Bukti Warisan susahkan rakyat: Tamatkan PDP, batal Sukuk DanaInfra punca projek Lebuhraya Pan Borneo lewat siap
04:03 Mar 24, 2024  |  By SabahKini2
Bukti Warisan susahkan rakyat: Tamatkan PDP,  batal Sukuk DanaInfra punca projek Lebuhraya Pan Borneo lewat siap

Hakikatnya Warisanlah punca Projek Pan Borneo Sabah sangkut. Tamatkan PDP akhirnya model kewangannya secara Sukuk DanaInfra batal. Berbanding Sarawak kerajaan PH tamatkan PDP tetap ada dana selesaikan projek. Mengapa YB Isnaraissah Munirah Majilis bising

Pemimpin Warisan tidak pernah berhenti untuk menipu dan membuat persepsi salah terhadap Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Video Sesi Kamar Khas Persidangan Dewan Rakyat yang sengaja ditularkan memaparkan soalan oleh Ahli Parlimen Kota Belud kepada Menteri Kerja Raya Malaysia berkenaan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 mengenai Pelaksaaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Work Package 21 (Lahad Datu Bypass) yang kononnya melantik kontraktor yang tidak layak ketika itu.

MP Kota Belud itu mempersoalkan mengapa lantik kontraktor tidak layak dan sudahkah pihak berkuasa seperti SPRM menyiasat kes itu? Mengapa baru sekarang dia mempersoalkan sedangnya Kerajaan Warisan dulu berkuasa malah YB Isnaraissah Munirah binti Majilis merupakan Timbalan Menteri MOSTI. Bukankah dulu mereka menggunakan penguatkuasa seperti SPRM menyerbu semua pemimpin politik BN termasuk Tan Sri Musa Aman dan Jeffry Kitingan.

Apa yang sebenarnya cuba dilakukan oleh oleh Ahli Parlimen Kota Belud YB Isnaraissah Munirah Majilis? Dia mahu populis atau menelanjangkan pentadbiran Kerajaan Warisan dan PH.01 ketika mereka berkuasa sejak Mei 2018?

Sama ada dia bodoh atau dia mahu tembak Warisan sendiri. Sejak Mei 2018 desas-desus Kerajaan PH.01 terutamanya Tun Dr Mahathir PM7 mahu membatalkan Projek Pan Borneo sudah berlegar di media sosial. Semua tahu ugutan terhadap semua kontraktor sudah dibuat.  

Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. (BHP) yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui keseluruhan projek berkenaan  menerusi 35 pakej yang sepatutnya siap disember 2021.

 

APA SEBENARNYA BERLAKU TERHADAP PROJEK PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH?

Mengapa Pan Borneo di Sarawak berjalan dengan lancar berbanding Sabah?

Laporan Ketua Audit Negara bagi projek jajaran Lahad Datu Bypass WP21 semasa pelaksanaan oleh PDP sebelum diambil alih oleh pihak Kerajaan pada penghujung tahun 2019. 

Sabahkini2 sendiri pernah menyiarkan laporan projek jajaran Lahad Datu Bypass WP21 lebih awal daripada MP Kota Belud sejak tahun 2020 lagi. Mungkin MP Warisan tu baru nampak ada benda dia nak 'Spin'. 

ARTIKEL BERKAITAN 10 DIS 2020- Pan Borneo: Kontraktor BHO Sdn Bhd tiada keupayaan, Jajaran Lahad Datu Bypass Gagal disiapkan 3 Julai 2020


Pan Borneo: Kontraktor BHO Sdn Bhd tiada keupayaan, Jajaran Lahad Datu Bypass Gagal disiapkan 3 Julai 2020

 

Dilaporkan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah (LPBS) bagi Jajaran Lahad Datu Bypass tidak mencapai objektif yang ditetapkan berikutan penawaran tender terhad kepada 10 syarikat yang tidak memenuhi kriteria pemilihan.  Lumrah ketika itu 10 syarikat dalam senarai merupakan syarikat yang berpakat sesama sendiri sebagaimana Dato' Seri Shafie Apdal lakukan untuk tender terhad Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dahulu. 

