Najib Agih Dividen RISDA RM112.33 Juta, Shafie dan Peter Rompak RM155 Juta
08:04 Apr 04, 2018  |  By SabahKini2
Najib Agih Dividen RISDA RM112.33 Juta, Shafie dan Peter Rompak  RM155 Juta

RM112.33 juta kepada 33,523 orang pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di seluruh negara bagi tahun ini.

TEMERLOH-  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM112.33 juta kepada 33,523 orang pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di seluruh negara bagi tahun ini.

Beliau berkata sebanyak RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) dan RM72.7 juta lagi diagihkan kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).



"Bayaran dividen ini meningkat sebanyak 5.17 peratus daripada RM106.8 juta pada tahun lepas kepada RM112.3 juta pada tahun ini yang pasti menggembirakan peserta RTBB dan TSK di bawah Risda," kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyampaian Dividen Risda Peringkat Nasional di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Kerdau di sini

Dalam ucapannya, Najib turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Risda, yang penubuhannya dilancarkan oleh ayahandanya yang juga Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein pada 8 Feb 1973, bagi membantu meningkatkan taraf hidup pekebun kecil.

Beliau berkata Risda, yang bermula dengan menguruskan penanaman semula 40,872 hektar kebun pada 1973 melibatkan 15,048 pekebun kecil, kini mencapai 1.01 juta hektar dengan 552,543 pekebun kecil.

"Sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, pelbagai transformasi telah dilaksanakan bagi membela nasib dan kebajikan pekebun kecil dan bantuan ini akan kita kekalkan untuk tahun-tahun seterusnya," kata beliau.

Sebagai contoh, beliau berkata elaun Pemaju Masyarakat Risda yang sebanyak RM300 hingga RM500 pada 2012 dinaikkan kepada RM800 pada 2014 dan pemberian Skim Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah pada 2013, 2014 dan 2016 yang berjumlah RM492.4 juta.

"Kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib pekebun kecil disebabkan mereka merupakan nadi komoditi getah dan sawit serta memainkan peranan utama dalam membangun, memajukan ladang dan memastikan pengeluaran hasil terbaik untuk keperluan industri," kata beliau.

Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 bagi 2011 hingga 2015, Najib berkata kerajaan menyalurkan peruntukan hampir RM1.4 bilion kepada Risda untuk digunakan bagi kemajuan industri getah negara dan pekebun kecil.

"Pada RMK-11 bagi 2016 hingga 2020, kesinambungannya diteruskan dengan kerajaan memperaku sebanyak RM2.9 bilion kepada Risda, yang secara keseluruhannya menyaksikan peningkatan 48 peratus berbanding sebelumnya," kata perdana menteri.

Beliau berkata kebajikan pekebun kecil juga dijaga menerusi pemberian Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM200 sebulan selama tiga bulan bermula November, Disember dan Januari 2018.

Semua bantuan itu adalah bukti keprihatinan kerajaan untui meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar termasuk pekebun kecil yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa termasuk pembangkang, kata beliau.

"Ini berbeza daripada pihak sebelah sana yang manifestonya tidak jelas tentang apa yang mereka mahu lakukan untuk masyarakat luar bandar. Malah, mereka tidak ada rekod pun yang mereka mengambil berat atau peduli dengan masyarakat luar bandar," kata beliau.TEMERLOH, 2 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM112.33 juta kepada 33,523 orang pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di seluruh negara bagi tahun ini.

Tidak seperti Shafie Apdal bekas Menteri KKLW hampir lesap RM155 juta guna duit RISDA mahu membeli tanah adat Tongod seluas 2,428 hektar. Bagaimanapun dia, proksinya Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu berjaya mencuri wang deposit RISDA RM 15.5 juta diagih sesama mereka. Money Trail wang RISDA jelas Shafie, Peter dan Anthony mencuri wang itu. Michael Ubu sehingga kini masih terus hilang tidak dapat dikesan.

 

Shafie dan Peter dalam Perhimpunan Warisan 2 April lalu berkata "Air mata saya mengalir melihar rakyat miskini tetapi pemimpin kaya". 

Comment