Terbukti hasil haram, mengapa SPRM tidak beku akaun, rampas aset Sabrina isteri Johnathan 'Scammer'?
09:04 Apr 04, 2024  |  By SabahKini2
Terbukti hasil haram, mengapa SPRM tidak beku akaun, rampas aset Sabrina isteri Johnathan 'Scammer'?

Apa sudah jadi? Guna Peguam 'Penjahat' Datuk Rajpal Singh maka semua kes bakal selesai? Hasil penipuan dan harta haram didepan mata, suami muflis tetapi isteri kaya raya hasil 'scammer' suami. Mengapa SPRM tidak beku akaun?

Ada sesuatu yang pelik dalam kes penipuan, Dato' Johnathan Wong Futt Po lebih RM10 juta yang bakal dibicarakan pada 26 Jun 2024 hingga 27 Jun 2024 dan 18 Julai 2024 hingga 19 Julai 2024.

Kunci kepada kepada kes Johnathan Wong Futt Po bukan semata Johnathan tetapi isterinya Datin Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng penama akaun bank, pemilik kenderaan mewah, rumah dan semuanya. Johnathan Wong Futt Po seorang yang muflis bermakna semua dana haram disalurkan kepada isterinya Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng.

Aduan kepada Polis, LHDN dan SPRM dibuat tetapi tiada tangkapan atau pembekuan akaun dibuat kepada isterinya. Apa sudah jadi SPRM dan LHDN?

Ada pihak cuba menyelamatkan Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng kerana kawtim dibuat oleh peguam Johnathan peguam jenayah terkenal Datuk Rajpal Singh.

 

Siapa tidak kenal Datuk Rajpal Singh?

Peguam pembela penjenayah terkenal seperti Datuk Sri Nicky Liow Soon Hee (Gang Nicky), Paul Yong Choo Kiong (DAP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh kes rogol amah dan Datuk Mohd Arif Ab Rahman bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dipenjara tiga kes rasuah tahun 2018. Nicky Low penjenayah dikehendaki bebas tuduhan jenayah terancang.

Pendek kata Datuk Rajpal Singh adalah peguam penjahat. Dalam satu tulisan individu yang mengenali Rajpal Singh, Jinu P Biju mendedahkan Rajpal Singh seorang peguam yang banyak 'Connection'  ‘kabel’ dengan pihak atasan boleh menyelesaikan kes jika dibayar bayaran lebih tinggi. ‘Very Strong Connection’!

Terbaru Datuk Rajpal Singh menjadi peguam kepada Pemilik KK Mart  Dato’ Seri KK Chai dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah. Dato’ Seri KK Chai dan isterinya Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah dalam pendakwaan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun. Datuk Rajpal Singh yakin mereka akan menang kes ini.

 

Menurut sumber Rajpal Singh cuba melakukan kawtim dengan penguatkuasa menyelamatkan isteri Jonathan,  Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng daripada disiasat atau akaun dibekukan.

Aset seperti Banglo mewah berharga RM16 juta di 15, Lorong Hillview 2C, Taman Hillview, 68000 Ampang selain tanah bergeran 52943 Lot 6115 Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor dan dua buah Lamborghini LP580-2 model 2016 Nombor pendaftaran TG18 dan Lamborghini URUS QRS 18 adalah di atas nama isteri Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng (KP  860604-43-6XXX).

Lamborghini URUS QRS 18 atas nama 
isterinya Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng

 

Hasil penipuan wang dan aset Johnathan dipindahkan kepada isterinya sepatutnya dirampas tetapi tidak berlaku. Mengapa? Seperti juga beberapa kali kes Jonathan ini hampir tidak dapat didakwa di mahkamah kerana Jonathan membayar pihak tertentu melengahkan kes.

Begitu juga butiran akaun yang didedahkan sepatutnya telah disiasat di bawah AMLA SPRM. Tetapi sehingga kini Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng masih bebas. Mengapa? Apa sudah jadi pada SPRM?

 

 Kita akan dedah akaun ini jika tiada tangkapan dibuat atau sisatan terhadap Sabrina                               

 

ARTIKEL BERKAITAN -

BACA SPRM, LHDN digesa siasat akaun Sabrina isteri Johnathan 'scammer' mewah miliki Lamborghini hasil wang haram

BACA Tipu lebih RM 10 juta, Presiden NGO Sukan, Johnathan Wong dalang tipu pelaburan dan ‘cuci’ wang haram dituduh di mahkamah

 

3 Comments