[VIDEO] Tipu Kerajaan Sabah cukai jualan emas, 5 individu berkait Bahvest Resources Berhad direman SPRM
11:05 May 24, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Tipu Kerajaan Sabah cukai jualan emas, 5 individu berkait Bahvest Resources Berhad direman SPRM

Selepas Datuk Lo Fui Ming Pengarah Urusan Bahvest Resources Berhad dan BODnya di reman SPRM, Kini 5 lagi terkait kes itu direman SPRM. Siapa lagi selepas ini?


Kredit: Buletin TV 3

Skandal Bahvest Resources Berhad tipu cukai jualan emas RM25 juta belum berakhir. Tangkapan dan reman baru SPRM terus dilakukan. Nampaknya tiada yang boleh terlepas menipu hasil Kerajaan Negeri Sabah.

Lima lagi individu direman empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes berkaitan memperdaya kerajaan Sabah bagi mengelak pembayaran royalti penjualan emas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sasha Diana Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang terdiri daripada pengarah dan pengurus akaun sebuah syarikat emas serta tukang emas berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, semua mereka disyaki terlibat dalam pembelian emas ratusan kilogram bernilai jutaan ringgit dan telah mengemukakan penyata jual beli emas yang mengandungi butiran palsu bagi mengelak daripada membayar royalti sebenar kepada kerajaan Sabah.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

ARTIKEL BERKAITAN- Lombong emas tipu RM25 juta: Datuk Lo Fui Ming direman SRPM, Taikun balak Freddy Lim mahu rampas Bahvest Resources Berhad 

ARTIKEL BERKAITAN- Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM

 

Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM

 

Comment