditukar, perkhidmatan teruk, penyelenggaraan pun tiada. Saya tidak pasti siapakah mereka ini.

“Saya baru tahu nama syarikat yang ambil alih itu adalah syarikat Hydroshoppe saya ingat itu Shopee atau kedai apa. Kami terpaksa mengatakan nasib kami terumbang ambing… Dalam masa sama penyewa lain yang beroperasi, saya adalah pembayar sewa paling banyak iaitu RM227,000 sebulan, walaupun pandemik covid-19 melanda negara” katanya.

Megat berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengulas mengenai penjualan saham MKLSB kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd, di sini beberapa hari lalu.

Terdahulu, tular berita mengenai pengambilalihan pengurusan Menara KL dari TM Malaysia (TM) dan kini diuruskan oleh syarikat kosmetik bertaraf PN 17 – Hysroshoppe Sdn Bhd.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan turut mengesahkan saham syarikat pengurusan Menara KL telah dijual TM kepada sebuah syarikat yang hampir ditutup itu.

29 Disember lalu TM dalam satu kenyataan rasmi mereka di Bursa Malaysia berkata penjualan ini dibuat kerana TM mahu memberi fokus dalam perniagaan utama mereka iaitu telekomunikasi dan tekonologi.

 

 

Memandangkan MKLSB merupakan perniagaan perkhidmatan dan pengurusan layanan, TM telah memaklumkan kerajaan Malaysia selaku pemilik Menara KL, untuk tidak lagi menyambung kontrak konsesi pengurusan Menara KL,

Dalam pada itu, Megat berkata, selaku penyewa dan salah seorang pembida daripada lima pembida keseluruhannya, beliau merasakan penjualan saham MKLSB kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd itu tidak masuk akal.

Bahkan katanya, beliau bersama pembida yang lain telah mengikut prosedur yang betul dalam proses pembidaan.

Penyewa dan pembida konsesi

Beliau turut mempersoalkan, kenapa penjualan saham ini tidak dilakukan secara terbuka (open tender) mengikut tadbir urus yang betul bukan Nampak secara senyap-senyap. Dimanakah proses “good governance” yang dilaung-laungkan oleh TM selama ini.

“Macam saya maklum tadi ini bukan kedai madu atau kedai kasut. Walaupun TM ada hak untuk jual saham MKLSB…ada hak juga kena tanya government “if we going to sell this shares to other company can or not?, this is because the shareholder has to go through the proper procedure via KKMM and UKAS”. Untuk makluman sekarang ini konsesi sampai 31 Disember untuk saya operate.

“Kalau kerajaan kata tidak boleh, anda kena kekalkan dahulu sehingga pihak kerajaan memilih syarikat yang bersesuain. Walaubagaimanapun TM kena letak duit atau pump duit operasi sehingga UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) dan KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) pilih individu yang boleh ambil alih. Itu prosedur dia yang saya rasa paling betul dan paling cantik sekali.

“Jadi, sekarang saya sebagai penyewa yang paling lama…nombor dua saya juga pembida untuk mendapatkan konsesi dalam Menara KL ini. Saya ikut segala prosedur termasuk syarikat lain tapi tiba-tiba jadi macam ni. Agak tak masuk akal,” tambahnya.

Megat berkata, pihaknya berharap SPRM dapat menjalankan siasatan secara telus berhubung penjualan saham MKLSB kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd selain beliau sendiri akan membuat laporan kepada SPRM.

Megat yang juga merupakan Pengarah Urusan Asian Kitchen (M) Sdn Bhd penyewa premis Restoran berputar Menara KL dan salah satu dari 5 syarikat membida konsesi bidaan konsesi pengurusan Menara KL melalui syarikatnya Banjaran Sempurna Sdn Bhd.

Beliau turut dipanggil  KKMM dan TM bagi Prosedur Usaha Wajar (Due diligence) termasuk membentangkan semua projek pengambilalihan konsesi Menara KL berdasarkan pengalaman beliau menguruskan restoran dan  kafe di Menara KL itu. 

Setakat hingga hari ini tiada keputusan dibuat KKMM dan UKAS.

Beliau mempersoalkan jika Hydroshoppe Sdn Bhd boleh dibenarkan membeli syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dengan nilai RM3.8 juta tentunya syarikat lain juga mampu memberi nilai lebih tinggi jika penjualan itu dibuat secara tender terbuka.

 

ARTIKEL LAIN MENGENAI MENARA KL BOLEH DI BACA DI SINI

[27 Disember 2022 - Skandal KL Tower : GF siapa di Syarikat Hydroshoppe? Beli murah Menara KL Sdn Bhd RM3.8 juta dapat saham TM 10 juta!

[27 Disember 2022 - Isu jual Menara KL: Bekas Menteri nafi arah jual, Menteri KKD kata akan siasat 

[30 Disember 2022- SPRM siasat saham TM dijual murah, TM mengaku jual tanpa tender, Annuar Musa kata kuasa UKAS!

[31 Disember 2022 - Skandal Menara KL: TM Berhad dan syarikat ‘Cap Ayam’ Hydroshoppe Sdn Bhd ugut saman fitnah

 

1 Comment