Peter Hii taukeh judi nombor ekor disingkir Presiden MPS ganti Wong Foo Tin
04:10 Oct 25, 2019  |  By SabahKini2
Peter Hii taukeh judi nombor ekor disingkir Presiden MPS ganti Wong Foo Tin

Dalam tempoh setahun begitu banyak kontroversi Datuk Peter Hii ketika Presiden MPS. Selain panas baran,video tular beliau juga secara curang meluluskan lesen SPORTS TOTO untuk diri sendiri atas namanya.

KOTA KINABALU: Setahun penuh kontroversi dan kaki baran akhirnya Datuk Peter Hii taikun nombor ekor Sports Toto Sandakan yang tamat kontrak perkhidmatan tidak disambung lagi.

Wong Foo Tin seorang bekas Pegawai Daerah berpengalaman kini dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, Wong kini adalah merupakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Dia dilantik berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah dibeberapa Pihak Berkuasa Tempatan seperti Nabawan, Tambunan, Tuaran, Kunak, Beaufort dan Papar dari 2014 sehingga pengalaman beliau kini.

“Saya percaya dengan pengalaman beliau itu mampu membantu memajukan MPS seperti mana yang dimahukan kita,” Kata Jaujan.

Tiada lagi Stephen Wong bekas Pengerusi DAP Sabah itu terus memalapkan karier Datuk Peter Hii sebagai Presiden MPS. Perkhidmatan setahun sudah tentu tidak menampakkan apa-apa namun Datuk Peter Hii sempat menguatkuasakan bayaran parking buat rakyat Sandakan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS desak kelulusan Kerajaan Negeri luaskan kawasan operasi letak kereta berbayar Sandakan ]

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak mahu menyambung khidmat Datuk Peter Hii yang kontroversi ini apatah lagi ditengah kes Datuk Amarjit Sigh Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang belum selesai.

Antara perkara yang paling diingati ketika Datuk Peteri Hii sebagai Presiden MPS ialah apabila beliau memaki penjawat awam ketika dalam Mesyuarat. Rakaman beliau tular selepas itu. Begitu juga kes beliau mengamuk dengan menunjukkan wang.

[BACA -Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat]

Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat

[BACA ARTIKEL - (VIDEO) Presiden MPS mengamuk lagi tunjuk kuasa dan wang "Saya Presiden, Sini ada Wang" ]

(VIDEO) Presiden MPS mengamuk lagi tunjuk kuasa dan wang

[ARTIKEL BERKAITAN MENGENAI DATUK PETER HII DALAM SABAHKINI2.COM]

 Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS

Belum sebulan taikun Sarawak Presiden MPS, Setinggan Kg Gelam terbakar

Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

Kerajaan Negeri dan SPRM perlu siasat salahguna kuasa Presiden MPS

Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 Comments