Sindiket dadah terbesar Sabah: Azis Jamman, Warisan di belakang ketua kartel Dato' Seri 'UPIK' bakal ditahan?
16:01 Jan 14, 2024  |  By SabahKini2
Sindiket dadah terbesar Sabah: Azis Jamman, Warisan di belakang ketua kartel Dato' Seri 'UPIK' bakal ditahan?

10 individu ditangkap Kartel dadah Sabah terdiri pelbagai pihak termasuk anggota PGA sebagai transporter. Terbaru 1 lagi anggota ditahan. Ketua Kartel Dato' Seri UPIK sebelum ini dilindungi oleh Jasni Mohammad Pegawai Khas Azis Jamman Timbalan Menteri KDN

Kartel dadah dan Parti Warisan tidak dapat dipisahkan. Hubungan kartel dadah dengan pemimpin Warisan sangat mendalam. Ketiika Datuk Azis Jamman sebagai Timbalan Menteri KDN di Sabah beliau bukan saja melindungi syarikat penyediaan dokumentasi kewarganegaraan dan Pas Sementara Sabah (PSS) beliau juga melindungi kartel dadah khususnya 'Geng UPIK'. 

Malah ada pemimpin Ketua Wira Warisan terlibat dengan penggunaan dadah syabu sebagaimana tertangkapnya Ketua Wira Warisan Kota Belud Kaimulsah Rujeh sebelum PRN Sabah.Bayangkan Ketua Wira 'kaki lalok'. Kes itu kecoh tahun 2021 dan pernah disiarkan oleh Sabahkini2.

Pantai Timur Sabah yang dikuasai oleh Warisan berpusat di Semporna juga  terkenal sebagai pusat pengedaran dadah di Sabah. Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah bermula Mei 2018 pun tidak mampu mengatasi masalah dadah. Banyak siri tangkapan berkaitan di Semporna syurga pengedaran dadah. Terbaru Polis berjaya memberkas tiga suspek bersama 20 bungkusan plastik hitam disyaki dadah jenis Syabu seberat 1kilogram dengan anggaran nilai RM1 juta dalam satu serbuan di Jeti Umum Semporna oleh Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Semporna (BSJND) 

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata ketiga-tiga suspek lelaki ditangkap dua warganegara tempatan dan seorang suspek warganegara asing berumur lingkungan 36 hingga 38 tahun.

Beliau berkata, dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan ke negara jiran yang mana dianggarkan jumlah dadah 1 kilogram dadah boleh digunakan seramai 5,000 orang penagih dadah.

[ARTIKEL BERKAITAN - Polis berjaya rampas 1kg syabu bernilai RM1 juta, 3 suspek ditahan di Semporna 

 

Polis berjaya rampas 1kg syabu bernilai RM1 juta, 3 suspek ditahan

 

Apakah individu yang ditangkap ada kaitan dengan kumpulan Jenayah Terancang UPIK? Ia boleh jadi berkaitan memandangkan UPIK merupakan mentor dadah berkuasa di Pantai Timur Sabah. 

KARTEL DADAH- JENAYAH TERANCANG GENG UPIK

Bagaimanapun tangkapan paling berjaya ialah tangkapan 10 lelaki termasuk Ketua Kartel Dadah Sabah terbesar, Dato’ Seri Maslan Sani atau UPIK pada 25 Disember lalu seperti yang diumumkan oleh  Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan ESSCOM membukti kartel dadah itu telah berleluasa sejak 2015.

ARTIKEL BERKAITAN - Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

 

Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

 


VIDEO 1- Kartel Dadah Tumpas

Ia termasuk tangkapan orang kanan UPIK yang juga bekas Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN Azis Jamman Datuk Jasni Muohammad dan seorang anggota polis PGA Tawau berusia 44 tahun dikenali sebagai JAISALFIAN BIN JAINEH berketurunan bajau suluk sebagai orang dalam dalam Jenayah Terancang Geng Upik bukti betapa Dato' Seri Maslan menguasai penjawat awam terutama penguatkuasa. 

