Anak Philip Among pencabul Unduk Ngadau menyamar KP SPRM Azam Baki dan TKP didakwa
09:01 Jan 14, 2024  |  By SabahKini2
Anak Philip Among pencabul Unduk Ngadau  menyamar KP SPRM Azam Baki dan TKP didakwa

'Bapa borek anak rintik'. Tahun 2021 Philip bekas pemimpin STAR didakwa cabul Unduk Ngadau. Kini anaknya pula boleh menyamar KP dan TKP SPRM menipu pegawai kanan polis di Kota Kinabalu. Bagaimana dia lakukan?

‘Bapa borek anak rintik’ tentu rakyat Sabah masih ingat bekas pemimpin STAR  Philip Among penyelaras Parlimen Putatan ditahan reman mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan pada jun 2021.

STAR menggantung Philip Among dan beliau didakwa mahkamah lima pertuduhan mencabul dua wanita


Tahun lalu giliran anak Philip Among, Aries Ryan Philip pula ditangkap SPRM kerana menyamar sebagai Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM dan  Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahya TKP SPRM. Pada 22 Julai SPRM mengumumkan pencarian Aries Ryan Philip bersama seorang wanita dan pada 24 julai Aries Ryan Philip telah direman SPRM.

10 januari yang lalu Aries Ryan Philip Among didakwa menyamar sebagai pegawai kanan SPRM di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, tertuduh Aries Ryan Phillip Among, 29, mengaku tidak bersalah masing-masing atas dua pertuduhan utama dan alternatif di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

 

Menurut pertuduhan utama, Aries telah menipu Mohd Zaidi Abdullah, 60, dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya melalui aplikasi WhatsApp pada 24 Jun 2023 jam 11.46 pagi di sebuah rumah di Jalan Kepayan.

Dia didakwa mendorong Zaidi memasukkan wang RM8,000 ke dalam akaun bank milik orang lain untuk sumbangan lembu korban.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Aries didakwa menipu Zaidi dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, juga menerusi aplikasi WhatsApp pada 30 Jun 2023 jam 11.22 pagi, di lokasi sama.

Aries didakwa mendorongnya untuk memasukkan wang sebanyak RM27,000 untuk sumbangan menghadiri konvokesyen anak lelaki Azam Baki di Sydney, Australia, dan RM14,300 lagi untuk tujuan pinjaman. Kedua-duanya telah dimasukkan ke dalam dua akaun bank yang berbeza.

Hukuman kerana menipu secara peribadi memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan alternatif pertama dan kedua, Aries didakwa menipu Zaidi melalui WhatsApp dan mendorongnya untuk memasukkan kesemua wang berjumlah RM49,300 ke dalam tiga akaun bank berbeza.

Mohd Zaidi Abdullah merupakan pegawai kanan polis di Kota Kinabalu.

Kedua-dua pertuduhan alternatif adalah mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Aries dibenarkan diikat jamin RM40,000, dengan RM5,000 untuk didepositkan ke mahkamah dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah seterusnya memerintahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali; tidak mengganggu saksi pendakwaan, dan pasportnya diserah kepada mahkamah sementara menunggu kes itu diselesaikan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Amirul Amin.

Mahkamah menetapkan 14 Feb ini untuk pengurusan kes.

 

FAKTA PERTUDUHAN SEPERTI BERIKUT:

 

 

 

 Untulk rekod anak Philip Among, Aries Ryan Philip Among sejak berumur 24 tahun sudah pernah dituduh di mahkamah kerana menipu. Nampaknya Aries Ryan sudah berlatih awal untuk jadi seperti sekarang.

 

 

 

3 Comments