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 yang dikeluarkan perkara itu secara keseluruhannya telah menjejaskan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) Rakan Pelaksana Projek (PDP) dalam aspek tempoh penyiapan projek itu.

“…kontraktor yang tidak berkeupayaan telah dipilih, tindakan tidak diambil walaupun kontraktor tidak mematuhi syarat kontrak, terdapat isu pengambilan balik tanah yang tidak selesai dan pemantauan yang kurang berkesan.

“Prestasi fizikal keseluruhan projek LPBS bagi 11 WP (pakej kerja) semasa tarikh penamatan perkhidmatan PDP pada 21 Sept 2019 adalah 12.8 peratus berbanding 41.9 peratus yang dirancang, iaitu lewat 29.1 peratus,” menurut dapatan audit terhadap Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Untuk rekod BHO Sdn Bhd dimiliki Mohammad Hairul Benjamin  ahli perniagaan Sabah bukanlah syarikat 'biasa-biasa' kerana syarikat ini berpengalaman membina pelbagai projek bangunan seperti Hospital Universiti Malaysia Sabah bernilai lebih RM600 juta, sekolah, bangunan LHDN Sabah malah sebagai pemaju perumahan dan perladangan. BHO mungkin kurang berpengalaman dalam projek pembinaan jalan dan jejantas. Masalah pada BHO ialah pada 9 lagi rakan dalam tender terhad bersamanya mungkin tidak layak seperti dilapor Laporan Ketua Audit Negara. Apapun BHO dipilih dan mereka menyiapkan projek itu. 

Bagaimanapun januari lalu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor mengumumkan sendiri 4  pakej kerja (PK) Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah iaitu Jalan Papar Donggongon, Jalan Tawau-Semporna, Jalan Bipas Lahad Datu dan Jalan Kampung Lot M - Batu 32 Sandakan telah disiapkan setakat 31 Disember 2023.

Dijangka lebih banyak lagi projek Pan Borneo di Sabah akan siap tahun ini. Hanya Kerajaan GRS nampaknya mampu menyiapkan projek ini.

Jika Bypass Lahad Datu itu telah siap maka tidak ada lagi isu persoalan YB Isnaraissah Munirah binti Majilis MP Kota Belud perlu bangkitkan melainkan Warisan mahu mengungkit kebodohan mereka.

 

@lahaddatuinfo1

30 okt : Pembukaan Jalan Lahad Datu Bypass di bawah Projek Lebuhraya Pan Borneo yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury. #lahaddatuinfo #panborneo #lahaddatusabah

♬ Oke Gas 2 - Richard Jersey

MENGAPA SHAFIE, PETER DAN WARISAN HILANG INGATAN?

Semua tahu selepas BN kalah PRU-14 pada Mei 2018 sasaran utama PH.01 dan saranan utama Warisan Kerajaan Negeri ialah membatalkan projek Pan Borneo Sabah terlebih dahulu. Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai “Project Delivery Partner” mengurus dan menyelia projek itu ditamatkan khidmatnya pada penghujung September 2021. Alasan Lim Guan Eng Menteri Kewangan dan Kerajaan Warisan ialah model PDP bagi lebuh raya di bahagian Sabah menelan kos lebih tinggi kepada syarikat kroni dan perlu digantikan semula  dengan model kontraktor siap guna daripada JKR sendiri. 

Menyerang PDP sebagai gagal adalah terlalu awal kerana semua maklum PDP menggunakan dana Sukuk yang perlu diselesaikan dokumentasinya. Jika PDP Sarawak berjaya menyiapkan projek mengapa tidak PDP Sabah? Hari ini semua pemimpin Warisan terkejut Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan dengan model PDP yang mereka benci. Ludah ke langit kena muka sendiri.

