Terbukti Pegawai Imigresen KLIA 'Kaki Rasuah', Mengapa Presiden KPISM Khairil Niza meroyan?
23:07 Jul 01, 2023  |  By SabahKini2
Terbukti Pegawai Imigresen KLIA 'Kaki Rasuah', Mengapa Presiden KPISM Khairil Niza meroyan?

KLIA setiap hari 'bocor' oleh warga asing kerana rasuah. Media pernah dedah sindiket sejak tahun 2017. Pegawai Imigresen hidup mewah. Tahun 2020 Timbalan Pengarah KLIA Yusoff Khan didakwa SPRM. Mengapa marah jika Imigresen dicop 'kaki rasuah'

Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Bukan kali pertama ketegangan di Lapangan Terbang melibatkan pegawai imigresen.

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) kerap mempertahankan pegawai mereka sekalipun terbukti pegawai imigresen di pintu masuk KLIA jenis ‘kaki sakau’.

Sebelum ini Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia itu berjemaah menjatuhkan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di KLIA dalam satu insiden ogos 2022 yang akhirnya menjatuhkan Ketua Pengarah itu.

Rangkaian mereka membenam KPPA. Kini trio baru lawan Tiong King Sing.
Kita lihat SPRM berpihak kepada siapa

 

JIM, KPISM dan CUEPACS Bersatu mempertahankan pegawai imigresen yang biadap dan kurup. Mereka mengambil jalan ‘double standard’ jika ada pihak yang mengkritik Jabatan Imigresen.

Isu KPPA : Jabatan Imigresen, KPISM, CUEPACS  jangan 'Double Standard' Kes Pengarah Imigresen hina pegawai ditutup!

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu KPPA : Jabatan Imigresen, KPISM, CUEPACS jangan 'Double Standard' Kes Pengarah Imigresen hina pegawai ditutup!


Ketika insiden Pengarah JIM Sabah Dato' Dr Muhammad Sade berkasar dan menghina penjawat awam KKM yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada April 2020 mereka hanya berdiam diri. Tiada tindakan malah pegawai dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah di agensi lain.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah

 

Kali ini Pegawai JIM, CUEPACS dan Presiden KPISM Khairil Niza Khairuddin tampil lagi dengan drama baru. Mereka mencari jalan mempertahankan pasukan. Sebar semua laporan berbentuk 'whatapps' tanpa menunggu laporan penuh dan siasatan SPRM. Bagaimanapun kali ini KP Jabatan Imigesen Datuk Ruslin Jusoh ialah orang baru dalam drama ini. 

Kata mereka kenyataan Menteri MOTAC, Tiong King Sing berlaku budaya rasuah di pintu masuk negara hanya mengalih tumpuan mengganggu tugas penjawat awam.

Katanya dakwaan itu dibuat “tidak berasas”. Bagaimana ia tidak berasas? 

Menteri pelancongan, seni dan budaya mungkin tidak betul semua dan tidak salah semua tetapi satu hakikat yang pasti pegawai imigresen dipintu masuk itu memang terbukti mengambil rasuah. Mereka mewujudkan agen-agen tertentu untuk mengutip wang sebagaimana dakwaan Menteri MOTAC itu.Ini bukan rahsia terpencil ini semua tahu.

Cara Tiong King Sing mungkin dilihat kasar tetapi itulah masalah di KLIA
melibatkan pegawai imigresen sangat buruk sekali. Memburukkan imej negara

Ini kerana ada pelancong yang mempunyai hubungan rapat dengan kedutaan melaporkan terus insiden pegawai meminta rasuah daripada pelancong. Ini sangat memburukkan nama Malaysia sehingga ada pelancong berkata para pegawai imigresen memang meminta rasuah untuk menyelesaikan urusan masuk ke Malaysia.

Oleh itu Presidennya  Khairil Niza Khairuddin tak perlu terlalu yakin kerana lebih baik serahkan saja kepada KP SPRM Tan Sri Azam Baki dan pegawainya menyelesaikan kes rasuah itu. Sebenarnya isu di pintu masuk KLIA bukan setakat perlu dilapor tetapi perlu ketengahkan supaya pegawai imigresen mengambil rasuah dapat ditangkap

Tan Sri Azam Baki KP SPRM mengesahkan akan menyiasat dakwaan Tiong King Sing itu. Sama-sama lihat siapa pegawai imigresen yang terbukti meminta rasuah itu.

Rasuah pegawai imigresen di KLIA

Isu pegawai imigresen bukan tidak pernah berlaku rasuah. Malah ketika insiden sindiket dan tangkapan terhadap Timbalan Pengarah KLIA bernama PPK Mohamed Yusoff Khan Bin Mohd Hassan dan lebih 53 individu ditahan november 2020 termasuk 33 anggota imigresen yang ditugaskan di KLIA, KLIA2 serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru jelas membuktikannya.

ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Timbalan Pengarah Imigresen: Sindiket 'Passport Terbang' dan 'Kaunter Setting' KLIA, Siapa lagi?

ARTIKEL BERKAITAN-  [VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam?

 

SPRM tahan Timbalan Pengarah Imigresen: Sindiket 'Passport Terbang' dan 'Kaunter Setting' KLIA, Siapa lagi?

 

Ke mana mereka ketika tangkapan SPRM? Mana suara Presiden  KPISM  Khairil Niza Khairuddin ketika itu? Mereka membisu seribu bahasa kerana malu. Itulah budaya pegawai jabatan imigresen KLIA. Rasuah diutamakan!

Bayangkan wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi turut dirampas oleh SPRM. Itu fakta yang tidak boleh dilupakan bahawa pegawai imgresen di KLIA memang ‘kaki rasuah’.

Oleh itu dakwaan Tiong King Sing di KLIA “peristiwa yang memalukan negara” mengenai rasuah pegawai Imigresen itu wajar disiasat segera. Tentu ramai saksi boleh dicari dan tangkap agen-agen ‘NTL’ yang bersindiket di KLIA dibayar lebih RM10 ribu itu.

Akui saja pegawai SPRM 'pau' wanita China itu. Mahu dilepaskan maka bayar ribuan ringgit!.

 

 

 

7 Comments