RM14 B KKLW RMK9 dan RM10 Sabah dapat apa? Malah projek Elektrik, Air dan Jalan tidak selesai. Yang kenyang kontraktor dan kroni. Kini peninggalan Shafie di Kg Rungus Baru terus kekal sebagai kenangan iaitu Tiang tanpa elektrik.
BELURAN: Penduduk kampung Rungus Baru yang terletak di Mukim Pamol Beluran mengadu projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sejak 2012 tetapi tiada api dan air. 250 tiang elektrik telah terpacak sejak 6 tahun lalu, meter paip air juga sekadar menjadi hiasan.
Itulah projek di zaman Menteri KKLW Datuk Shafie Apdal berbelanja RM14 bilion dalam RK 9 dan RMK10 tetapi rakyat derita, kroni kenyang dengan projek tetapi jalan, api dan air tiada. Daerah Beluran sendiri misalnya menerima RM 103.4 juta tetapi ada apa di Beluran.
Nuraisyah, 34 dalam emelnya mengadu projek bekalan elektrik dan air sudah 6 tahun tersedia tetapi tidak berfungsi.
“Ada tiang lampu tetapi bekalan elektrik tiada, bekalan air begitu juga, ada meter air di jalan besar tetapi bekalan hos dari rumah ke rumah tiada.
“Mohonlah dipanjangkan masalah kepada Shafie Apdal, kerana projek ini di zaman dia lagi dibina tetapi tidak berfungsi”. katanya
6 tahun terpacak zaman Shafie KKLW lagi. Apa jadi Kg Rungus Baru Beluran?
Penduduk kampung berkata memandangkan hari ini Datuk Seri Shafie Apdal orang yang sama menjadi Ketua Menteri Sabah dan Datuk Ewon Benedict adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah tidak mungkin mereka tidak boleh menyelesaikan masalah ini. Malah James Ratib yang juga Adun Sugut banyak mendapat projek KKLW di Beluran harus bertanggungjawab.
Datuk James Ratib Adun Sugut bekas Ketua Bahagian yang dulu kerja Pegawai Khas Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek.
Berapa banyak projek KKLW yang sapu. Kini dia di UPKO. Apa dia buat? UPKO Menteri KPLB.
Sepatutnya SPRM tangkap dia ni sebab banyak kontraktor KKLW beliau projek tak siap atau kalau siappun tak boleh guna
Awang bin Selamat, 48 seorang dari penduduk kampung berkata anggap sajalah ini usaha Datuk Seri Shafie Apdal memulihkan semula projek yang gagal beliau laksanakan sebelum ini di KKLW.
Ada penduduk kampung yang mendapat bekalan elektrik dari kampung jiran, menggunakan generator, lampu gas atau pelita.
Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah mendedahkan projek bernilai RM2.196 bilion KKLW dilaksanakan tetapi gagal menyediakan bekalan elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah dan apabila diteliti syarikat yang gagal melaksana projek adalah kroni Shafie Apdal. Sila baca
[ARTIKEL BERKAITAN- Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah! ]
Apa yang berlaku di Kampung Rungus Baru Beluran adalah tambahan dari Kisah-kisah projek Shafie Apdal KKLW gagal sebelum ini.
[ARTIKEL BERKAITAN-
(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie ]
Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap
Akhirnya Kg Kapulu Tenom dan sekitarnya dapat bekalan elektrik April 2018
(Video Jalan Monyet) Rakyat Derita Shafie Apdal Kroni Kaya Jalan Tenom RM22.5 Juta