Kes Rogol: Bekas pengawal keselamatan UMS bebas ikat jamin, diperintah bela diri
01:10 Oct 02, 2019  |  By SabahKini2
Kes Rogol: Bekas pengawal keselamatan UMS bebas ikat jamin, diperintah bela diri

Selepas setahun berlalu akhirnya Arsad Masdin bekas pegawal keselamatan UMS yang merogol mahasiswi UMS diarah membela diri pada 25 Oktober ini. Pertuduhannya CUBA merogol mahasiswi dengan mengoyak dan menanggalkan pakaiannya..

KOTA KINABALU: Bekas pengawal keselamatan Arshad Masdin 27, di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini diperintah untuk membela diri atas tuduhan cuba merogol seorang penuntut universiti berumur 18 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan 25 Oktober tahun ini untuk pembelaan Arshad Masdin selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadapnya pada Isnin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes UMS: Mangsa bukan sahaja dirogol tetapi juga diliwat ]

 

Arshad Masdin juga adalah adik kepada Pegawai Khas TNC HEP 

Arshad dituduh cuba merogol remaja itu dengan mengoyak dan menanggalkan pakaiannya pada pukul 12.30 tengah malam 15 Julai 2018 di sebuah asrama di universiti itu, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(a)/511 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lima dan 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan telah memanggil 22 saksi semasa perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Rustam Sanip bersama dengan DPP Mas Izzaty Lokman menjalankan pendakwaan sementara peguam Shahlan Jufri yang dibantu oleh peguam Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman mewakili Arshad.

Arshad kini dilepaskan dengan ikat jamin.

 

[ARTIKEL BERKAITAN-

TNC HEPA UMS tutup kes mahasiswi dipukul dan dirogol ketika datang haid 

UMS nafi tutup kes rogol walaupun perogol adik Pegawai Khas TNC HEPA 

26 September sebutan semula kes rogol adik pegawai khas TNC HEP UMS ]

 

 

 

 

1 Comment