Zamri Pengarah AMLA SPRM kalah lagi, dana RM21.7 juta dikembalikan kepada 11 perayu
16:01 Jan 30, 2023  |  By SabahKini2
Zamri Pengarah AMLA SPRM kalah lagi, dana RM21.7 juta dikembalikan kepada 11 perayu

Satu persatu siri kesilapan Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) terbongkar. Apabila tindakan politik mengatasi segalanya. Selepas tewas dengan kes Tan Sri Shahril kini 11 responden lagi. Kini RM21.7 juta perlu dipulangkan.

Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) tewas lagi! Benarlah kata orang 'What You Give You Get Back'

5 januari lalu Mahkamah Tinggi mengarahkan supaya Tan Sri Shahrir Ab Samad dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia sebuah pertuduhan politik yang terancang ketika Dr Mahathir sebagai PM dan Tommy Thomas peguam negara dimainkan oleh Zamri Zainul Pengarah AMLA walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kejahatan Tommy dipatahkan, Shahrir Samad bebas kes pengubahan wang haram RM1 juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Nurzahidah kantoikan Zamri Pengarah AMLA SPRM kertas ‘siasatan tak lengkap’ Tommy pula arah dakwa Shahrir!

Nurzahidah kantoikan Zamri Pengarah AMLA SPRM kertas ‘siasatan tak lengkap’ Tommy pula arah dakwa Shahrir!


SPRM gigit jari

Terbaru kerana nafsu serakah Zamri SPRM sebelum ini akhirnya kerajaan akan memulangkan dana didakwa daripada 1MDB berjumlah RM21.7 juta yang dilucuthak daripada 11 individu, entiti perniagaan dan parti politik.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar, memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa pasukan pendakwa raya diarahkan untuk menarik balik rayuannya berhubung perkara itu.

“Notis pemberhentian difailkan pada Jumaat lepas,” katanya kepada panel dipengerusikan oleh Hakim Kamaludin Said.

Timbalan pendakwa raya berkata, jumlah yang dilucuthak juga akan dikembalikan kepada 11 responden.

Kamaludin, yang bersidang dengan Hakim Abu Bakar Jais dan Supang Lian, kemudian membatalkan rayuan.

Jumlah itu, yang diterima 11 responden kira-kira 10 tahun lalu disenaraikan seperti berikut: Jakel Trading Sdn Bhd (RM10,747,042.77), Mediaedge CIA Sdn Bhd (RM4,631,602), AGA Touch Sdn Bhd (RM3 juta) , Barisan Nasional Johor (RM957,395.65), Umno Pekan (RM700,000), Umno Johor (RM677,872.55), Jakel Trading (RM628,314), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (RM188,132.26), Yayasan PBAKM (RM100,000), Kasitah Gaddam (RM100,000) dan Sim Sai Hoon (RM41,261.64).

Empat Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur pada 2021 membenarkan kerajaan melucut hak wang daripada 11 responden.

Selain itu, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan kerajaan untuk menyita RM2.1 juta lagi daripada dua parti politik, Parti Bersatu Rakyat Sabah (RM1 juta), MCA Pahang (RM835,258.19) dan tujuh individu (jumlah keseluruhan RM265,146.16).

Kes itu juga sedang menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Kamaludin berkata, pihak pendakwaan juga mesti bertindak secara konsisten dalam tiga rayuan itu.

Dalam jawapannya, Kamal Baharin berkata peguam dalam tiga kes itu bebas untuk membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mahkamah dijadualkan mendengar kes pada 28 Mac.

Pada Jun 2019, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan pelucuthakan sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan semula RM270 juta yang didakwa dipindahkan daripada akaun bank Najib Razak.

Semua 14 rayuan hari ini adalah daripada 41 kes tersebut.

Permohonan lucut hak itu difailkan bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang biasanya dikenali sebagai “Amla”.

Penerima terbesar adalah Umno bahagian dan cawangan, mendapat RM212 juta.

Walaubagaimanapun ada sebahagian daripada penerima sudah memulangkan wang itu kepada SPRM.

Najib menghadapi 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berhubung dakwaan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Sebelum ini rakyat Malaysia menyaksikan sendiri bagaimana kes -kes pelucutan hak SPRM tewas banyak kali mahkamah seperti bulan Februari 2020 Mahkamah Tinggi  menolak permohonan (Kerajaan) SPRM untuk melucut hak harta UMNO, Wanita MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah hampir RM194 juta. Daripada jumlah itu, UMNO mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM192.9 juta diikuti Syarikat Binsabi Sdn Bhd (RM 777,250), Syarikat Perano Sdn Bhd (Habib) (RM337,634.78) dan Wanita MCA (RM300,000). Banyak lagi kes sebelum itu seperti pelucutan hak wang UMNO Sabah RM1 juta pada disember 2019. Begitu juga kalah kes Datuk Latif Bandi bekas Exco Kerajaan Negeri Johor.

Kontroversi Zamri 

Zamri turut panas apabila dikatakan beliau rasuah RM20 juta dan RM200 dengan projek di Johor melibatkan istana. Zamri memulangkan RM20 juta di publika kepada VIP pengadu. Projek Qatar ini nampaknya menggoyangkan kartel SPRM yang terpecah beberapa kumpulan. 

Setakat ini tiada kepastian mengenai siasatan kes ini dan belum ada tindakan Azam Baki terhadap Zamri Pengarah AMLA.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat Zamri Pengarah AMLA SPRM terima rasuah RM20 juta, 'pau' pemilik Projek 'Qatar' RM200 juta]

SPRM siasat Zamri Pengarah AMLA SPRM terima rasuah RM20 juta, 'pau' pemilik Projek 'Qatar' RM200 juta

10 Comments