Doraemon TM2020: Menteri Pelancongan salahkan bekas KSU sebagai 'memandai'
08:04 Apr 24, 2019  |  By SabahKini2
Doraemon TM2020: Menteri Pelancongan salahkan bekas KSU sebagai 'memandai'

Promosi Doraemon sebagai bahan tarikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dikecam NGO dan rakyat Malaysia. Mohammadin Ketapi menafi dan berkata kenyataan Rashidi Bekas KSU yang sedang disiasat SPRM kes rasuah RM99 juta itu sebagai bersifat peribadi.

Kerana gagal mengawal tindakan para pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak hairan jika para pegawai melaksana program sesuka hati mengikut kehendak mereka tanpa berbincang dengan Menteri.

Apabila tercetusnya isu pameran lukisan bertemakan kartun animasi Jepun yang memilih Doraemon sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena apa (TMM 2020) maka Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi menjadi panik dan mula menyalahkan pelbagai pihak.

“Saya tidak pernah meluluskan sebarang gerak promosi membabitkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita.

“Sebaliknya ia adalah kenyataan peribadi Pengerusi Balai Seni Negara (Datuk Rashidi Hasbullah) ketika menghadiri majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), bulan lalu.

“Ia cadangan beliau dan jika perkara itu diangkat kepada saya, saya tidak akan luluskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rashidi Bekas KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang digantung kerana kes rasuah RM99 juta baru-baru ini dilaporkan berkata pihaknya bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun Doraemon sempena TMM 2020.

Alasannya pameran lukisan berkenaan secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Laporan itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang pelbagai negatif seakan-akan membelakangkan animasi tempatan.

Animasi Malaysia dipinggirkan?

Persatuan Animasi Malaysia (Animas) Ameir Hamzah Hashim mempersoalkan langkah Balai Seni Negara untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan Doraemon dan membelakangkan animasi tempatan.

"Malaysia tidak kurang hebatnya dengan watak animasi sedia ada.

"Antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain lain yang pernah dan masih digemari penonton," katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Katanya Animas tidak menghalang sebarang usaha mempromosi negara dan industri pelancongan.

"Namun kami mengharapkan karya tempatan dapat dibariskan bersekali atas sifat silang budaya, selain menjulang kreativiti tempatan kepada khalayak antarabangsa.

"Tahun Melawat Malaysia 2020 juga menjadi medan menzahirkan budaya kita kepada pelancong dari pelbagai pelusuk dunia," katanya.

Sementara itu, syarikat penerbit filem animasi tempatan Upin Ipin, Les' Copaque Production Sdn Bhd menyindir cadangan BSVN itu pada hantaran media sosial yang disertakan berita pameran Doraemon mempromosi Tahun Melawat Malaysia.

"Benda boleh pakai animasi luar untuk promosi Malaysia, buat apa pakai animasi Malaysia sendiri," kata hantaran itu.

Menteri flip flop

Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata, jika usaha mempromosi watak kartun Doraemon itu benar-benar berlaku, sudah pasti ini akan dijelaskannya pada sesi sidang media prestasi kementeriannya, Isnin lalu.

“Saya berharap orang ramai tidak terkeliru dengan apa viral di media sosial itu dan saya berharap kenyataan ini dapat memberi gambaran jelas kepada umum.” katanya.

Menurutnya, jika kerajaan mahu mengangkat watak animasi, sudah semestinya beliau akan memilih watak kartun yang popular di Malaysia dan bukannya dari negara lain.

“Saya berharap perkara viral ini tidak lagi diteruskan kerana ia akan mengelirukan orang ramai,” katanya.

Jawatan Menteri PH ala-ala menyalahkan pihak lain, ‘Kaki U-Turn’, jawapan poyo yang menjadi bahan ‘troll’ rakyat bukanlah baru.

Menteri pelancongan itu sendiri terpalit banyak kontroversi dan kenyataannya yang menjadi ‘troll’ netizen seperti isu isteri ‘kaki shopping, rasuah anak sulungnya di kementerian, kenyataan mengenai gay dan isu promosi pelancongan hanya dengan ‘sticker’. Sila baca artikel berkaitan mengenai isu Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat ]

Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat

[ARTIKEL BERKAITAN- Lepas 'joli' guna duit rakyat di Singapura, rakaman audio Menteri Pelancongan 'melalut' pula didedah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Disiasat SPRM: Menteri Pelancongan 'Shit, Rubbish' tuduh anaknya monopoli projek kementerian ]

Disiasat SPRM: Menteri Pelancongan 'Shit, Rubbish' tuduh anaknya monopoli projek kementerian

[ARTIKEL BERKAITAN- Gaji RM64,483, anak isteri 'Joli' di luar negara barang mewah Menteri Pelancongan kata dia miskin ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Malaysia tiada Gay kata Menteri Pelancongan di Jerman ]

Oleh itu program Balai Seni Negara satu agensi bawahnya pun Mohammadin Ketapi tak pernah ambil tahu apabila Balai Seni Negara mengadakan pameran lukisan bertemakan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Wal hal Datuk Rashidi Abdullah adalah bekas KSU rapat yang sanggup mencium tangannya. Jadi tidak tahu  adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Bagaimanapun benarlah kata pegawai Kementerian bahawa Datuk Mohammadin Ketapi tidak boleh mengawal pegawainya sekarang, banyak arahan-arahannya dibakul sampahkan sejak SPRM masuk kementerian itu.

Datuk Rashidi Abdullah adalah bekas KSU MOTAC paling setia dengan Mohammadin Ketapi. Tak mungkin Rashidi tak maklum kepada Mohammadin.
Apakah kerana beliau sekarang dalam penyiasatan SPRM kes Gekko maka beliau sudah dipandang lekeh oleh Menteri?

 

4 Comments