Semakan Sabahkini2 menunjukkan SUA Warisan itu turut memetik (Print Screen) catatan pengguna facebook Hafizi Haris yang membuat perkongsian artikel “Shafie bakal didakwa SPRM Januari 2018 lagi berbohong hasil Sabah 1978!” dari portal Sabahkini2.
KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Damien S. Padua JR akhirnya bersuara mengecam portal Sabahkini2.com sebagai haram (tidak berdaftar) selepas beberapa laporan mengenai parti Warisan dibeli, pemberian wang RM 50 ribu kepada Fred Gabriel, kegagalan mesyuarat Agung Warisan dan kisahnya sebagai anak pendatang Filipina yang diberi Kad Pengenalan didedah beliau hanya mendiamkan diri.
Loretto menulis dalam facebooknya jarang memberikan komen kepada berita portal haram Sabahkini2.
“Namun daripada pemerhatian saya, sejak gambar edit DSSA memakai baju oren lokap SPRM disiarkan oleh portal berita haram dan juga para cybertroopers ini (walaupun pada masa itu DSSA belum lagi ditahan oleh SPRM) telah menunjukkan bahawa portal haram milik UmnoBN ini seolah-olah mengetahui apa yang akan dan bakal terjadi.
Mereka dilihat lebih arif dan tahu daripada SPRM dan juga pihak Jabatan Peguam Negara”. Katanya
Semakan Sabahkini2 menunjukkan Setiausaha Agung Warisan itu turut memetik (Print Screen) catatan pengguna facebook Hafizi Haris yang membuat perkongsian artikel “Shafie bakal didakwa SPRM Januari 2018 lagi berbohong hasil Sabah 1978!” dari portal Sabahkini2.com dan bukan ditulis oleh Hafizi Haris sendiri.
Sementara itu beberapa laporan polis dibuat oleh Team Biro IT Warisan Negeri Sabah pada 21 Disember 2017, Team Wirawati Bahagian P.189 Semporna dan Wira Warisan Kudat 22 Disember 2017 kepada penama facebook Hafizi Haris atas perkongsian artikel yang sama daripada portal Sabahkini2.com
Laporan yang seragam itu menyebut “…Penama Hafizi Haris yang menulis dalam bloger mengatakan Datuk Seri Hj Mohd Shafie Apdal bakal didakwa SPRM Januari 2018 lagi berbohong hasil Sabah 1978, saya tidak berpuas hati dengan cara penulisan penama yang tiada bukti dan daripada mana penama tersebut mendapat tahu tentang pendakwaan SPRM sedangkan penyiasatan SPRM adalah rahsia.
Laporan itu memberi kesimpulan penama facebook cuba memburukkan nama Datuk Seri Shafie Apdal.
Laporan Team Biro IT Warisan Negeri Sabah
Laporan Wirawati Warisan Semporna
Laporan Seragam yang diarahkan oleh SUA Warisan Loretto selaku Peguam Warisan
Laporan Wira Warisan Kudat
Untuk makluman, Editor Sabahkini2.com mengucapkan terima kasih kepada sebarang bentuk perkongsian berita dan maklumat dalam portal Sabahkini2.com oleh individu dan pelbagai pihak. Sejak kami dilancarkan sebulan lalu page view portal kami mencecah 4.3 juta dalam tempoh sebulan. Ia satu penghargaan mana-mana individu atau pengguna media sosial berkongsi informasi portal kami.
Kami editorial Sabahkini2.com menyatakan dan menegaskan mempunyai sumber dalam pelbagai pihak jadi sumber kami tidak perlu dipertikaikan kesahihannya.
Hakikatnya dalam kes rasuah Shafie Apdal sejak ditahan SPRM 19 Oktober lalu bersama-sama Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan, Dato’ Azis Jamman Ketua Wira Warisan dan adik Shafie Apdal (Hamid dan Yusof) jelas membuktikan Shafie Apdal bakal didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Bukan lagi rahsia malah media seperti media The Star dan The Malaysiainsight mendedahkan 14 syarikat yang memberikan dana rasuah kepada adik-adik Shafie serta proksinya. The Money Trail The Star itu turut disaman oleh Shafie Apdal pada 15 November lalu.
Sabahkini2 turut menyiarkan berita The Star cemar imej saya minta maaf atau saman?- Shafie Apdal. Namun sehingga tarikh 19 November melalui firma peguam Law Practice of Rafique sehingga ke hari ini tidak dilakukan oleh Shafie Apdal. Mengapa? Takut?
Saman ini terus senyap. Mengapa?
Laporan polis oleh team warisan hanya memalukan diri sendiri di kemudian hari kerana Loretto Damien S. Padua JR selaku Setiausaha Agung Warisan yang juga Peguam Shafie Apdal amat pasti mengetahui Shafie Apdal akan didakwa oleh SPRM dengan bukti-bukti sedia ada dibawah Seksyen 23 Akta SPRM salah guna kuasa.
Malah Team Warisan hanya memberikan promosi percuma kepada Sabahkini2.com untuk menambah bilangan pembaca yang semakin meningkat hari demi hari. Apapun kami ingin mengucapkan terima kasih.
Sepatutnya Shafie Apdal, pasukan peguam dan pemimpin Warisan bersiap sedia pada Januari 2018 ini.
Kenapa Hafizi Haris dilapor polis (bukan kali pertama) kerana perkongsian portal? Warisan takut kerana penama Hafizi Haris dalam media sosial mempunyai pembaca yang ramai dan sebaran meluas. Kami editorial di Sabahkini2 pasti amat gembira dengan perkongsian individu yang popular.
Kepada Setiausaha Agung Warisan, Team Warisan Biro IT atau Bahagian jika anda berani cuba lapor polis mengenai Banglo Mewah Hartamas Heights Shafie Apdal RM13 juta. Boleh lihat sama ada benar atau tidak rumah itu rumah Shafie Apdal. Rakyat pun mahu tahu. Sabahkini2.com akan mendedahkan rumah mewah Shafie Apdal di London tidak lama lagi. Shafie bijak berlakon marhaen, projek KKLW buat beratus juta tapi tidak memanfaatkan rakyat. Yang kenyang dia dan keluarga.