Bekas Pengawal Keselamatan UMS dipenjara 13 tahun, cuba rogol mahasiswi
11:06 Jun 30, 2020  |  By SabahKini2
Bekas Pengawal Keselamatan UMS dipenjara 13 tahun, cuba rogol mahasiswi

Selepas dua tahun kes berlalu. Bermacam kontroversi dan kempen. Selain mangsa juga trauma kini keadilan diperolehi selepas bekas pengawal keselamatan UMS dipenjara 13 tahun dan 5 sebatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang juga bekas Pegawal Unit Keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipenjara 13 tahun dan hukuman enam sebatan atas tuduhan cubaan merogol seorang pelajar universiti berusia 18 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Arshad Masdin yang didapati bersalah atas pertuduhan itu pada Selasa.

Arshad dihukum di bawah Seksyen 376 (2) (a) / 511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Arshad untuk menjalani hukuman mulai Selasa setelah menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Kontroversi kes

Sabahkini2 pernah melaporkan kes kontroversi ini pada 12 Ogos 2018 apabila terdapat desas-desus cubaan UMS menutup kes ini namun kerana tular kes ini diteruskan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 12 Ogos 2018-  TNC HEPA UMS tutup kes mahasiswi dipukul dan dirogol ketika datang haid ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 14 Ogos 2018- Kes UMS: Mangsa bukan sahaja dirogol tetapi juga diliwat ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 16 Ogos 2018-  UMS nafi tutup kes rogol walaupun perogol adik Pegawai Khas TNC HEPA ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 29 Ogos 2018 -  26 September sebutan semula kes rogol adik pegawai khas TNC HEP UMS ]

 

 

 

 

3 Comments