Azhar Bekas setiausaha politik Mat Sabu bebas 7 tuduhan minta, terima rasuah RM6.48 juta
12:01 Jan 17, 2024  |  By SabahKini2
Azhar Bekas setiausaha politik Mat Sabu bebas 7 tuduhan minta, terima rasuah RM6.48 juta

15 Oktober 2020 Azhar berdepan pertuduhan mahkamah. Namun 15 Januari lalu Azhar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah melebihi RM6.48 juta.

‘Cahaya di hujung terowong’. Diawal menjadi Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Mohd Azhar Che Mat Dali bergelut dengan dakwaan beliau muflis dan dibantu oleh syarikat-syarikat tertentu sehingga beliau dilantik secara rasmi sebagai Setiausaha Politik. Beliau turut direman SPRM.  

Lebih parah pada 15 Oktober 2020 Azhar didakwa di mahkamah kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM6.35 juta (terdapat pertuduhan lain lagi) bagi membantu sebuah syarikat kontraktor untuk mendapatkan projek di Kementerian Pertahanan. 

Begitulah jika tidak menjadi kerajaan lagi semuanya diperah, dan dicari segala kesalahan yang boleh oleh SPRM.


Tapi kini Mohd Azhar Che Mat Dali tidak lagi sebagai setiausaha politik malah sahabatnya bekas Ahmad Sabki Yusof bekas Setiausaha Politik Salahuddin Ayub dilantik yang didakwa rasuah jam tangan telah dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 1 Mac 2023. 

Namun 15 Januari lalu  Azhar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tujuh pertuduhan meminta dan menerima rasuah melebihi RM6.48 juta.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian terhadap Mohd. Azhar Che Mat Dali, 53, pada prosiding di peringkat kes pendakwaan, Jumaat lalu.

Perundingan mengenainya sudah berlangsung sejak tahun lalu. Namun peguamnya Haijan Omar yang mewakili tertuduh mengesahkan pembebasan itu. Pada prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mewakili pihak pendakwaan. Tiada alasan penjelasan pembebasan. Semuanya kuasa Peguam Negara.

“Saya sahkan mahkamah melepas dan membebaskan anak guam saya daripada tujuh pertuduhan itu. Itu sahaja saya boleh sahkan,” katanya ketika ditanya alasan pembebasan tersebut.

Pada 15 Oktober 2020, bekas setiausaha politik itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini
atas satu pertuduhan meminta suapan RM5 juta daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn. Bhd., Elias Jemadi Tajudin.

Suapan itu sebagai upah membantu syarikat itu untuk dipilih menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan Sistem Prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI), Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kampung Baru, di sini pada 22 Julai 2019.

Mohd Azhar juga didakwa atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.35 juta daripada Elias Jemadi melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid dan Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn. Bhd., Ahmad Hisham Mohd Tajuddin bagi tujuan sama.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, antaranya di parkir kediaman rasmi Menteri Pertahanan di sini, antara September  2019 dan Februari 2020.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 23 Oktober 2020, Mohd Azhar mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menerima suapan RM130,000 daripada Elias Jemadi dan Zainudin bagi tujuan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan Kota Damansara, Petaling Jaya, pada 2019.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tujuh pertuduhan itu dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini.

Sebagaimana Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Azeez Rahim dan Tengku Adnan sebelum ini dakwa mereka ada hak untuk membuat permohonan kepada Peguam Negara .

Comment