Kini bila peruntukan pembangunan Pan Borneo Sabah lambat diterima dan disiapkan mengikut peraturan sedia ada maka meroyan dan meracaulah Warisan. Wal hal dialah punca segalanya. 

Ego dan berlagak semua betul. Akhirnya Warisan tumbang jalan pun masih tak boleh disiapkan
kerana kesilapan model pembiayaan yang kembali kepada peruntukan pembangunan

Namun sangat ironis pada 3 Disember 2019, Menteri KKR ketika itu YB Baru Bian mengumumkan pelantikan semula 11 kontraktor, 12 perunding Pan Borneo Sabah yang ditamatkan oleh PH-Warisan sebelum ini. Maksudnya pembatalan PH-Warisan selepas PRU-14 ialah sebagai tanda ugutan mahu 'kawtim' semula atau syarikat ditukar.

MP Warisan Kota Belud berkata siapa lantik syarikat? Adakah dah siasat dan didakwa? Bukankah 2019 Warisan memerintah dan berkuasa? Mengapa Warisan lantik semula semua kontraktor Pan Borneo sebelum ini jika tak bagus? Tanyalah Datuk Peter Anthony bagaimana mereka memilih syarikat!

Jelas Kerajaan Warisan dan PH.01 mempunyai ruang untuk menukar kontraktor baru mengikut telunjuk mereka. Tetapi tidak berlaku. Tak kan YB Isnaraissah Munirah binti Majilis MP Kota Belud tak tahu? Ialah maklumlah YB Isnaraissah Munirah bekas Timbalan Menteri yang kaki skandal dengan suami orang apa dia tahu kan. 

 

Nampak tak kebodohan Warisan dia batal dia lantik semula...lepas tu dia kutuk kontraktor tak layak tapi sambung


Siapa berani lawan Taikun Chong Babi?

Jika kita melihat rekod kontraktor ini semua sebelum ini pernah bekerja dengan Tan Sri Musa
namun selepas Warisan berkuasa mereka membayar komisen kepada Shafie Apdal kecuali ada
beberapa yang tidak mahu bekerjasama. Chong Kak Seng atau 'Chong Babi'
adalah antara kontraktor yang memberi wang rasuah kepada Shafie Apdal untuk projek rumah Yayasan Sabah Ketua Menteri
dan Pan Borneo. Tan Sri Joseph Lo, Liew Kiet Kiong (Jutaya Liew). Syarikat Lintasan (Tanah Permai) Paul Lim
Jika benar syarikat -syarikat ini tidak layak mengapa Warisan dan PH.01 lantik semula?


Pada 6 Februari 2020  Lim Guan Eng mengumumkan penamatan perjanjian PDP Pan Borneo yang kononnya telah menjimatkan duit kerajaan RM3.1 bilion. Implikasi kewangan telah dikurangkan 14 peratus dari sebelum ini. Tapi benarkah? Kos terus meningkat. Pengurangan kos itu hanya mimpi Warisan PH disiang hari sebagai alasan membatal PDP Pan Borneo Sabah. 

PDP sebelum ini KPI sudah melebihi 50% di mana dua pakej telah pun siap seterusnya yang lain perlu dipantau.Di bawah PDP kerajaan menerbitkan sukuk melalui melalui Dana Infra Nasional Berhad (DanaInfra). 

Lebih malang pembatalan PDP Sabah turut membatalkan sekali Dana Infra Nasional Berhad ini tanpa mendapatkan sukuk atau bon semasa zaman kerajaan Warisan-PH. Akhirnya Pan Borneo Sabah mengalami masalah pembiayaan.Kelewatan projek Pan Borneo kerana dana yang sepatutnya ke PHP Sabah sepatutnya dibuat, tetapi tidak berlaku.

