Dulu Tipu Beli, Kini Fasal 8 (8) (Pindaan Jun 2017) Bila Warisan EGM Jun 2017?
06:04 Apr 01, 2018  |  By SabahKini2
Dulu Tipu Beli, Kini Fasal 8 (8) (Pindaan Jun 2017) Bila Warisan EGM Jun 2017?

Setiausaha Agung memaklumkan mesyuarat menggunakan Fasal (8 (8) Perlembagaan Parti (Pindaan Jun 2017). Bila pula peraturan ini diluluskan dalam Mesyuarat Agung Parti? Bila AGM Jun 2017 dibuat membuat pindaan Perlembagaan? Dan lebih teruk ialah tidak ada p

Parti Warisan mengaku pernah mengadakan Mesyuarat Agung Khas pada tahun 2016 katanya bakal mengadakan Perhimpunan Agung Parti 2017 pada 2 April 2018. (Isnin).

Dalam satu surat yang diedar oleh Loretto S. Padua Jr Setiausaha Agung Parti Warisan haram Mesyuarat Agung itu selaras dengan Fasal 8 (8) Perlembagaan Parti (Pindaan Jun 2017) memaklumkan mengenai Perhimpunan Tahunan Partii Warisan yang diadakan di Dewan Hakka Jalan Tanjung Lipat Kota Kinabalu.

Sebelum ini pelbagai kontroversi parti ini yang diambil dari Parti Pembangunan Warisan yang dikatakan telah mengadakan AGM tahun 2016 dan pertukaran Presiden parti telah berlaku dari Fred Gabriel kepada Shafie Apdal. Sehingga ke hari ini tidak ada bukti bergambar atau minit mesyuarat AGM 2016 diadakan atau digembar gemburkan media.

ROS jelas telah ditipu oleh Warisan dengan menghantar minit mesyuarat palsu untuk mengambil alih parti tersebut pada oktober 2016.

Bagaimana tiba-tiba Shafie Apdal terus menjadi Presiden Parti yang sudah wujud lama? Shafie Apdal sepatutnya menjadi pemangku Presiden sehinggalah Mesyuarat Agung diadakan semula memilih kepimpinan parti. Shafie sedar kesilapan ini namun mereka berpura-pura ia tidak berlaku.

Hari ini Setiausaha Agung memaklumkan mesyuarat menggunakan Fasal 8 (8) Perlembagaan Parti (Pindaan Jun 2017). Bila pula peraturan ini diluluskan dalam Mesyuarat Agung Parti? Bila AGM Jun 2017 dibuat membuat pindaan Perlembagaan? Dan lebih teruk ialah tidak ada pemilihan parti bagi tahun 2017.

Ini menjelaskan Shafie Apdal masih bukan Presiden sah Parti Warisan kerana tidak dibuat melalui pemilihan parti. Fred masih membayangi Parti Warisan yang sebenar. Jika Warisan mahu mengadakan pemilihan dan meletakkan Shafie Apdal sebagai Presiden, Warisan tidak akan sempat berbuat demikian memandangkan pilihanraya ke 14 semakin hampir.

Ini juga menjelaskan Watikah calon akan ditandatangani oleh Fred Gabriel dan Shafie hanya sebagai lakonan dari diketahui oleh ahli Warisan.

Desas-desus Fred Gabriel mahu menjual parti Warisan dengan tawaran lumayan sehingga RM 13 juta juga dikatakan merunsingkan Shafie Apdal jadi penyegeraan Perhimpunan  Agung perlu dilakukan bagi menunjukkan keyakinan Parti Warisan kelihatan kukuh.

Sehingga ke hari ini Fred Gabriel tidak pernah melaporkan kepada polis dakwaan beliau menjual parti RM500 ribu dan kini bakal menjual kepada pihak lain dengan harga RM13 juta. Ia menunjukan Fred masih ragu dan bimbang kebocoran maklumat yang berlaku.

Jika Parlimen dibubarkan pada 4 atau 6 April kita akan melihat sejauh mana Fred Gabriel pergi dan apakah Warisan akan mampu bertahan.

Paling membimbangkan Shafie ialah jika kes KKLW dan RISDA akan didakwa menjelang PRU ini ia akan mengingatkan semua kisah rasuah Warisan.

 

 

 

1 Comment