Peter PKDM lumpuh: MP, Adun Juil Nuatim, Wetrom sokong Hajiji, Ronnie Loh keluar PKDM demi SOGDC
20:01 Jan 18, 2023  |  By SabahKini2
Peter PKDM lumpuh: MP, Adun Juil Nuatim, Wetrom sokong Hajiji, Ronnie Loh keluar PKDM demi SOGDC

7 Januari Peter umum PKDM tarik sokongan kepada Hajiji KM. Namun Timbalan Presiden yang juga Adun PKDM sign SD sokong Hajiji. MP juga sokong Hajiji. Ronnie Loh Naib Presiden keluar PKDM demi pertahan jawatan di SOGDC

Tindakan Datuk Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (PKDM) pada 7 januari lalu menarik sokongan terhadap Hajiji Ketua Menteri menyertai Shafie Apdal dan Bung Moktar BN menggunakan Perkara 6(3) dan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah kononnya Hajiji tidak lagi mempunyai majoriti yang cukup sebagai Ketua Menteri Sabah mengundang bencana buat PKDM.

PKDM yang sebelum ini memohon menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akhirnya menunjukkan taringnya mengkhianati Hajiji bersekongkol Shafie Apdal. Penganalisis menggelar Datuk Peter dan partinya PKDM sebagai ‘Pedang Bermata Dua’.

Pengkhianatan ini pasti mempunyai harga yang perlu dibayar iaitu mana-mana pemimpin PKDM yang menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat atau GLC akan ditamatkan khidmatnya. Tindakan Peter pasti akan menyukarkan pemimpin PKDM yang lain yang mahu kekal menyokong Hajiji.


Sebelum ini Peter merayu-rayu minta tolong Hajiji CM kelulusan parti barunya, projek dll. 

Terbaru Adun dan ahli parlimen yang menyertai PKDM dilaporkan meninggalkan parti itu.

Timbalan Presiden PKDM Datuk Juil Nuatim Adun Limbahau orang kanan Peter dilaporkan menandatangani SD menyokong Hajiji Ketua Menteri. Begitu juga Adun Bandau Datuk Wetrom Bahanda Timbalan Presiden PKDM yang sebelum ini keluar Bersatu kini kembali kepada GRS. Ini sekaligus membawa kerusi Parlimen Kota Marudu keluar daripada PKDM.

Turut berbuat demikian ialah Ahli Parlimen bebas Tenom yang menyertai PKDM iaitu Riduan Rubin. Riduan baru-baru ini mengumumkan sokongan kepada Hajiji Ketua Menteri. 


11 November 2022 Peter mengumumkan Riduan Rubin menyertai PKDM..
Kini semuanya hancur selepas Peter menolak Hajiji

Ini menunjukkan kini hanya Peter berseorangan mengemudi parti itu.

Ini juga meletakkan kedudukan Datuk Ronnie Loh Ee Eng Naib Presiden PKDM (Cina) dalam kedudukan bahaya kerana beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd (SOGDC) di bawah Kerajaan GRS. Beliau tak mungkin menggadaikan masa depannya kerana Peter Anthony.

Menurut sumber Ronnie Loh turut meninggalkan parti PKDM. Kedudukan Naib Presiden PKDM lain Datuk Johair Matlani, Laimon Laiki, Martin Tommy dan Henry Saimpon masih belum diketuai. Apakah Datuk Johair juga akan keluar? 


Majlis Tertinggi Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (PKDM)

Presiden: Datuk Peter Anthony

Timbalan Presiden:

Datuk Juil Nuatim
Datuk Wetrom Bahanda

Naib Presiden:

Datuk Johair Matlani
Datuk Laimon Laiki
Martin Tommy
Henry Saimpon
Datuk Ronnie Loh

Ketua Wanita:

Anna Maria Bernadus

Ketua Sayap Pemuda:

Jumardie Lukman

Setiausaha Agung:

Gaim James Lunkapis

Timbalan Setiausaha Agung:

Bendahari Agung: David Lo Ho Ping

Timbalan Bendahari Agung:

Ketua Penerangan: Aisat Ellik Iggau

Timbalan Ketua Penerangan:

 

 

 

Kes Mahkamah Peter Anthony

Peter Anthony mungkin terdesak dengan kes rayuan mahkamahnya sebelum ini yang menyebabkan beliau tidak layak bertanding sebagai calon Parlimen Tenom. Beliau dan pengikutnya ketika itu terpaksa merusuh kerana tidak berpuas hati.

[ARTIKEL BERKAITAN - (VIDEO) Pencalonan Peter Anthony ditolak penyokong parti KDM merusuh ]

Mei 2022 Mahkamah Sesyen memutuskan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony bersalah atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

5 Ogos 2022 Datuk Peter Anthony membuat rayuan bagi menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Tinggi bagi memboleh kan beliau bertanding PRU-15. Pengurusan kesnya masih berjalan hingga kini.

Kes ini pasti akan memerangkap Peter Anthony.

Sebelum itu pada ogos 2022 kerana ‘Kawtim’ Pejabat Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM melepas dan membebaskan Datuk Peter Anthony daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta kes kes jualan tanah kepada RISDA di daerah Tongod di antara 2014 dan 2016.

Tindakan Timbalan Pendakwa Raya SPRM ini sangat mengecewakan kerana kes sejak tahun 2017 kes ini sepatutnya dibicarakan kerana melibatkan Syarikat milik Peter Anthony Asli Jati Engineering Sdn Bhd menerima wang daripada syarikat milik Peter sendiri Budiman Juta Sdn Bhd.

[ARTIKEL- Mengapa DPP Haresh Prakash SPRM, AG ‘kawtim’ bebaskan Peter Anthony kes RISDA wang haram RM8.75 juta?

[ARTIKEL-  DPP SPRM Haresh Prakash Somiah kaki 'kawtim' atau dalang bocor kes rasuah di Sabah?

Itu mungkin kerana Peter Anthony menyertai parti Kerajaan namun kini selepas beliau menentang Kerajaan GRS, kini cabaran beliau akan lebih memenatkan berhadapan kes mahkamahnya.

Apakah Peter akan lepas dengan kes rayuannya? sama-sama lihat

25 Comments