Lebih 30 SD sokong PN! Warisan akan tumbang dalam tempoh terdekat?
15:05 May 24, 2020  |  By SabahKini2
Lebih 30 SD sokong PN! Warisan akan tumbang dalam tempoh terdekat?

Satu persatu pemimpin Warisan, UPKO PH resah. Mereka tidak senang tidur PN semakin mara ke Sabah. Satu persatu mereka tampil pertahankan Shafie. Warisan mula kehilangan fokus, kerajaan dan ekonomi negeri mula celaru. Benarkah akan tumbang?

Bermula dari Madius 15 Mei lalu nampaknya satu persatu pemimpin Warisan, PH UPKO tampil mempertahankan Datuk Seri Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan. Takut sangat mereka kerajaan Warisan akan tumbang.

[ARTTKEL BERKAITAN- PH Kedah tumbang, Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah bergoyang takut hilang kuasa!]

PH Kedah tumbang, Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah bergoyang takut hilang kuasa!

Desas-desus Kerajaan Warisan tumbang selepas satu persatu kerajaan negeri PH bertukar kepada PN nampaknya meresap dalam akar umbi rakyat.  Bermula daripada Johor, Melaka, Perak, Kedah dan kini bakal menghampiri Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah. Yang ada jawatan bimbang hilang, ahli perniagaan dan pelabur pula bimbang suasana tidak stabil apatah lagi dikala pandemic Covid-19.

Rezab negeri yang dikumpul di zaman Tan Sri Musa Aman semakin habis diperah oleh Shafie Apdal, pelabur yang datang ke Sabah pula banyak yang menipu dengan umum berbilion ringgit tetapi hanya syarikat RM3 yang tidak punya wang, perbelanjaan pengurusan Covid-19 Sabah pula semakin terus meningkat, ekonomi negeri terus menguncup nampaknya menjadi kerajaan negeri pembangkang menentang pusat tidak mudah. Cukup terkial-kial.

[ARTIKEL BERKAITAN- POIC: Kerajaan Warisan ditipu Burel Industries RM13B kini umum pelaburan Jepun RM100 juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek RM13 bilion POIC Sabah? ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Selepas projek RM16.5B kini taukeh 'Hardware' meragukan diberi lagi projek RM9.5B di Sabah ]

Warisan berangan mahu menjadi GPS Sarawak. Masa Tun Dr Mahathir berkuasa pun GPS kekal melawan. Warisan lupa, Kerajaan Sarawak mempunyai rizab RM32 bilion jauh ke depan berbanding Kerajaan Sabah sekarang. Sarawak tak mungkin akan muflis sebagaimana dakwaan Lim Guan Eng Bekas Menteri Kewangan paling kartun dulu. Menyamakan Kerajaan Sarawak dengan Sabah seperti jauh panggang dari api.

Realiti dan bukti sudah berada di depan mata apabila Kerajaan Pusat yang lebih berkuasa mempengaruhi pengambilalihan kerajaan negeri. Perkara sama dilakukan oleh Shafie Apdal pada 12 Mei 2018 apabila menggunakan wang membeli adun BN, memperalatkan TYT Sabah dengan jawatan, menggunakan Kerajaan Pusat seperti Dr Mahathir dan mahkamah. Percayalah ‘Dari wang kamu bermula kepada wang kamu akan kembali’.

Lebih 30 SD?

Begitulah situasi Sabah sekarang berada di hujung tanduk sambil kerajaan Warisan menafi dalam masa sama dilaporkan sudah lebih 30 SD berjaya dikumpul. Siapa mereka kekal misteri sejak awal Mac lalu. Kegusaran Shafie sebelum ini menguntungkan Adun-adun Sabah apabila diberi habuan peruntukan RM1 juta namun seperti kata orang ‘ada wang ambil’. Inilah politik macam-macam boleh jadi. Pemimpin Warisan masih lena dibuai angka kerusi tetapi lupa sedikit masa lagi mereka kan jatuh.

‘Di mana ada kemahuan disitu ada jalan’. Datuk Seri Bung Moktar, Ir Abdul Aziz Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ghazali Ansing Pengarah Komunikasi UMNO hanya baru menjentik nampaknya mereka berjaya dan yang gelabah adalah Warisan.

Terbaru pemimpin Warisan paling korup Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah turut menepis dakwaan tumbangnya kerajaan Warisan PH UPKO itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony, SPRM perlu segera siasat, serbu ]

Disaat kes skandal RM1.5b projek runding terus yang disiasat SPRM sekarang Datuk Peter Anthony cuba menyedapkan hatinya yang bimbang. Katanya semua ini propaganda pembangkang

“Retorik propaganda pembangkang yang tular di media sosial hanya mahu meniupkan angin menggoyang pokok untuk membuka ruang orang tertentu memberi gambaran negatif ke atas kerajaan,” katanya.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menegaskan dakwaan wujud 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpaling tadah beralih sokongan dari Shafie kepada pemimpin lain hanya andaian pemerhati luar.

“Kebenaran dalam kerajaan menunjukkan ahli-ahli YB Kerajaan Sabah kekal dengan pendirian asal berkhidmat kepada rakyat bersama kerajaan yang ada sekarang,” katanya

Datuk Peter menegaskan tak mungkin Tan Sri Musa Aman akan mengangkat sumpah semula sebagai Ketua Menteri kerana berhadapan dengan kes mahkamah.

Strategi pemimpin Warisan menyerang Musa Aman dan Bung Moktar yang sedang makan popcorn memerhati telatah mereka hanya akan merugikan Warisan, sedangkan mereka lupa pemain sebenar ‘Bersatu' sedang bersilang kaki mengatur Langkah kerana bilangan kerusi lebih banyak. Perdana Menteri misalnya melantik Datuk Seri Ronald Kiandee mengetuai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah. Semua peruntukan pembangunan persekutuan selepas ini pasti akan dikawal kerajaan pusat bukan lagi kerajaan negeri. Perkembangan ini pasti menambah rempah pedas politik Sabah.

Ibaratnya Tun Dr Mahathir dan PH sibuk untuk merampas Kerajaan Persekutuan melalui undi tidak percaya pada 18 Mei 2020 tetapi sebaliknya orang lain buat kerja merampas negeri Kedah dipimpin anaknya Mukhriz Mahathir.

Kes kesahan Ketua Menteri oleh Tan Sri Musa Aman misalnya masih belum berakhir susulan  Peguam kepada Tan Sri Musa Aman memfailkan pula kes ini ke Mahkamah Rayuan Persekutuan. Sudah tentu suasana berbeza ketika Dr Mahathir sebagai PM yang mengawal mahkamah berbanding kerajaan Pusat kini dikuasai Kerajaan PN.

Jadi pemimpin Warisan berjaga-jaga jangan sombong dengan kelebihan angka 16 atau 17. Jangan sesekali kata tidak, mustahil, terus setia... Kerana dalam politik macam-macam boleh jadi sebagaimana Johor, Melaka, Perak dan Kedah, mereka semua sombong asalnya terlalu yakin untuk terus berkuasa kini tumbang sekelip mata…nanti merana gigit jari

Paling penting rakyat Sabah kini berbicara 'Kerajaan Warisan Pintu Belakang'!

Dr. Dila
Penganalisis Politik

63 Comments