VIDEO Kartel Dadah Sabah Dato' Seri Maslan 'Upik' didalangi Azis Jamman Warisan tular di Indonesia, Azis akan saman?
18:01 Jan 15, 2024  |  By SabahKini2
VIDEO Kartel Dadah Sabah Dato' Seri Maslan 'Upik' didalangi Azis Jamman  Warisan tular di Indonesia, Azis akan saman?

Azis Jamman saman Zulkarnain Mahdar NGO G57 RM100 juta! Tetapi di Indonesia youtuber terkenal terbitkan video Dato' Seri Maslan Kartel Dadah terbesar didalangi Datuk Azis Jamman. Berani Azis saman? ditonton hampir 500 ribu setakat ini..

Kredit video : Kamar JERI

 


Isu Kartel Dadah terbesar Sabah diketuai Dato' Seri Maslan Sani @Upik didalangi Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN yang kini Ketua Penerangan Parti Warisan tular di Indonesia.

Sebuah video yang diterbitkan oleh youtuber terkenal Indonesia KAMAR JERI dengan subscibes 4.85 juta bertajuk  KARTEL NARKOBA SABAH MALAYSIA !! MAMPU BIAYAI PARTAI DAN PEMERINTAH ?? itu kini  telah ditonton hampir 500 ribu. Jumlah ini akan bertambah setiap masa.

Apakah Datuk Azis Jamman Ketua Penerangan Warisan ini akan menyaman Youtuber terkenal Indonesia KAMAR JERI? Secara umum semua yang dia sampaikan dikira tepat. Hanya beberapa perkara mengenai CIDB yang perlu diperbetulkan memandangkan CIDB di Malaysia hanya sebuah badan mengeluarkan lesen kelayakan kontraktor mengikut kelas dari G1 hingga G7. 

Apa yang penting Kartel Dadah seperti Dato' Seri Upik dibantu Azis Jamman dan Jasni Mohammad 'mencuci' wang haram hasil dadah dalam perniagaan yang sah seperti Restoran Oldtown White Coffee, pelancongan, petrokimia, syarikat pengangkutan feri, pengilangan, membekal minyak gas serta terlibat dalam kerja-kerja syarikat pembinaan.  

Semua artikel ini boleh diikuti di;

ARTIKEL 1 Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas 

ARTIKEL 2 Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa

Cuma satu persoalan, pemimpin NGO G57 Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan kepada SPRM agar menyiasatnya telah disaman. Apakah  Datuk Azis Jamman berani  menyaman youtuber hampir 5 juta pengikut dari Indonesia itu?

 

Datuk Mohd Azis Jamman Ketua Penerangan WARISAN yang juga bekas Timbalan Menteri KDN disebut dalam video KAMAR JERI itu jelas mendedahkannya sebagai pelindung Jenayah Terancang Geng Upik.

Beranikah Azis Jamman mengeluarkan Letter of Demand terhadap KAMAR JERI? sebagaimana surat peguam di bawah kepada Zulkarnain Mahdar?

Apapun KAMAR JERI jangan bimbang Datuk Azis Jamman takkan saman Youtuber KAMAR JERI sekalipun dimalukan di Indonesia, Malaysia dan Brunei. 

Lagi dia saman lagi satu dunia tahu Azis Jamman dan Warisan kartel dadah! Ini akan menjejaskan teruk Warisan dan bakal rakan sekutunya. 

 

 


Lagipun tak lama lagi Azis Jamman akan ke dalam juga.

ARTIKEL 3 Sindiket dadah terbesar Sabah: Azis Jamman, Warisan di belakang ketua kartel Dato' Seri 'UPIK' bakal ditahan?

 

 

28 Comments