Bekas CEO Bahvest Bhd dan anaknya didakwa di mahkamah, tipu jualan jongkong emas, rugikan kerajaan RM1.3 juta
09:10 Oct 26, 2023  |  By SabahKini2
Bekas CEO Bahvest Bhd dan anaknya didakwa di mahkamah, tipu jualan jongkong emas, rugikan kerajaan RM1.3 juta

Datuk Lo Fui Ming dan anak lelakinya Lo Teck Yong didakwa kerana menipu jualan jongkong emas bernilai kira-kira RM26 juta. Kerajaan Negeri rugi kerana cukai 5% atau RM1.3 juta tidak dibayar kerana penipuan itu.

Bermula dari sebuah pertelagahan dua kumpulan di dalam Kawasan tanah lombong antara syarikat Southsea Gold Sdn Bhd dan Wullersdorf Resources Sdn Bhd anak syarikat Bahvest Berhad yang melanggar perjanjian sewa tanah di tanah perlombongan 948 hektar milik JTU akhirnya membongkar misteri tersembunyi di lombong ini.

Southsea Gold Sdn Bhd membuat tuntutan saman RM20.4 juta daripada Bahvest Berhad. Ketua dua kumpulan iaitu Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest dan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang taikun balak Sabah. Lapor melapor SPRM berlaku dan SPRM menyerbu syarikat dan lombong.

Rupanya selama ini Datuk Lo Fui Ming dan Bahvest Berhad menipu jualan emas bernilai RM26 juta dan kerajaan negeri kehilangan hasil RM1.3 juta. Mereka tidak melaporkanya dan menipu kerajaan.

Datuk Freddy mengambil kesempatan dari serbuan SRPM menuntut EGM Bahvest dilakukan pada 25 Mei. Mereka berjaya menyingkirkan Datuk Lo Fui Ming, lembaga pengarah dan anak-anaknya. Sebelum ini Datuk Lo Fui Ming merupakan pemegang saham terbesar menguasai 16.15% kepentingan dalam Bahvest.   Datuk Lo Fui Ming dan anaknya tiada pilihan terpaksa menjual semua sahamnya dan meletak jawatan daripada Bahvest Berhad.

Lombong emas tipu RM25 juta: Datuk Lo Fui Ming direman SRPM, Taikun balak Freddy Lim mahu rampas Bahvest Resources Berhad
Siapa Datuk Freddy Lim Nyuk Sang boleh dibaca artikel di bawah

Sabahkini2 telah mendedahkan beberapa artikel mengenai Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest dan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang.

 

ARTIKEL BERKAITAN- Lombong emas tipu RM25 juta: Datuk Lo Fui Ming direman SRPM, Taikun balak Freddy Lim mahu rampas Bahvest Resources Berhad 

ARTIKEL BERKAITAN- Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM

 

 

Datuk Lo Fui Ming dan anak didakwa

 

 

Semalam (25 Oktober) Datuk Lo Fui Ming dan anak lelakinya Lo Teck Yong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas di hadapan Hakim Jason Juga kerana didakwa terlibat dalam perniagaan menjual jongkong emas secara haram mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri lebih RM1.3 juta dalam jualan antara 2019 dan 2023.

Bermakna kira-kira RM26 juta jualan diseleweng oleh Datuk Lo Fui Ming.

Bagaimanapun Datuk Lo Fui Ming dan lelakinya Lo Teck Yong tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, sebanyak 24 pertuduhan dibacakan dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan terhadap Lo Fui Ming dan 24 pertuduhan dibawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibacakan bersama seksyen 418 Kanun Keseksaan terhadap Lo Teck Yong.

Kes-kes tersebut atas kesalahan menipu Kerajaan Negeri Sabah iaitu Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah dengan tidak mengisytiharkan hasil penjualan kuantiti jongkong emas yang sebenar dalam dokumen invois yang dikemukakan kepada JTU.

Menurut syarat perjanjian pajakan tanah dan perlombongan mineral dengan JTU, syarikat berkenaan disyaratkan untuk membayar royalti sebanyak 5 peratus daripada hasil penjualan mineral emas yang dilombong di Bukit Mantri Tawau kepada JTU.

Diantara tahun 2019 hingga tahun 2023, kedua-dua tertuduh dikatakan telah menjual lebih kurang 26 jongkong emas secara haram kepada syarikat pembeli yang dilombong dan dihasilkan di Bukit Mantri, Tawau, dan jualan ini tidak direkodkan.

Malah kedua-dua mereka tidak membayar royalti 5 peratus kepada kerajaan untuk penjualan emas berkenaan dan mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri Sabah dianggarkan sebanyak RM 1.3 Juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zahir Shah.

Lo dan Teck Yong dibenarkan diikat jamin RM100,000 setiap seorang, dan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

 

1 Comment