Rasuah Jana Wibawa: Wan Saiful MP Bersatu, Adam Radlan Sepupu Menantu Muhyiddin didakwa esok
00:02 Feb 21, 2023  |  By SabahKini2
Rasuah Jana Wibawa: Wan Saiful MP Bersatu, Adam Radlan Sepupu Menantu Muhyiddin didakwa esok

Hasil cabaran Muhyiddin akhirnya Wan Saiful MP Bersatu pengumpul kontraktor Jana Wibawa dan Adam Radlan Sepupu Menantu Muhyiddin didakwa esok.Berapa juga agaknya rasuah yang dipinta? sama-sama esok. Siapa lagi seterusnya? Muhyiddin dan menantunya?

Wan Saiful Wan Jan Ketua Penerangan Bersatu yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Adam Radlan Adam Muhammad sepupu menantu Muhyiddin Datuk Adlan Berhan ditahan berhubung kes projek Jana Wibawa.

Kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, malam ini sebelum dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi esok untuk proses pendakwaan.

Wan Saiful Wan Jan Adam Radlan Adam Muhammad dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM sebelum itu kerana kes projek Jana Wibawa. Wan Saiful Wan Jan dikatakan penjadi penyelaras kepada mengumpul syarikat kroni Jana Wibawa. 

Sebelum ini Adam Radlan Adam Muhammad sepupu menantu Muhyiddin itu pada 7 januari lalu direman SPRM berhubung dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B khususnya projek Jana Wibawa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B ]

Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan (MoF) mengarahkan pelaksanaan projek Jana Wibawa ditangguhkan untuk meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan oleh perbendaharaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dipetik berkata, penangguhan projek bernilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan secara tender terpilih atau runding terus.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada SPRM mengenai projek Jana Wibawa namun beliau berkata ‘Tidak pernah berjumpa, kenal dan tahu siapa kontraktor Jana Wibawa’. Bagaimanapun beliau dilihat pernah bertemu dengan beberapa kontraktor Jana Wibawa seperti Naza Group.

[ARTIKEL BERKAITAN- Muhyiddin kata tak kenal, jumpa kontraktor Jana Wibawa tapi beri projek ratusan juta kepada Naza Group ]

Muhyiddin kata tak kenal, jumpa kontraktor Jana Wibawa tapi beri projek ratusan juta kepada Naza Group

Muhyiddin juga dalam kenyataan medianya mengaku PMO menyenaraikan nama syarikat dan diberikan kepada Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan untuk kelulusan.

Dilaporkan sebanyak 56 projek Jana Wiabawa sudah mendapat SST dan keseluruhan projek tersebut bernilai RM6.3 bilion. 

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan sudah dihubungi SPRM dan dilaporkan semua senarai kontraktor Jana Wibawa dihantar atas arahan Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri ketika itu.

Untuk rekod, Jana Wibawa diperkenalkan kerajaan bawah pentadbiran Muhyiddin bagi mempercepat pelaksanaan projek bertujuan merancakkan ekonomi negara ketika serta pasca pandemik COVID-19, selain meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing, berdaya tahan dan berpotensi namun semakan menunjukkan semua kontraktor diberi merupakan kontraktor kaya raya dan cenderung kepada parti Bersatu saja.

Menurut sumber kemungkinan besar pertuduhan selepas ini ialah kepada Tan Sri Muhyiddin dan menantunya Adlan Berhan. Nantikan sama-sama kejutan seterusnya. 

 

 

22 Comments