Sebaliknya Sarawak bernasib baik pembatalan PDP dibuat PH tetapi mereka sudah mendapatkan sukuk atau bon untuk projek itu. 

Menteri KKR dari Sarawak Baru Bian itu telah tahu Sarawak punya pembiayaan berbanding Sabah jadi akhirnya Sabah jadi mangsa. 

Maka benarlah seperti apa yang dikatakan Datuk Shahelmy Yahya Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri JKR Sabah bahawa semua kelewatan bermula dari Warisan. Shahelmy yang juga bekas Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Borneo Highway PHP Sdn Bhd syarikat milik kerajaan negeri itu berkata keputusan Kerajaan Negeri Sabah  tahun 2019 mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menamatkan PDP seterusnya menamatkan Perjanjian PDP.

“Tindakan ini adalah salah kerana dengan penamatan Perjanjian PDP, model kewangan untuk membiayai perbelanjaan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo juga telah ditamatkan. 

“Melalui Perjanjian PDP, model kewangan adalah dijangka mencukupi melalui Peruntukan Pembangunan dan daripada Terbitan Sukuk oleh DanaInfra. 

“Setelah perjanjian PDP ditamatkan, sumber kewangan bagi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah adalah hanya melalui Peruntukan Pembangunan yang sangat terhad. 

“Ini menyebabkan hanya 15 Pakej Sahaja dapat dilaksanakan daripada 35 Pakej keseluruhannya. Baki 20 Pakej lagi telah ditangguhkan sehingga baru sahaja diluluskan semula pada tahun 2023,” 

Shahelmey berkata, perkara ini berbeza dengan Pan Borneo Sarawak apabila Terbitan Sukuk telah terlebih dahulu dilakukan menyebabkan Pan Borneo Sarawak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi keseluruhan pakej.

 

Benarkah Kos pembinaan Pan Borneo Sabah lebih jimat?

 

Sukuk inilah sepatutnya Sabah dapat. Tapi tidak dapat kerana kebodohan Warisan

 

Akhirnya apa jadi? 

“Kerajaan Negeri Sabah juga telah berusaha untuk meneruskan baki 20 Pakej yang belum bermula.  Hasil usaha kerja keras dan desakan Kerajaan GRS Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan baki 20 Pakej Kerja pada tahun 2023 yang lalu.

“Hasil daripada kelulusan tersebut, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menyiapkan semua keperluan bagi tujuan pelaksanaan semula semua pakej. Rekabentuk dan Dokumen Tender telah tersedia serta proses Makmal Pengurusan Nilai telah disiapkan pada penghujung Oktober 2023.

“Setakat 22 Mac 2024, sebanyak empat Pakej Kerja iaitu WP12,13,14 dan 16 telah dibuat pelantikan kontraktor. Kerja-kerja fizikal akan bermula pada 1 April 2024.

“Manakala baki 16 Pakej lagi sedang dalam proses Perolehan dan dijangka akan dimuktamadkan pada bulan April 2024. Kerja-kerja fizikal dijangka bermula pada bulan Mei 2024.

“Kerajaan Negeri Sabah melalui JKR Sabah akan berusaha untuk memantau pelaksanaan projek mengikut terma-terma kontrak sehingga berjaya disiapkan,” kata Shahelmy. 

 

KEBODOHAN WARISAN ITU NYATA

Nampak tak? Kebodohan apakah yang  dibuat oleh Kerajaan Warisan Shafie Projek Pan Borneo Sabah ini? Siapa jadi mangsa jika bukan Rakyat Sabah sehingga sekarang. Bukan mudah menukar lagi model pembiayaan baharu melainkan mendesak menambah peruntukan pembangunan. 

Jelas sekali formula baru  Shafie Apdal untuk menyiapkan Pan Borneo Sabah dengan berjimat hanya alasan mengertak kontrak dan sebuah Fomula 'Shit' menyusahkan rakyat. Mengurangkan kos projek konon, batal dan sambung semula kontraktor selepas Datuk Peter Anthony mengutip wang tol meneruskan projek Pan Borneo.

