Dua Menteri Warisan jaga undang-undang, pembantu menteri tewas Ketua Bahagian
12:04 Apr 07, 2019  |  By SabahKini2
Dua Menteri Warisan jaga undang-undang, pembantu menteri  tewas Ketua Bahagian

Akhirnya Menteri JPM (Undang-undang) VK Liew dan Datuk Aidi Mokhtar (Menteri Udang-undang Sabah) yang bermasalah dengan rakyat tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian. Begitu juga Uda Sulai yang nepotisme.

KOTA KINABALU: Akhirnya Pemilihan bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) menyaksikan dua menteri penuh sabah dan seorang pembantu menteri tewas dalam perebutan jawatan ketua bahagian hari ini.

Sudah dijangka pemilihan bagi jawatan Ketua Bahagian Warisan Batu Sapi, Ahli Parlimen merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong yang jarang turun padang serta lebih percaya pada isterinya dalam urusan kawasan selain kes rasuah kini  dilaporkan kalah kepada Pengiran Roslan Pengiran Nasrun, seorang lagi setiausaha politik kepada Ketua Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal kata jangan ulang tapi VK Liew wakilkan isterinya ‘rasmi majlis’ ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Skandal rasuah AIAC: Menteri Warisan tutup mulut dan waran tangkap buat Sundra Rajoo ]

Skandal rasuah AIAC: Menteri Warisan tutup mulut dan waran tangkap buat Sundra Rajoo

Pengiran Roslan Pengiran Nasrun mesti diingati kerana menewaskan Menteri penuh Persekutuan dengan mendapat 73 undi manakala Liew hanya mendapat 33 undi. Ia kekalahan Menteri penuh yang memalukan.

Sementara itu bagi Ketua Bahagian Warisan Papar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Mokhtar yang juga Adun Pantai Manis sering bermasalah termasuk pro Bugis sebagai anak negeri akhirnya tewas kepada Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tindakan Menteri Warisan Sabah wakilkan Isteri ke majlis rasmi ‘YB’ dipertikai ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri wakilkan Isteri rasmikan Majlis, Shafie kata jangan buat lagi ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Warisan mahu iktiraf Bugis, Jawa Anak Negeri tapi SUA Warisan dan TKM Sabah bantah! ]

Menteri wakilkan Isteri rasmikan Majlis, Shafie kata jangan buat lagi

 

Utamakan keluarga dan tidak sensitif dengan bangsa sendiri terima padah

 

Ahmad Hassan meraikan kemenangannya menewaskan Menteri Undang-undang Sabah

Uda hanya mendapat 61 undi manakala Awang Ahmad Sah mendapat 111 undi meninggalkan 50 undi. Ahmad merupakan pengerusi Ko-Nelayan yang dilihat lebih rapat dengan rakyat akhirnya dipilih sebagai Ketua Bahagian.

Kronisme dan nepotisme akhirnya mengundang padah buat Datuk Uda Sulai. Ayah dan anak nak bolot jawatan

Datuk Karim Bujang turut memenangi jawatan Ketua Bahagian Kimanis walaupun masih berhadapan dengan petisyen pilihanraya menentang Anifah Aman.

Nampaknya bukan sahaja perwakilan menunjukkan jalan keluar tetapi rakyat juga mula menolak cara para Menteri Warisan memimpin.

 

6 Comments