Semua kegiatan jenayah Maslan Sani @UPIK ini berlindung disebalik NGO Persatuan berasaskan 'TIGA LINE' atau senada BERBAJU PEKIDA. Maka tidak hairan banyak NGO beliau naungi seperti PAKAT, PAAK dan PAKSI yang rangkaian mereka bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh negara atas nama KEBAJIKAN. Maka tidak menghairankan jika Maslan @UPIK ada kaitan dengan Datuk Akjan 'Pejuang Sulu' bekas Presiden PEKIDA Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN -  Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa 

 

 


VIDEO 2: Dalang Kartel Dadah

 

Selain itu pengarah urusan rangkaian Restoran Oldtown White Coffee  Outlets Sabah yang menguruskan  kewangan sindiket turut ditahan. Syarikat Dato’ Seri Maslan Sani dikatakan pemegang Francais Old Town Coffee di Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada Pemegang induk lesen Oldtown White Coffee  berhubung penglibatan jenayah pemilik outlet di Sabah. 

 

Restoran jadi 'Cuci' wang haram

 

 

TANGKAPAN KE 11- ANGGOTA POLIS BEKAS ESCOMM SEBAGAI TRANSPORTER

Pada 9 januari lalu susulan kejayaan tangkapan Ketua Kartel Dato' Maslan Sani itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay  mengumumkan lagi tangkapan suspek baru juga seorang anggota polis bekas pegawai ESCOMM berumur 43 tahun bertugas yang kini bertugas di Bukit Aman. Ini merupakan jumlah yang ke 11 ditahan  membantu siasatan berhubung kes itu. Pegawai berkenaan menjadi  seorang lagi transporter dalam kartel dadah berkenaan. 

Setakat ini identiti anggota polis transporter itu belum terdedah lagi.  Jika ada pihak menyatakan  ada tangkapan melibatkan pemimpin lain jelas ia palsu. Kaitan setakat ini ialah Datuk Azis Jamman dan Datuk Jasni Mohamad lebih berkait dengan Dato' Seri Maslan Sani @UPIK.

 

ARTIKEL BERKAITAN- Seorang pegawai kanan polis ditahan jadi transporter kartel dadah Sabah

Seorang pegawai kanan polis ditahan jadi transporter kartel dadah Sabah

Ayub Khan

 

TANGKAPAN LEBIS BESAR LIBATKAN PEMIMPIN WARISAN

Menurut sumber rapat PDRM tangkapan Ketua Sindiket Ketua Kartel UPIK membuka kepada siasatan dan tangkapan pemimpin kanan Warisan Datuk Azis Jamman yang membantu Kartel Dadah ketika menjadi Timbalan Menteri KDN. Selain Datuk Jasni Mohammad. Jasni hanya membuat penafian tahun 2021 bukan yang terbaru selepas tangkapan UPIK. 

Datuk Mohd Azis Jamman dilaporkan menyaman pihak-pihak yang menuduhnya ada kaitan dengan Kartel Dadah Maslan Sani @UPIK. Setakat ini Pengerusi Gerakan Kuasa Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berdepan tindakan saman RM100 juta yang kononnya memfitnah Parti Warisan (WARISAN) Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah.


LOD Azis Jamman. Sebaiknya PDRM dan
SPRM percepatkan siasata dan tangkapan

Zulkarnain hanya melaporkan kepada polis dan SPRM benarkah dakwaan yang berlegar menyatakan Datuk Mohd Azis Jamman  menerima dana daripada kartel dadah. Baginya Penafian WARISAN tidak cukup meyakinkan rakyat khususnya pengundi Sepanggar dan memohon SPRM agar menjalankan siasatan segera.

 

 

Hakikatnya Azis Jamman tidak boleh menutup hubungan kaitannya dengan UPIK melalui Datuk Jasni Mohamad bekas pegawainya di KDN yang kini menjadi orang kanan UPIK dalam kartel dadah.

Polis mempunyai semua rekod gerakan jenayah terancang UPIK, tangkapan 11 individu termasuk 2 anggota polis bukti Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berusaha tegas menghapuskan kartel dadah yang dilindungi pemimpin atasan sebelum ini ketika Kerajaan Warisan berkuasa.

Dulu Azis Jamman Timbalan Menteri maka semua ditutup apatah lagi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah orang Semporna dan kaum sebangsa. Maka semuanya dilindungi.

KARTEL DADAH ROSAKKAN IMEJ WARISAN- UMNO BN AKAN TERPALIT JIKA KERJASAMA WARISAN

Desas-desus Warisan mahu bekerjasama dengan UMNO BN begitu kuat. Namun penganalisis berpendapat jika kartel dadah dan tertangkapnya pemimpin Warisan  pastinya keburukan ini akan memalitkan UMNO BN sekali. 

Masa kerosakan itu akan tiba. Jika tiba apa agaknya UMNO BN akan putuskan selepas itu. Kerjasama atau musibah imej buruk.

30 Comments