Tanpa Sukuk seperti Sarawak dana kurang peruntukan perlu diminta dengan kerajaan persekutuan. Banyak pakej tertangguh seperti;

 WP1: MENAIKTARAF JALAN DARI SINDUMIN KE KG. MELALIA (28.5KM)

            WP2: MENAIKTARAF JALAN DARI KG. MELALIA KE BEAUFORT (34.7KM)

Pakej lain mungkin lambat siap tetapi progres jelas nampak. Tapi dua pakej ini sangat bermasalah dilaksanakan oleh seorang taikun Sipitang terkenal iaitu Chong Kek Seng atau ‘Chong Babi’. Dua pakej projek ini bernilai lebih RM 1.3 bilion.  Taikun paling kebal dan boleh tampar pegawai kerajaan yang menyelia kerjanya.  Dua pakej ini penyambung kepada jalan Pan Borneo Sabah Sarawak.

Projek Menaiktaraf Jalan Dari Sindumin Ke Kg. Melalia dilaksanakan oleh Juta Hajat Sdn Bhd- Syarikat Kumpulan Kemajuan KK (Sabah) Sdn Bhd JV bernilai RM483.058,536.89 sepatutnya siap 3 disember 2021. Projek ini gagal disiapkan masa ditetapkan. 

Satu lagi projeknya ialah Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Melalia Ke Beaufort dilaksanakan syarikatnya sendiri Expowarisan Sdn Bhd- Katata Contruction (S) Sdn Bhd JV bernilai RM861,896,188.34 yang sepatutnya siap 3 disember 2022.

Kisah jalan ke neraka ini boleh dibaca di sini;

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Lori Hantu 'Chong Babi' Sipitang-Beaufort, bahayakan nyawa tapi mana JPJ, Penguatkuasa?

 

[VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi  ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat!

Semakin lambat Projek Pan Borneo yang sepatutnya siap penghujung 2022 maka semakin susahlah rakyat Sabah berhadapan kerosakan jalan itu. Pan Borneo menyebabkan bencana alam banjir, kerosakan, kehilangan harta benda, jalan tidak selamat, kemalangan berlaku malah kematian dalam tempoh jalan itu dibina. Jangan cakap mengenai selenggara jalan semua itu 'memang babi'. JKR Sabah lemas dalam pelukan wang ringgit. Duu ada Pegawai selenggara jalan seperti 'Ir Max Chong' namun selepas dipindahkan ramai fikir JKR berubah tetapi sebaliknya makin gila.

 

Maka MP Kota Belud, Shafie Apdal dan pemimpin Warisan mahu salahkan Kerajaan GRS yang cuba menyelesaikan isu ini?

 

PEMIMPIN SARAWAK BIJAK TIDAK SEBODOH SHAFIE DAN WARISAN

Sarawak bernasib baik pembatalan PDP tidak menjejaskan mereka kerana sukuk atau bon untuk projek itu berjaya diperolehi. Menteri KKR dari Sarawak sama ada Baru Baru Bian dan Datuk Seri Fadillah Yusof terus berbangga untuk mengumumkan lagi Pan Borneo Fasa 2.

 

Hari ini Kerajaan Sarawak dengan bangga mengumumkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah  786 km dengan kos  RM16.117 bilion telah siap  98.91% telah siap iaitu iaitu:

a) WPC01 : Telok Melano ke Sematan (33 km)
b) WPC03 : Bulatan Serian Ke Persimpangan Pantu (75 km)
c) WPC05 : Batang Skrang ke Sungai Awik (68 km)
Baki 8 pakej sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada April 2024, kecuali Seksyen Lambir (WPC11) di Miri. Seksyen ini perlu direkabentuk semula dan dijangka siap pada September 2026.

 

24 Comments