[VIDEO] Lapor Sabahkini2 fitnah, hari ini 3 Adun Warisan diketuai Norazlinah keluar parti
20:02 Feb 06, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Lapor Sabahkini2 fitnah, hari ini 3 Adun Warisan diketuai Norazlinah keluar parti

Siapa yang fitnah? belum pun sampai 3 minggu Norazlinah Adun Kunak bersama dua adun lagi mengesahkan keluar parti Warisan jadi Adun bebas. Pastinya tak lama lagi akan sertai GRS. Adun lain bila lagi?

 

Tidak pun sampai tiga minggu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Azhar Matussin dan Norazlinah Arif melaporkan polis agar mengambil tindakan kepada portal Sabahkini2 kononnya memfitnah 6 adun bakal keluar parti dan menyokong Hajiji Ketua Menteri hari ini tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Warisan mengumumkan keluar parti.

 [ARTIKEL BERKAITAN- 6 Adun Warisan tandangan SD sokong Hajiji bakal keluar parti?]

 [ARTIKEL BERKAITAN-  Shafie Goyang Adun Warisan Jumpa Hajiji arah 6 Adun lapor polis terhadap Sabahkini2]

 

Shafie Goyang Adun Warisan Jumpa Hajiji arah 6 Adun lapor polis terhadap Sabahkini2

3 Adun yang membuat pengumuman itu diketuai Norazlina Arif (Kunak) yang sebelum ini melaporkan polis bersama Azhar, dua lagi ialah Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi) dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor). 

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, keputusan yang diambil itu diharap akan dapat meneruskan lagi khidmat yang baik kepada rakyat khususnya dikawasan yang diwakili.

 Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi), Norazlina Arif (Kunak) dan Chong Chen Bin (Tanjong Kapor)

“Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambilkira halatuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili. Maka, kami dengan ini mengisytiharkan keluar Parti Warisan dan memilih berkhidmat sebagai ADUN Bebas.

“Dengan keputusan itu, kami akan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan harapan agar kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili.

“Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili, maka kami dengan ini mengisytiharkan keluar Parti Warisan.” kata mereka dalam kenyataan bersama itu di sini hari ini.

Mereka berkata, sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

“Kami akan bekerja bersama-sama YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada presiden, rakan-rakan dan penyokong Parti Warisan,” kata mereka.

Ketiga-tiga adun itu juga mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau di peringkat Ahli Majlis Tertinggi.

Bagaimanapun 3 Adun lagi termasuk Azhar  belum membuat pengumuman lagi. Mungkinkah akan ada pengumuman adun keluar parti lagi selepas ini?

 

 

5 Comments