Hamzah nafi rasuah RM15 juta tapi Datuk Stephen Sim digelar 'butler' memang kroni tegarnya di KDN
08:05 May 11, 2023  |  By SabahKini2
Hamzah nafi rasuah RM15 juta tapi Datuk Stephen Sim digelar 'butler' memang kroni tegarnya di KDN

Mengapa Hamzah tak bising ketika didedah 27 Januari dan reman februari? Datuk Stephen Choo Thiam dan, Syed Abu Zafran memang dikaitkan dengan Hamzah. PN dan Hamzah kenal Datuk Stephen kroni tegar hamzah urus dana dan beli pejabat Bersatu. RM15juta!

Susulan pertuduhan Datuk Seri Sim Choo Thiam  atau dikenali ‘Butler’ Datuk Seri Hamzah atas empat pertuduhan rasuah RM15 juta yang mengaitkan Hamzah Zainudin bekas Menteri KDN akhirnya membangunkan Hamzah dari tidur.

Mengapa Hamzah Zainudin tidak menafikannya ketika skandal itu didedahkan pada 27 Januari? Ketika nama Stephen Sim  Choo Thiam, Syed Abu Zafran Syed Ahmad dan Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd disebut dalam kes?

Begitu juga ketika Stephen Sim  Choo Thiam dan, Syed Abu Zafran Syed Ahmad direman SPRM pada bulan Februari sekali lagi nama-nama tu disebut termasuk Hamzah Zainudin?

Hari ini ketika pendakwaan dibuat barulah Hamzah Zainudin menafikan terlibat dalam pemberian projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) lobi projek Rundingan Terus Pembinaan Pelabuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM) bernilai RM420 juta!

[ARTIKEL BERKAITAN- Stephen Sim ‘Butler’ didakwa kes rasuah RM15 juta kaitkan Hamzah Zainudin Bekas Menteri KDN

Hamzah nafi terima RM15 juta. Hamzah berkata, pertuduhan mengaitkannya sengaja dibuat untuk mencemar namanya sebagai bekas menteri di kementerian itu.

“Malah pertuduhan tersebut juga menyebutkan nama saya. Itulah yang janggal dan menghairankan saya kenapa nama saya disebut sedangkan saya tiada pembabitan langsung.

“Bila diperhalusi keempat-empat pertuduhan tersebut ia menyebut bahawa suapan adalah untuk ‘mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri’. Jadi, apakah projek yang menjadi hal perkara rasuah yang dimaksudkan?” katanya dalam kenyataan.

“Ini siri fitnah untuk menekan orang- orang serta ahli perniagaan tertentu supaya memalitkan dan menuding jari terhadap saya demi mencemarkan nama saya,” katanya.

Siapa Stephen Sim  Choo Thiam di mata Hamzah?

Hakikat yang orang Perikatan Nasional tahu dan pihak yang rapat termasuk SUSK Hamzah Zainudin Dato’ Ariffin Tobias semua tahu Datuk Stephen Sim  Choo Thiam individu kesayangan Hamzah. Digelar ‘butler’ yang mengurus semua urusan perniagaan Hamzah. Stephen pemberi dana Hamzah dan semua urusan komisen projek diuruskan oleh Stephen Sim. Pembelian pejabat Bersatu diuruskan oleh Stephen Sim.

Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

Pertuduhan Sim Choo Thiam bukan pertuduhan sengaja diada-adakan dan dibuat sebegitu rupa mengheret nama Hamzah tetapi memang disebut oleh Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad (Dataprep Berhad/Widad Group) ketika meminta rasuah RM15 juta daripada Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Bukan sesuatu yang baru keterangan dirakam sebelah petang selepas pertuduhan terhadap Stephen Sim Choo Thiam di mahkamah ia sebahagian dari strategi kerana Hamzah sudah menjangka lebih awal ketika Stephen Sim Choo Thiam disiasat dan reman SPRM. Hamzah mungkin merasakan dia selamat kerana tiada dokumentasi atau bukti langsung kepadanya tetapi wang RM15 juta daripada Hep Kim Hong memang diterima oleh Stephen Sim Choo Thiam dan Syed Abu Zafran untuk Hamzah Zainudin. 

Hamzah hanya mahu mengelak hubungannya dengan Stephen Sim Choo Thiam diketahui rakyat. Kenyataan Hamzah pendakwaan ini bertujuan merosakkan nama baiknya hanya alasan kerana semua tahu hubungan Hamzah dengan Stephen Sim sebagai ‘butler’ kesayangannya itu.

Stephen Sim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM15 juta daripada Hep Kim Hong untuk mendapatkan projek daripada KDN.

Stephen Sim Choo didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pihak pendakwaan berkata, jumlah itu bertujuan sebagai dorongan kepada Hamzah untuk membantu syarikat Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kementeriannya.

Semua juga tahu Hamzah Zainudin ni Menteri 'kaki pau' dan rasuah. Jadi penafiannya bukan sesuatu yang luar biasa.

 

Comment